image

Portal Rasmi
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

image
Soalan Lazim
 
imageHubungi Kami
 
 
imageAduan &
Maklum Balas
imagePeta Laman
 

language

w3c

Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T

search

rss

MAKLUMAT KORPORAT > BAHAGIAN & UNIT > Bahagian Penguatkuasaan

Bahagian Penguatkuasaan dan Pengurusan Strata
 

OBJEKTIF
  1. Memastikan kepentingan pembeli rumah terjamin melalui penguatkuasaan undang-undang dan pentadbiran yang cekap lagi berkesan.
  2. Memastikan pemaju perumahan mematuhi Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan)1966 (AKTA 118) dan Peraturan-Peraturan.
FUNGSI
Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perumahan Negara (JPN) dibahagikan kepada dua cawangan utama iaitu Cawangan Penguatkuasaan dan Cawangan Pengurusan Aduan.

 

 

 

CAWANGAN PENGUATKUASAAN
Cawangan Penguatkuasaan bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] dan Peraturan-Peraturan berkaitan bagi memastikan pemajuan perumahan dilaksanakan seperti yang dirancang dan menepati tempoh yang ditetapkan. Antara fungsi yang dijalankan:

 

  1. Kompaun
  2. Menyiasat Kes-Kes Perlanggaran Akta 118 dan Peraturan-Peraturan
  3. Semakan Ke Atas Keratan Iklan Akhbar/Brosur dan Gambar Papan Iklan
CAWANGAN PENGURUSAN ADUAN

Cawangan Pengurusan Aduan bertanggungjawab dalam Pengendalian Siasatan Aduan Perumahan. Pembeli rumah boleh membuat aduan terus ke Bahagian Penguatkuasaan, JPN melalui :

Jenis-jenis aduan yang boleh dikemukakan kepada JPN adalah seperti berikut:

 

  1. Aduan berkaitan lesen dan permit iklan dan jualan
  2. Aduan melibatkan agensi lain
  3. Hakmilik(individu/strata) dan beban tanah
  4. Infrastruktur (air/elektrik dan jalan masuk)
  5. Ingkar Award
  6. Kecacatan mutu kerja
  7. Lain-lain aduan
  8. Pelbagai aduan berkaitan perjanjian jual dan beli
  9. Penyenggaraan/pengurusan bangunan dan harta bersama
  10. Projek bermasalah (sakit/lewat)
  11. Projek terbengkalai
  12. Sijil Layak Menduduki (CFO)/perakuan siap/pemantauan CCC.
PIAGAM PELANGGAN
  1. Menyelesaikan aduan awam berkaitan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] dan Peraturan-Peraturan dalam tempoh 30 hari bekerja.

  2. Menentukan Prime Facie kes dan menyediakan kertas siasatan perlanggaran kesalahan berdasarkan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 (Akta 118) dalam tempoh 60 hari dari tarikh aduan diterima.
AKTA

Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan)1966 (AKTA 118) dan Peraturan-Peraturan

 

BORANG

Borang Aduan

 

AKTIVITI
i. Program Penyelesaian Aduan Segera bersama Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan anjuran Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri pada setiap hari Selasa bertempat di  Bilik VIP Pusat Komuniti Sentul Perdana, Jalan 2/48A, Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur
RISALAH

Tips Kepada Pembeli Rumah

 

ALAMAT UNTUK DIHUBUNGI

Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan dan Pengurusan Strata
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan
Aras 34 & 35, No.51, Persiaran Perdana

Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, MALAYSIA
Tel    : 603 - 8891 4356

Fax   : 603- 8891 4226

E-mel: bpst@kpkt.gov.my  


Kemaskini pada 2023-02-27 14:40:06 daripada Administrator

  •  
  • Print a div
  • Email this page
  • 5446