Fungsi/Peranan
- Pemantauan Projek Perumahan Swasta dan Projek Perumahan PPAM
1. Mengawal dan memantau semua projek perumahan yang dilesenkan di bawah Akta Pemajuan Perumahan.
2. Menyelaras dan memantau semua laporan daripada pemaju di bawah Seksyen 7.
3. Mengenalpasti kategori projek perumahan (lancar, sakit dan lewat) dan seterusnya memantau kemajuan projek sebenar dari semasa ke semasa yang melibatkan tapak secara berkala dan sistematik.
4. Mengenalpasti masalah berkaitan kelewatan projek dan mencari penyelesaian bersama pemaju dan pihak terlibat seperti Kerajaan Negeri, Pihak berkuasa Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Utiliti, Bank pembiaya dan Persatuan Pembeli dari semasa ke semasa.
5. Memberi perakuan ke atas permohonan permit iklan dan jualan baru bagi semua pemaju yang disenarai hitam.
6. Memantau dan menyelaras pelaksanaan projek perumahan secara konsep Bina Kemudian Jual.
7. Pemantauan ke atas pemaju terhadap pengeluaran Certificate of Completion and Compliance (CCC) bagi setiap projek perumahan yang selesai dibina dan diserah milik kosong kepada pembeli.
8. Memberi perakuan ke atas permohonan pengeluaran wang daripada Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) bagi semua pemaju yang disenarai hitam.
Hubungi Kami
Pengarah
Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 32, No.51, Persiaran Perdana,62100 Putrajaya, MALAYSIA
Tel : 603 - 8891 4200
Fax : 603 - 8891 4215
Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 32, No.51, Persiaran Perdana,62100 Putrajaya, MALAYSIA
Tel : 603 - 8891 4200
Fax : 603 - 8891 4215
Kemaskini pada 2021-03-23 09:59:13 daripada Administrator
11361