Latar Belakang
Bahagian ini diwujudkan bagi memastikan pemaju perumahan mematuhi Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 [Akta 118] dan Peraturan-peraturan. Selain itu, ia juga memastikan kepentingan pembeli rumah terjamin melalui penguatkuasaan undang-undang dengan cekap dan berterusan.
Fungsi/Peranan
- Menyediakan kertas siasatan bagi pengesyoran pendakwaan ke atas pemaju perumahan yang melakukan kesalahan di bawah Akta 118.
- Menyiasat kes-kes pelanggaran Akta 118 dan Peraturan-peraturan.
- Tindakan mengkompaun pemaju-pemaju perumahan bagi kesalahan-kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Pengkompaunan Kesalahan) 2002
- Semakan ke atas keratan iklan, akhbar, brosur dan papan iklan.
- Menyenaraihitam pemaju dan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) sekiranya terdapat kesalahan-kesalahan seperti berikut:
a) Pemajuan Perumahan Tanpa Lesen
b) Ingkar Award Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS)
c) Gagal membayar kompaun dalam tempoh yang ditetapkan
d) Terlibat dalam Projek Sakit
e) Terlibat dalam Projek Terbengkalai
- Memberi nasihat kepada pembeli rumah.
- Menerima aduan daripada pembeli berkaitan dengan Akta 118 dan Peraturan-peraturannya kepada pembeli rumah.
- Menyiasat dan mendapatkan maklumbalas daripada pemaju mengenai aduan yang berkaitan dengan Akta 118 dan Peraturan-peraturannya.
Hubungi Kami
Pengarah / Ketua Unit :
Jeya Seelan a/l Subramaniam
Pengarah
Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan dan Pengurusan Strata
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 34 & 35, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya.
Tel : 03 - 8891 4356
Fax: 03- 8891 4226
Email :bpst@kpkt.gov.my
Kemaskini pada 2023-03-21 09:40:08 daripada Administrator
4427