Latar Belakang
Bahagian ini diwujudkan bagi memastikan:
1. Pemaju perumahan mematuhi Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 [Akta 118] dan Peraturan - peraturan;
2. Memastikan kepentingan pembeli rumah terjamin melalui penguatkuasaan undang-undang dengan cekap dan berterusan.
Fungsi/Peranan
CAWANGAN KOMPAUN, INGKAR AWARD DAN SIASATAN
Unit Kompaun
1. Melaksanakan tindakan pengkompaunan kesalahan pemaju perumahan di bawah Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Pengkompaunan Kesalahan) 2002.
2. Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Kompaun (MJRK) secara bulanan.
3. Membuat semakan iklan berdasarkan Perkara 5(1A) dan Perkara 6 Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.
4. Pasukan pemeriksaan premis pemaju perumahan secara berkala.
Unit Ingkar Award
1. Menyediakan kertas siasatan bagi pengesyoran pendakwaan ke atas pemaju perumahan yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 16AD Akta 118 melibatkan kes Ingkar Award yang dikeluarkan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR).
2. Menyediakan kertas siasatan bagi pengesyoran pendakwaan ke atas pemaju perumahan yang melakukan kesalahan di bawah Akta 118 melibatkan kes prima facie.
3. Menyediakan maklumat tambahan dan memberi penjelasan kepada PUU berkaitan kertas siasatan sekiranya perlu.
4. Mengesyorkan senarai hitam pemaju dan ahli lembaga pengarah yang berkenaan dalam HIMS dan senarai dalam kategori peringatan pengguna dalam laman sesawang KPKT.
5. Membuat verifikasi dan mengesyorkan pelepasan senarai hitam pemaju dan ahli lembaga pengarah yang berkenaan dalam HIMS dan senarai dalam kategori peringatan pengguna dalam laman sesawang KPKT.
6. Menyelaras kajian perundangan berkaitan sektor perumahan bagi tujuan penambahbaikan Akta 118 dan Peraturan-Peraturan.
7. Pasukan pemeriksaan premis pemaju perumahan secara berkala.
Unit Siasatan
1. Menjalankan siasatan berdasarkan aduan yang diterima daripada pembeli dan pemaju perumahan.
2. Menyediakan laporan siasatan sekiranya terdapat kes prima facie.
3. Membuat semakan iklan berdasarkan Perkara 8 Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.
4. Melaksanakan pemeriksaan premis pemaju perumahan secara berkala dan menyediakan laporan pemeriksaan premis setelah siasatan/pemeriksaan selesai.
CAWANGAN ADUAN
1. Menyelaras penerimaan sumber maklum balas aduan / bukan aduan (pertanyaan) di peringkat Jabatan dan membuat saringan serta penugasan siasatan kepada pegawai penyelia/penyiasat di Bahagian/Unit di JPN.
2. Menerima dan menyelesaikan maklum balas aduan / bukan aduan (pertanyaan) berkaitan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan-
peraturan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) mengikut zon:
(i) Zon 1
- Zon Tengah: Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan;
- Zon Timur: Pahang, Terengganu, Kelantan;
- Zon Selatan: Johor; dan
- Zon Utara: Perak, Pulau Pinang
(ii) Zon 2
- Zon Tengah: Selangor, Cyberjaya;
- Zon Utara: Kedah, Perlis; dan
- Zon Selatan: Negeri Sembilan, Melaka
3. Memberi khidmat nasihat perumahan dan menjawab aduan / bukan aduan (pertanyaan) berkaitan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan-peraturan yang diterima melalui telefon, emel, surat dan secara bersemuka/kaunter.
4. Menjadi mediator dan fasilitator kepada pembeli dan pemaju perumahan serta pihak berkepentingan dalam menyelesaikan aduan berkaitan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan-peraturan.
5. Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Aduan (JKPAA) dengan kekerapan dua (2) kali setahun.
6. Menyediakan laporan bulanan (Quick Facts dan Piagam Pelanggan).
7. Pasukan pemeriksaan premis pemaju perumahan secara berkala.
CAWANGAN PENTADBIRAN
1. Menyelaras urusan Pentadbiran Bahagian melibatkan penyelarasan maklum balas dan input melibatkan Bahagian (cth: OACP, Piagam Pelanggan, OBB, JKPAK, JAR dan lain-lain), pengurusan ruang pejabat dan keselamatan Bahagian, permohonan Kereta Rasmi Jabatan kepada BKP, JPN dan menyelaras jadual penghantaran notis mengikut zon.
2. Menyelaras Pengurusan Rekod Bahagian melibatkan Penyediaan Klasifikasi Fail (KF) Urusan Am dan Fungsian bagi pelaksanaan Digital Document Management System (DDMS2.0) serta penyediaan SKU dan Myportfolio Bahagian.
3. Menyelaras Pengurusan Aset dan Stor Bahagian iaitu memantaudan menyelaras Pengurusan Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketaradan dengan pemantauan pihak BKP, JPN.
4. Menyelaras peruntukan Kewangan Bahagian melibatkan Nota Minta (P1) serta permohonan dalam sistem e-perolehan.
Hubungi Kami
Pengarah / Ketua Unit :
Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 35, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya.
Tel : 03 - 8891 4356
Fax: 03- 8891 4226
Email :bpjpn[at]kpkt[dot]gov[dot]my
Kemaskini pada 2024-06-26 11:22:24 daripada Administrator