Program Rumah Transit (RT) bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan kepada pasangan muda yang berkahwin dan berumur 30 tahun dan ke bawah. Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.
Syarat-syarat Permohonan
Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia;
Pemohon berumur 18 hingga 30 tahun;
Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah yang dipohon;
Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit yang dipohon;