Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
jata malaysia

Portal Rasmi
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

image

Soalan Lazim
 
hubungi kamiHubungi Kami
 
aduanAduan & Maklum Balas
peta lamanPeta Laman
 
w3cAlat Kebolehcapaian
 

Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM)

Latar Belakang

Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) adalah satu program bantuan membaik pulih / menyelenggara perumahan berstrata kos rendah dan sederhana rendah swasta di seluruh negara kecuali di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Pelaksanaan program adalah berdasarkan permohonan daripada badan pengurusan (JMB/ MC) kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Lembaga Perumahan Negeri yang seterusnya dipanjangkan kepada Bahagian Penyelenggaraan Perumahan, JPN. Kelulusan seterusnya adalah tertakluk kepada pertimbangan KPKT dan dipanjangkan kepada PBT/ Lembaga Perumahan sebagai Agensi Pelaksana projek penyelenggaraan di skim perumahan berkenaan.


Pelaksanaan program TPPM ini adalah mengikut kaedah berikut:

  1. Pembiayaan 100% kos baik pulih/ penyelenggaraan; 

  2. Anggaran awal kos projek perlu disahkan oleh jabatan/ unit teknikal Agensi Pelaksana; dan

  3. Kelulusan akhir bagi kerja baik pulih/ penyelenggaraan adalah tertakluk kepada peruntukan sedia ada dan keutamaan pertimbangan diberikan kepada skim perumahan yang telah menubuhkan JMB/ MC.


Skop kerja baik pulih/ penyelenggaraan yang terlibat hanya merangkumi skop seperti berikut:

  1. Skop A   :  Membaiki atau mengganti lif; 

  2. Skop B   :  Membaiki atau mengganti tangki air & sistem retikulasi; 

  3. Skop C   :  Penyelenggaraan atau mengganti paip sanitari; 

  4. Skop D   :  Membaiki atau mengganti bumbung; 

  5. Skop E   :  Membaiki atau mengganti tangga & susur tangan (handrail); 

  6. Skop F   :  Mengecat semula bangunan dan harta bersama; 

  7. Skop G   :  Pendawaian semula dan kerja elektrik; 

  8. Skop H   :  Membaiki atau mengganti kerosakan infrastruktur asas dan kemudahan awam yang melibatkan harta bersama (common property);

  9. Skop I    :  Mengganti atau membina pagar di sekeliling kawasan pemajuan; dan 

  10. Skop J   :  Pembaikan cerun di dalam kawasan pemajuan.

Syarat-Syarat Permohonan

Julat Harga Rumah  


Harga rumah adalah berdasarkan kepada harga belian asal daripada pemaju;  
 

i.    Bagi kategori rumah kos rendah swasta: 
        •    Semenanjung : RM42,000.00 ke bawah; dan 
        •    Sarawak, Sabah dan Labuan : RM59,000.00 ke bawah.

ii.    Bagi kategori rumah kos sederhana rendah swasta:  
        •    Semenanjung : RM42,001.00 sehingga RM80,000.00; dan  
        •    Sarawak, Sabah dan Labuan : RM59,001.00 sehingga RM100,000.00.

iii.    Bagi pemajuan bercampur:
        •    Jika keseluruhan unit di blok tersebut adalah termasuk dalam julat harga rumah yang ditetapkan, maka permohonan boleh dipertimbangkan; dan
        •    Jika sebahagian/ keseluruhan unit di blok tersebut melebihi julat harga rumah yang ditetapkan, maka permohonan tidak akan dipertimbangkan 
 

Kaedah Permohonan

  1. Borang permohonan boleh didapati di Pesuruhjaya Bangunan (COB), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Lembaga Perumahan Negeri atau dimuat turun disini. 

  2. Borang permohonan TPPM yang lengkap diisi, hendaklah dikembalikan beserta dengan dokumen sokongan ke Pesuruhjaya Bangunan (COB), Pihak Berkuasa Tempatan atau Lembaga Perumahan Negeri bagi pelaksanaan pada tahun semasa.
     



Kemaskini pada 2023-10-19 03:59:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page