Latar Belakang
Skim MyHome ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013.Skim ini merupakan salah satu langkah kerajaan untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik. Skim MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumahan pemaju-pemaju swasta. Pada tahun 2015, kerajaan telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM300 juta bagi pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.
Syarat-syarat Permohonan
SYARAT PERMOHONAN
Syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPKT bagi kriteria pemilihan pembeli :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 tahun ke atas.
- Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
- Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah
Kriteria permohonan projek/pemaju
- Syarikat yang sah ditubuhkan dan diperbadankan di bawah Undang-Undang Malaysia
- Projek perumahan berlesen yang telah diluluskan Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan & Jualan (APDL)
- Projek dilaksanakan di atas tanah milik pihak swasta
- Harga Pasaran/Jualan rumah di bawah Skim MyHome adalah tidak melebihi RM300,000.00
- Projek perumahan swasta yang tidak mendapat sebarang insentif daripada Kerajaan. Projek Perumahan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan/Negeri seperti PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri dan sebagainya adalah tidak layak.
Kriteria permohonan projek/pemaju
- Tempoh moratorium dikenakan selama 10 tahun. Syarat moratorium dimasukkan ke dalam surat tawaran kepada pembeli, Surat Perjanjian Jual Beli dan dokumen hakmilik tanah (di bawah sekatan kepentingan).
- Tempoh moratorium dikira bermula selepas Surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani.
Kaedah Permohonan
Permohonan Projek/Pemaju
Permohonan Pembeli
- Permohonan Pembelian Kediaman Skim MyHome hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (https://sprn.kpkt.gov.my).
Hubungi Kami
Unit MyHome
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
MALAYSIA
Tel : 603 - 8891 4055/ 03-8891 4020/ 03-8891 4010/ 03-8891 4027/ 03-8891 4054
Faks : 603-8891 4429
Email : edawati@kpkt.gov.my
Kemaskini pada 2020-12-16 15:21:47 daripada Vox Administrator
2085