Latar Belakang
Mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan program dan pemberian insentif perumahan kepada rakyat melalui Skim Pinjaman Perumahan kepada Golongan Berpendapatan Rendah (SPP), Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) dan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit).
Menguruskan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang telah siap dibina seluruh Malaysia dan menyelaras perkara-perkara berkaitan bersama pihak berkepentingan termasuk pihak berkuasa negeri.
- Cawangan PPAM (CPPAM)
CPPAM ditubuhkan untuk menyelaras program PPAM bagi membantu penjawat awam membeli/memiliki rumah berkualiti di lokasi strategik dengan harga yang kurang daripada harga pasaran.Dua agensi yang dipertanggungjawabkan sebagai pelaksana program / projek PPAM mengikut kawasan, iaitu:
-
Cawangan PPAM, BUP, JPN: bagi seluruh Negara kecuali di kawasan Wilayah Persekutuan Putrajaya; dan
-
Perbadanan Putrajaya: bagi kawasan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Fungsi/Peranan
PENYELARASAN MAKLUMAT DAN MAKLUMBALAS
- Memudahcara penyerahan projek PPR yang telah siap dibina kepada pihak berkuasa negeri, mengurus proses penawaran rumah PPR dan Rumah Transit, serta melantik agen perumahan bagi pengurusan rumah PPR dan Rumah Transit.
PENYELARASAN PROGRAM DAN MAJLIS
- Program Perumahan Rakyat (PPR) Disewa
- Program Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki
- Rumah Transit
Sila daftar permohonan di Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) di https://sprn.kpkt.gov.my
- Cawangan PPAM (CPPAM)
Tanggungjawab Agensi Pelaksana adalah seperti berikut:
(i) Merancang, mengurus, memudahcara dan memantau pelaksanaan program / projek PPA1M. Ini termasuklah:
a) menentukan keperluan rumah;
b) kesesuaian rumah dari segi jenis, saiz, rekabentuk, spesifikasi;
c) kesesuaian projek dari segi lokasi dan persekitaran;
d) kesesuaian harga rumah untuk kumpulan penjawat awam yang disasarkan;
e) mempastikan pelaksanaan projek berjalan lancar seperti yang dirancangkan;
f) menjadi pemudahcara di antara pihak yang berkepentingan iaitu pemaju, pembeli, Pihak Berkuasa Negeri/ Tempatan dan Agensi Kerajaan yang berkenaan; dan
(ii) Mengurus pembeli termasuk menyediakan senarai pembeli dan menawarkan rumah kepada pembeli yang layak serta memastikan urusan jual beli rumah berjalan lancar.
Hubungi Kami
En Murali Jayabalan
Pengarah
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30 dan 33, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, MALAYSIA 62100 Putrajaya, MALAYSIA
Tel : 03-88914003
Fax: 03-88915588
Email : mj@kpkt.gov.my | ppam@kpkt.gov.my
Kemaskini pada 2020-10-22 17:04:14 daripada Vox Administrator
4404