image

Portal Rasmi
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

image
Soalan Lazim
 
imageHubungi Kami
 
 
imageAduan &
Maklum Balas
imagePeta Laman
 

language

w3c

Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T

search

rss

Unit Integriti

Latar Belakang

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 dimana Penubuhan Unit Integriti Di Semua Agensi Awam bertujuan memaklumkan mengenai keputusan Kerajaan untuk menubuhkan Unit Integriti sebagai Focal Point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam.
 
Kerajaan telah bersetuju mewujudkan Unit Integriti di semua agensi awam bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta perlanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.
 
Unit Integriti Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah ditubuhkan secara rasmi melalui Waran Perjawatan Bil. K 186 Tahun 2014 bertarikh 17 November 2014 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2015 dan bertanggungjawab melaporkan secara terus dan telus kepada Ketua Pengarah JPN.

Fungsi/Peranan


1. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.

2. Mengambil tindakan terhadap aduan/maklumat berkenaan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.

3. Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

4. Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) JPN.

5. Mengesan serta mengesahkan pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi seterusnya memastikan tindakan susulan sewajarnya diambil.

6. Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

Hubungi Kami

Pengarah / Ketua Unit : 
Muhammad Haziq Bin Baktiar
Ketua Unit Integriti

Unit Integriti
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 38, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya


Tel : 03-88914395
Fax: 03-88914226
Email : haziqbaktiar@kpkt.gov.my | unitintegritijpn@kpkt.gov.my

Kemaskini pada 2020-12-16 16:11:31 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print a div
  • Email this page
  • 3719