Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
jata malaysia

Portal Rasmi
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

image

Soalan Lazim
 
hubungi kamiHubungi Kami
 
aduanAduan & Maklum Balas
peta lamanPeta Laman
 
w3cAlat Kebolehcapaian
 

Program Penyenggaraan Perumahan (PPP)

Latar Belakang

Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) adalah satu program bantuan membaik pulih / menyelenggara perumahan berstrata awam di seluruh negara kecuali di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pelaksanaan program adalah berdasarkan permohonan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Lembaga Perumahan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kepada Bahagian Penyelenggaraan Perumahan, JPN. Kelulusan seterusnya adalah tertakluk kepada pertimbangan KPKT dan dipanjangkan kepada PBT/ SUK/ Lembaga Perumahan Negeri sebagai Agensi Pelaksana projek penyelenggaraan di skim perumahan berkenaan.

 

Pelaksanaan program PPP ini adalah mengikut kaedah berikut:

  1. Pembiayaan 100% kos baik pulih/ penyelenggaraan; 

  2. Anggaran awal kos projek perlu disahkan oleh jabatan/ unit teknikal Agensi Pelaksana; dan

  3. Kelulusan akhir bagi kerja baik pulih/ penyelenggaraan adalah tertakluk kepada peruntukan sedia ada.

     

Skop kerja baik pulih/ penyelenggaraan yang terlibat hanya merangkumi skop seperti berikut:

  1. Skop A     :     Membaiki atau mengganti lif; 

  2. Skop B     :     Membaiki atau mengganti tangki air & sistem retikulasi; 

  3. Skop C     :     Penyelenggaraan atau mengganti paip sanitari; 

  4. Skop D     :     Membaiki atau mengganti bumbung; 

  5. Skop E     :     Membaiki atau mengganti tangga & susur tangan (handrail);  

  6. Skop F     :     Mengecat semula bangunan dan harta bersama; 

  7. Skop G     :     Pendawaian semula dan kerja elektrik; 

  8. Skop H     :     Membaiki atau mengganti kerosakan infrastruktur asas dan kemudahan awam yang melibatkan harta bersama (common property);

  9. Skop I       :     Mengganti atau membina pagar di sekeliling kawasan pemajuan; dan 

  10. Skop J     :     Pembaikan cerun di dalam kawasan pemajuan.

Syarat-Syarat Permohonan

Rumah berstrata awam (PPR/ Perumahan awam yang dikawal selia oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri/ Lembaga Perumahan/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)) di seluruh Malaysia kecuali di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kaedah Permohonan

Permohonan dibuat oleh Agensi Pelaksana iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Lembaga Perumahan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pelaksanaan pada tahun semasa.



Kemaskini pada 2023-10-17 04:21:15 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page