TERKINI
WARGA
Webmail      INTEGRITI     
       
Tempahan Kenderaan   HRMIS  
       
Tempahan Bilik Mesyuarat   Kemudahan
Cuti
Gantian
 
PEMAJU
Lesen & Permit   PPT  
       
Garis Panduan   e-Pemaju  
       
Penguatkuasan   BLESS  
AWAM
DRN   SPP   PPR
         
PPT   Aduan   Muat Turun
         
UNDI   Maklumat Pemaju   Garis Panduan
         
image
F.A.Q
image
Contact
Us
image
Complaints and
Feedback
image
Sitemap

INFORMASI > Maklumat Am JPN > Program Penyenggaraan Perumahan (PPP)

INFORMASI > Maklumat Am JPN > Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) 

 

PROGRAM PENYENGGARAAN PERUMAHAN (PPP) DI BAWAH JABATAN PERUMAHAN NEGARA (JPN)

KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT)

                

SEBELUM (16.01.2012)

SELEPAS (15.05.2012)

Gambar : Projek PPP di Rumah Pangsa Mutiara Idaman, Pulau Pinang Tahun 2012

1.   Program Penyenggaraan Perumahan (PPP)?

  • Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) merupakan program pembangunan Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
  • Program ini melibatkan peruntukan sebanyak RM500 juta untuk dilaksanakan sepanjang tempoh RMK-10 (2011-2015).
  • Program ini bertujuan membiayai kerja-kerja baikpulih dan penyenggaraan perumahan kos rendah awam berstrata/ berbilang tingkat.
  • Program ini didasarkan kepada geran sepadan 90:10, di mana (90%) daripada kos akan disumbang oleh pihak kerajaan dan 10% daripada kos ditanggung oleh pihak pengurusan.


2.  Kelayakan Memohon PPP?

  • Pihak pengurusan perumahan kos rendah awam berstrata/berbilang tingkat iaitu pihak Kerajaan Negeri atau mana-mana Agensi Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab mengurus dan menyeggara perumahan kos rendah awam di negeri seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak adalah layak memohon PPP.
  • Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 April 2012 menetapkan bahawa penyenggaraan perumahan kos rendah swasta dan kos sederhana rendah swasta di seluruh negara adalah dibiayai di bawah skim TP-1Malaysia di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB). Pihak pengurusan perumahan kos rendah/sederhana rendah swasta iaitu Badan Pengurusan Bersama (JMB)/Perbadanan Pengurusan(MC)/ Ejen pengurusan yang dilantik oleh COB adalah tidak layak memohon PPP.

3.    Skop Kerja PPP

  • Skop kerja PPP memberi  fokus kepada kerosakan harta bersama perumahan kos rendah awam berstrata/berbilang tingkat yang menjejaskan keselamatan penduduk seperti berikut :

(a)  membaiki atau mengganti lif ;

(b)  membaiki atau mengganti tangki air dan sistem ratikulasi;

(c)  membaiki atau mengganti paip sanitari ;

(d)  membaiki atau mengganti bumbung ;

(e)  membaiki atau mengganti tangga dan handrail ;

(f)  mengecat bangunan dan harta bersama (setiap 10 tahun) ;

(g) pendawaian dan kerja elektrikal ; dan

(vii)  membaiki kerosakan umum pada kemudahan awam harta bersama yang menjejaskan keselamatan dan keselesaan penghuni.

Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada Pengurusan Tertinggi KPKT. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Penyelarasan COB, JPN di talian 03-8891 4305  / 03-8891 4338 atau melalui email pa_cob@kpkt.gov.my.

Link berkaitan :

Carta Alir Pelaksanaan PPP

Borang Permohonan PPP

Lampiran PPP

Pengarah
Bahagian Penyelarasan Pesuruhjaya Bangunan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 34, No.51, Persiaran Perdana

Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 Putrajaya, MALAYSIA

Tel  : 603-8897 4338

Fax : 603-8891 4332

email : pa_cob@kpkt.gov.my

 
Dikemaskini pada 2 Apr 2014
 
Jumlah Capaian : 1869011
 
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini   E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
 

Kemaskini pada 2015-04-04 15:51:27 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 730
       

Jumlah Pengunjung:
Hari IniHari Ini2837
Jumlah PelawatJumlah Pelawat11541192
                      
 
MSC     mygov      QR
 
Hakcipta Terpelihara 2012 © Jabatan Perumahan Negara
Jabatan Perumahan Negara, Aras 30-38, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel : 03-8000 8000 
Paparan terbaik Microsoft Internet Explorer Ver. 8.0, Mozilla Firefox Ver. 14.0 ke atas, Google Chrome Ver. 20.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 ke atas
 
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |Bantuan |
Soalan Lazim |   Penafian Peta Laman
 
     
Tarikh Kemaskini : 01-06-2020 Total count : 11541192