image

Portal Rasmi
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

image
Soalan Lazim
 
imageHubungi Kami
 
 
imageAduan &
Maklum Balas
imagePeta Laman
 

language

w3c

Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T

search

rss

INFORMASI > Maklumat Am JPN > Skim Pinjaman Perumahan

INFORMASI > Maklumat Am JPN > Skim Pinjaman Perumahan

 SKIM PINJAMAN PERUMAHAN UNTUK GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH

            "PERMOHONAN SKIM PINJAMAN PERUMAHAN UNTUK GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH (SPP) ADALAH DITUTUP SEHINGGA DIMAKLUMKAN KELAK”

LATAR BELAKANG
 
 
Skim Pinjaman Perumahan (SPP) diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenali  sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah. Kumpulan Wang ini  telah diluluskan pada 17 Disember 1975 di bawah Akta Acara Kewangan 1957 (pindaan 1972) dan mula berkuatkuasa pada tahun 1976

 

TUJUAN
 
SPP diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri
 

 

RASIONAL
 
 
  Skim ini adalah salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai sumber untuk memiliki rumah sendiri.
 
  Melalui kemudahan ini pihak Kerajaan dapat memberi bantuan untuk persediaan tempat kediaman yang bersesuaian dan memuaskan dalam usaha untuk meninggikan taraf kehidupan golongan ini

 

SYARAT-SYARAT PINJAMAN
 
  1.    Syarat Kelayakan Permohonan
 
  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Berumur 21 hingga 70 tahun
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan
  • Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
  • Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan
  • Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat
   
  2.    Syarat Pinjaman
 
  • Had Pinjaman Maksimum RM60,000.00 (tidak termasuk perlindungan insuran)
  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
  • Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman.
  • Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina
   
  3.      Syarat Pinjaman Generasi Kedua
 
  • Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur 45 tahun hingga 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 hingga 35 tahun, berpendapatan minimum RM1000.00 dan bukan kakitangan kerajaan.
  • Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja
  • Generasi ke-2 mestilah anak kandung kepada pemohon
   
 
4.    Syarat Cagaran Tanah
 
  • Mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.
  • Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman.
  • Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut;
  • Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun.
  • Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri
   
  5.    Syarat Pembinaan Rumah
 
  • Rumah kos rendah - keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.
  • Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.
  • Pemohon TIDAK boleh menggunakan pelan sendiri
  • Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
  • Perlantikan kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut:-
  • Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN;
  • Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah;
  • Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000
  • Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan
   

 

SUMBER PINJAMAN
 
 
Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Kepada Golongan Berpendapatan Rendah (SPP).
 
CONTOH PELAN
 
Peminjam perlu melantik kontraktor sendiri mengikut syarat pembinaan dan pelan rumah yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perumahan Negara. Pemohon tidak boleh menggunakan pelan rumah sendiri.
Klik link di bawah untuk melihat contoh Plan
 
BORANG PERMOHONAN SPP

 

 
 

 

 

Cawangan Pembiayaan Perumahan
Bahagian Pengurusan Perumahan

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Aras 30, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 Putrajaya
MALAYSIA
 

Tel : 03-8891 4060, 4049, 4048
Faks: 03-8891 4269

Emel: spp[at]kpkt[dot]gov[dot]my

 

   
   
   
   
   
   
   
   

Kemaskini pada 2023-03-08 12:55:18 daripada Administrator

  •  
  • Print a div
  • Email this page
  • 205510