PERUTUSAN KETUA PENGARAH
Salam Sejahtera, Selamat Datang ke laman sesawang Jabatan Perumahan Negara (JPN) Selaku agensi peneraju dalam sektor perumahan negara, JPN komited dalam mendukung aspirasi Malaysia MADANI untuk memastikan setiap rakyat memiliki kediaman yang berkualiti, selamat, dan berdaya huni. JPN akan terus memberi fokus kepada usaha memacu Reformasi Perumahan Negara yang lebih menyeluruh dan progresif. Reformasi ini bukan sekadar transformasi pendigitalan, malah merupakan anjakan strategik ke arah ekosistem perumahan yang berintegriti dan berakauntabiliti. JPN komited untuk beralih daripada pengurusan manual kepada sistem digital yang telus, moden, dan berpaksikan data. Melalui pemerkasaan sistem seperti HIMS (Housing Integrated Management System), eSPA, TEDUH, dan eStrata, JPN kini dalam landasan tepat untuk menjadi One-Stop Centre bagi sektor perumahan negara dan sebagai pusat rujukan tunggal yang menghubungkan pemaju, pembeli, dan institusi kewangan. Hasrat utama kami adalah untuk memastikan tiada lagi projek perumahan yang terbengkalai, dengan memastikan setiap sen yang dibayar oleh pembeli digunakan secara telus untuk menyiapkan kediaman mereka. Melalui pengurusan yang proaktif dan pemantauan data secara real-time, kami bertekad untuk melindungi hak pembeli dan meningkatkan keyakinan pasaran terhadap sektor hartanah negara. Laman sesawang ini disediakan sebagai platform maklumat utama bagi semua mengikuti perkembangan tentang dasar, inisiatif baharu, dan hala tuju reformasi yang sedang di laksanakan. Kami percaya bahawa dengan integrasi teknologi dan tata kelola yang baik, kualiti kehidupan rakyat dapat terus dipertingkatkan. Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga JPN dan rakan strategik atas sokongan yang diberikan. Marilah kita terus berganding bahu di bawah payung dan semangat #TEDUHbersama demi membina masa depan perumahan negara yang lebih mampan, inklusif dan berorientasikan pendigitalan. “Rumah Pembeli, Kami Peduli” DR. TAN AWANG BESAR | ![]() |
Kemaskini pada 2026-01-20 16:20:18 daripada Administrator








.png)

