Latar Belakang
Menguruskan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang telah siap dibina seluruh Malaysia dan menyelaras perkara-perkara berkaitan bersama pihak berkepentingan termasuk pihak berkuasa negeri.
Fungsi/Peranan
- Menyelaras proses pengurusan PPR yang telah disiapkan samada diuruskan oleh KPKT atau diserahkan kepada SUK Perumahan Negeri.
- Menyelaras proses pengurusan PPR yang telah disiapkan samada diletakkan dibawah konsep PPR Disewa, PPR Dimiliki/Dijual atau PPR Sewa-Untuk-Milik (RTO).
- Memantau dan menyelaras Data Pengisian PPR Disewa dan Setinggan seluruh Malaysia dengan kerjasama semua SUK Perumahan / Lembaga Perumahan Negeri.
- Mengemaskini data inventori penghuni Perumahan PPR Disewa seluruh Malaysia .
- Mengurus dan menyelia proses kutipan hasil sewaan PPR di bawah KPKT.
- Melantik agen pengurusan PPR seliaan KPKT bagi hal ehwal serahan milikan kosong, kutipan sewaan dan apa-apa perkara berkaitan.
- Menyelia dan memproses permohonan PPR di bawah tanggungjawab KPKT melalui SPRN.
- Menyelia dan mengurus proses pengisian peserta-peserta PPR yang ditawarkan unit rumah.
- Membantu dan memudahcara apa-apa aktiviti/program berkaitan komuniti yang dianjurkan oleh mana-mana pihak di PPR seliaan KPKT.
Hubungi Kami
Pengarah / Ketua Unit :
Pengarah
Bahagian Perancangan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 33, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, MALAYSIA
Tel : 03-88914411
Fax: 03-88914024
Pengarah
Bahagian Perancangan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 33, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, MALAYSIA
Tel : 03-88914411
Fax: 03-88914024
Kemaskini pada 2020-12-16 16:08:53 daripada Vox Administrator
4306