|
ARTIKEL 2 |
|
|
|
PEMILIHAN PEMBELI DAN PENYEWA RUMAH KOS RENDAH DI BAWAH |
|
|
SISTEM PENDAFTARAN TERBUKA |
|
|
|
|
|
Oleh: |
|
|
Lai Meng Chai |
|
|
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan |
|
|
Jabatan Perumahan Negara |
|
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- |
|
ABSTRAK |
|
|
|
Program perumahan kos rendah yang dilaksanakan oleh sektor awam dan swasta bertujuan untuk menyediakan kemudahan kediaman kepada golongan yang berpendapatan rendah supaya matlamat Kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan membasmi kemisikinan. Walau bagaimanapun, terdapat kes-kes di mana golongan yang berpendapatan tinggi telah memiliki rumah kos rendah. Kes-kes ini timbul akibat kecuaian pengawasan dan kawalan pengagihan rumah kos rendah. Rencana ini menyentuh tentang pengujudan satu sistem pendaftaran yang seragam dan berkesan serta mempastikan program-program ini dimanfaat oleh golongan sasaran. |
|
|
1. |
PENDAHULUAN |
|
|
|
Jabatan Perumahan Negara telah mengeluarkan garis panduan pemilihan pembeli rumah kos rendah dan penyewa rumah pangsa awam. Penubuhan Sistem Pendaftaran Terbuka bertujuan mempastikan pemilihan dan pengagihan rumah kos rendah dan rumah pangsa awam dilaksanakan dengan adil serta menepati kumpulan sasarannya. Garis panduan ini disediakan khusus untuk menyeragamkan dasar dan kriteria pemilihan pembeli rumah kos rendah dan penyewa rumah pangsa awam serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaannya agar memanfaatkan kumpulan yang disasarkan. Garis panduan itu, di antara lain menetapkan sistem pemberian markah dalam pemprosesan permohonan membeli rumah kos rendah atau menyewa rumah pangsa awam dan telah dipersetujui serta diterima pakai oleh Bahagian Perumahan Setiausaha Kerajaan-kerajaan Negeri. |
|
|
|
Di bawah Rancangan Malaysia Keenam (1991 - 1995), sektor awam dan sektor swasta telah disasarkan untuk membina 343,800 unit rumah kos rendah. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 261,386 unit atau 76.0% daripada sasaran itu telah disiapkan sehingga akhir tahun 1995. Bagi Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 - 2000), sejumlah 200,000 unit lagi akan dibina oleh sektor awam dan swasta. |
|
|
|
Walaupun penyediaan rumah kos rendah memuaskan, pelaksanaan program ini menghadapi masalah keseragaman dari segi penjualan, pembelian dan penyewaan rumah-rumah tersebut. Terdapat dakwaan dan rungutan bahawa rumah-rumah kos rendah tidak dijual dan dinikmati oleh golongan yang disasarkan dan keraguan mengenai cara-cara yang digunakan untuk memilih pembeli yang layak. |
|
|
|
Bagi mengatasi masalah-masalah di atas, satu garis panduan telah diwujudkan. Garispanduan ini bertujuan untuk meningkat keberkesanan pelaksanaan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR), Program Khas Perumahan Kos Rendah (PKPKR), Program Perumahan Rakyat (PPR) Dana RM500 juta dan projek-projek sektor swasta yang mengandungi rumah kos rendah supaya kemudahan perumahan yang disediakan di bawah program-program ini dimanfaati oleh golongan sasaran sahaja. |
|
|
2. |
SISTEM PENDAFTARAN TERBUKA (SPT) |
|
|
|
Sistem Pendaftaran Terbuka yang dicadangkan ini bertujuan untuk:- |
|
|
|
i. |
Menyediakan senarai menunggu pemohon yang layak untuk membeli rumah kos rendah Kerajaan dan swasta atau menyewa rumah pangsa awam; |
|
|
ii. |
Menyeragam kriteria menyediakan senarai pendek dan pemilihan pembeli/penyewa untuk diguna di semua negeri mengikut dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan; |
|
|
|
iii. |
Mempastikan tidak berlaku penyelewangan dalam pemilihan pembeli rumah kos rendah atau penyewa rumah pangsa awam; |
|
|
iv. |
Menentukan golongan yang disasar sahaja mendapat kemudahan memiliki rumah kos rendah atau menyewa rumah pangsa awam dan tiada pembeli/penyewa yang boleh memiliki/menyewa lebih daripada satu unit rumah; dan |
|
|
|
v. |
Mengurangkan penggunaan budi bicara dan keraguan dalam pemilihan pembeli/penyewa yang layak dan berjaya. |
|
|
|
Apabila terdapat projek perumahan kos rendah atau rumah-rumah kos rendah untuk dijual dan rumah pangsa awam untuk disewa, pentadbiran negeri berkenaan akan memproses permohonan-permohonan di atas dan menyenarai pendek pemohon-pemohon yang layak untuk menghadiri temuduga. Butir-butir pemohon yang diambilkira dalam sistem pemberian markah perlu disemak semasa temuduga. Hasil temuduga ini diguna oleh Jawatankuasa Pemilihan Negeri bagi memilih pemohon yang berjaya untuk ditawarkan rumah kos rendah atau rumah pangsa awam. |
|
|
3. |
CIRI-CIRI SISTEM PENDAFTARAN TERBUKA |
|
|
|
Ciri-ciri utama Sistem Pendaftaran Terbuka adalah seperti berikut:- |
|
|
|
(i) |
Pendaftaran/Permohonan |
|
|
|
|
a) |
Permohonan untuk membeli rumah kos rendah atau menyewa rumah pangsa awam dibuat sekali sahaja di negeri yang berkenaan dengan menggunakan borang permohonan yang disediakan; |
|
|
|
|
|
b) |
Pendaftaran dibuka sepanjang waktu pejabat di Bahagian Perumahan SUK Negeri dan semua Pejabat Daerah yang berkenaan; dan |
|
|
|
|
c) |
Setiap pemohon hendaklah menentukan dua lokasi pilihan mengikut mukim dan keutamaan di mana ia ingin membeli rumah kos rendah. |
|
|
|
(ii) |
Pemprosesan |
|
|
|
|
a) |
Pemprosesan permohonan dibuat melalui komputer di Bahagian Perumahan SUK Negeri atau Unit Komputer Negeri. Bagi negeri-negeri yang mempunyai pangkalan data pemilikan perumahan, tapisan dan penyisihan pemohon yang layak atau tidak layak dipertimbangkan boleh dibuat melalui komputer. Untuk negeri-negeri yang tidak mempunyai kemudahan ini, penapisan secara manual atau bentuk lain perlu dijalankan untuk menentu bahawa pemohon itu tidak memiliki rumah dan seterusnya layak dipertimbangkan; dan |
|
|
|
|
|
|
|
b) |
Setelah penapisan dibuat, komputer akan menjanakan senarai pemohon yang layak bersama markah yang diperolehi dan pemohon-pemohon yang tidak layak beserta dengan sebab-sebab mereka ditolak. |
|
|
|
|
(iii) |
Pemilihan |
|
|
|
|
a) |
Pemohon yang layak akan dipanggil untuk temuduga. Senarai pemohon ini akan diteliti oleh Jawatankuasa Pemilihan Negeri jika perlu; |
|
|
|
|
b) |
Satu senarai pemohon yang layak hendaklah dipanjangkan kepada Jabatan Perumahan Negara untuk rekod; |
|
|
|
|
c) |
Bahagian Perumahan SUK Negeri akan menemuduga pemohon-pemohon yang layak dengan tujuan memeriksa dan mengesahkan dokumen-dokumen dan kesahihan kelayakan pemohon sebelum pemilihan dan tawaran dibuat; |
|
|
|
|
|
d) |
Maklumat-maklumat baru ini beserta dengan keputusan Jawatankuasa Pemilihan Negeri akan dikemukakan kepada Pejabat Daerah, Agensi Pelaksana dan pemaju swasta untuk tindakan selanjutnya. Tawaran membeli rumah kos rendah dan tindakan-tindakan lain akan dibuat oleh Pejabat Daerah, Agensi Pelaksana dan pemaju swasta yang berkenaan manakala tawaran menyewa rumah pangsa awam akan dibuat oleh Pejabat Daerah atau Setiausaha Kerajaan Negeri; dan |
|
|
|
|
|
|
|
e) |
Senarai pemohon yang berjaya ditawarkan rumah kos rendah atau rumah pangsa awam hendaklah disampaikan kepada Jabatan Perumahan Negara untuk rekod. |
|
|
|
4. |
STRATEGI PELAKSANAAN |
|
|
|
Bagi menentukan golongan yang disasarkan mendapat kemudahan membeli dan menyewa rumah-rumah yang dibina beberapa peraturan dan syarat diperlukan bagi menjamin program ini dilaksanakan dengan berkesan. Untuk maksud ini, 3 perkara utama yang diberi penekanan dalam garis panduan-garis panduan itu ialah:- |
|
|
|
(i) |
Sistem pendaftaran berkomputer; |
|
|
|
(ii) |
Sistem pemberian markah; dan |
|
|
|
(iii) |
Penilaian dan pemilihan melalui komputer. |
|
|
|
|
i) |
Sistem pendaftaran berkomputer; |
|
|
|
|
|
Satu sistem pendaftaran terbuka berkomputer diwujudkan di peringkat negeri untuk mendaftar pemohon yang ingin membeli rumah kos rendah atau menyewa rumah pangsa awam sepanjang masa. Pemohon-pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan yang disediakan. Borang-borang ini difail dan didaftarkan dengan satu nombor pendaftaran yang unik sebagai rujukan. Maklumat-maklumat pemohon yang diterima akan disimpan ke dalam pangkalan data SPT. |
|
|
|
|
ii) |
Sistem Pemberian Markah |
|
|
|
|
|
Pemilihan pembeli rumah kos rendah dan penyewa rumah pangsa awam dalam Sistem Pembahagian Markah mengambilkira faktor-faktor atau kriteria-kriteria taraf perkahwinan, pekerjaan, beban sewa rumah sekarang, bebanmembeli rumah kos rendah, jenis kediaman, kehilangan tempat kediaman, kecacatan, pendapatan isirumah, umur, tempat kerja, tempoh menetap di sesuatu tempat dan tempat kelahiran. |
|
|
|
|
iii) |
Penilaian dan Pemilihan Melalui Komputer |
|
|
|
|
|
Penilaian dan pemilihan pemohon yang layak dipertimbangkan dilakukan oleh komputer. Dengan mengambilkira faktor-faktor di atas, komputer akan mengira markah yang diperolehi oleh setiap pemohon dan menyenaraikan mereka mengikut markah yang tertinggi sebagai pemohon dalam senarai menunggu tawaran. Pemohon yang layak dan mempunyai markah yang tertinggi akan diberi keutamaan dalam penawaran rumah kos rendah atau rumah pangsa awam. |
|
|
5. |
PROSES DAN CARTA ALIRAN PEMILIHAN |
|
|
|
Proses dan cartalir pemilihan pembeli rumah kos rendah dan penyewa rumah pangsa awam adalah seperti di Rajah 1. |
|
|
|
 |
|
|
6. |
FAEDAH-FAEDAH SISTEM PENDAFTARAN TERBUKA |
|
|
|
Penubuhan Sistem Pendaftaran Terbuka bertujuan untuk mempastikan pemohon-pemohon yang layak sahaja dipilih untuk membeli rumah kos rendah dan menyewa rumah pangsa awam dan tiada pemohon yang boleh membeli atau menyewa lebih daripada satu unit rumah pada masa yang sama. Di antara faedah-faedah yang diperolehi dari sistem tersebut adalah seperti berikut:- |
|
|
|
(i) |
Maklumat pemohon dan rumah dapat dikumpul secara meluas dan teratur; |
|
|
(ii) |
Kedudukan pemohon boleh diketahui dengan tepat dan cepat; |
|
|
(iii) |
Proses penilaian dan pemilihan pemohon-pemohon dipercepatkan; |
|
|
(iv) |
Proses penawaran rumah adalah adil dan saksama; |
|
|
(v) |
Penggunaan budi-bicara dan keraguan dalam cara pemilihan dapat dikurangkan; dan |
|
|
(vi) |
Analisa kuantitatif dan penjanaan laporan statistik boleh dilakukan dengan cepat. |
|