TERKINI
WARGA
Webmail      INTEGRITI     
       
Tempahan Kenderaan   HRMIS  
       
Tempahan Bilik Mesyuarat   Kemudahan
Cuti
Gantian
 
PEMAJU
Lesen & Permit   PPT  
       
Garis Panduan   e-Pemaju  
       
Penguatkuasan   BLESS  
AWAM
DRN   SPP   PPR
         
PPT   Aduan   Muat Turun
         
UNDI   Maklumat Pemaju   Garis Panduan
         
image
F.A.Q
image
Contact
Us
image
Complaints and
Feedback
image
Sitemap

ARTIKEL 1

ARTIKEL 1

 
ARTIKEL 1
 
GARIS PANDUAN PERANCANGAN DAN REKA BENTUK
PERUMAHAN KOS RENDAH
(BAGI SEMUA JENIS RUMAH KECUALI RUMAH PANGSA)
 
Oleh:
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Jabatan Perumahan Negara
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ABSTRAK
Garis panduan ini telah menggariskan piawaian-piawaian minimum yang perlu dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat di dalam pembangunan projek perumahan kos rendah sama ada di sektor awam ataupun sektor swasta. Penekanan adalah diberi kepada keperluan-keperluan perancangan seperti saiz lot unit kediaman, anjak undur bangunan, kemudahan letak kereta, kemudahan sosial dan kemasyarakatan serta keperluan-keperluan reka bentuk bangunan dan infrastruktur seperti keluasan lantai, pemasangan elektrik, rizab jalan, sistem saliran dan sistem pembetungan. Garis panduan ini akan dapat mempercepatkan proses perancangan dan penyediaan pelan serta mempercepatkan proses kelulusan pelan bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
 
1. PENDAHULUAN
Garis panduan perumahan kos rendah yang seragam adalah perlu bagi mempastikan pembangunan perumahan kos rendah yang lebih sempurna dan komprehensif, setanding dengan kepantasan pembangunan negara masa kini. Amalan sedia ada tidak dapat memberi kesan yang memuaskan terhadap usaha-usaha untuk mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat dan alam persekitaran terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah.
Piawaian-piawaian yang terkandung di dalam garis panduan ini adalah merupakan piawaian-piawaian yang telah di kaji semula dan dikemas kini berdasarkan piawaian-piawaian sedia ada, termasuk piawaian-piawaian yang digunakan untuk Pertandingan Membina Rumah Kos Rendah di Chembong, Rembau, Negeri Sembilan dan piawaian-piawaian yang digunakan oleh agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan perumahan kos rendah. Piawaian-piawaian tersebut telah di kumpul dan dibukukan untuk menjadi satu garis panduan yang komprehensif bagi memudahkan semua pihak di sektor awam dan swasta melaksanakan pembangunan perumahan kos rendah.
 
2. OBJEKTIF
Garis panduan disediakan untuk mencapai empat objektif berikut:-
i.
Mewujudkan keseragaman dalam pembangunan perumahan kos rendah;
ii.
Membantu pihak-pihak sektor awam dan swasta yang terlibat mempercepatkan proses perancangan dan penyediaan pelan-pelan bagi projek perumahan kos rendah;
 
iii.
Memudah dan mempercepatkan Pihak Berkuasa Tempatan memproses pelan-pelan yang dikemukakan untuk kelulusan; dan,
iv.
Pengubahsuaian dan pengurangan kepada piawaian biasa bagi menghasilkan garis panduan ini dan dapat membantu mengurangkan kos pembangunan projek perumahan kos rendah tanpa menjejaskan kualiti rumah dan kemudahan fizikal serta kualiti persekitaran perumahan kos rendah.
 
 
3. BIDANG TUMPUAN
Garis panduan ini merangkumi piawaian-piawaian minimum perancangan dan reka bentuk untuk diguna pakai bagi semua pembangunan projek perumahan kos rendah yang dijalankan oleh sektor awam dan sektor swasta. Pemakaian garis panduan ini adalah untuk rumah-rumah jenis teres, berkembar, berkelompok, sesebuah dan seumpamanya yang tidak melebihi dua tingkat.
Garis panduan ini dibahagikan kepada dua bahagian:-
3.1 Garis Panduan Perancangan
Penekanan diberi kepada piawaian-piawaian yang perlu dipatuhi bagi menghasilkan susun atur tapak yang cekap, selesa dan selamat berasaskan empat faktor utama berikut:-
i) Keselamatan
Perhatian diberi kepada keselamatan individu dan harta benda serta penekanan kepada keperluan fizikal seperti penyediaan ruang-ruang dan laluan keluar/masuk yang mencukupi di masa kecemasan, penentuan jarak minimum di antara bangunan-bangunan, dan jalan keluar/masuk pilihan ke blok-blok kediaman.
ii) Infrstruktur
Kemudahan-kemudahan infrastruktur yang perlu ada bagi setiap skim perumahan ialah seperti jalan keluar/masuk yang mencukupi, sistem saliran, bekalan elektrik, sistem pembetungan, sistem pembuangan sampah, lampu-lampu jalan yang mencukupi, perkhidmatan telekom, dan lain-lain kemudahan awam.
iii) Kesihatan
Keperluan asas yang perlu bagi menjamin kesihatan mental dan fizikal ialah reka bentuk unit-unit kediaman yang menitikberatkan kepada pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi serta keluasan lantai yang bersesuaian. Kawasan lapang yang mencukupi untuk kemudahan fizikal dan rekreasi perlu juga diadakan.
Perancangan fizikal setiap skim perumahan perlu memberi perhatian kepada susun atur unit-unit kediaman supaya penghuni mendapat `privacy' serta langkah-langkah perlu bagi mengurangkan pencemaran udara, bunyi bising, bau busuk, kesesakan dan lain-lain.
Perhatian yang khusus perlu diberi kepada keadaan persekitaran masyarakat. Kemudahan sosial dalam kawasan perumahan seperti kawasan lapang, kedai, tadika, kemudahan keugamaan, kemudahan kesihatan, padang-padang permainan dan rekreasi dan lain-lain hendaklah disediakan dengan sempurna dan mencukupi demi kesejahteraan masyarakat.
3.2 Garis Panduan Reka Bentuk
Penekanan diberi kepada piawaian-piawaian reka bentuk yang perlu di patuhi bagi mempastikan setiap unit rumah yang dihasilkan berfungsi dan selesa untuk didiami. Faktor-faktor utama yang diambilkira ialah:-
i) Bangunan
Reka bentuk setiap unit kediaman perlu memberi keutamaan kepada keselesaan penghuni untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian. Beberapa piawaian minimum telah ditentukan yang perlu di patuhi oleh pereka bentuk iaitu bilangan bilik tidur, keluasan lantai bagi ruang-ruang dalaman seperti ruang tamu/ruang makan, dapur, bilik tidur dan bilik mandi/tandas. Keperluan-keperluan lain seperti pemasangan dan kelengkapan elektrik, ketinggian rumah, keperluan pencegahan kebakaran dan pencahayaan dan pengudaraan juga ditentukan.
ii) Infrstruktur
Persekitaran yang terancang dan berkesan akan dapat membantu perkembangan sosio-ekonomi masyarakat penghuni. Sistem rangkaian jalan, sistem bekalan air, sistem saliran dan sistem pembetungan perlu di rancang dengan teliti berdasarkan piawaian-piawaian minimum yang ditetapkan bagi menghasilkan rangkaian infrastruktur yang efisyen.
iii) Lanskap
Perancangan fizikal setiap skim perumahan kos rendah perlu memberi perhatian kepada susun atur landskap agar dapat menghasilkan persekitaran yang indah dan nyaman. Keutamaan landskap dalam skim perumahan kos rendah adalah bagi tempat-tempat awam seperti di sepanjang jalan-jalan utama, tempat rekreasi, tempat letak kereta dan kawasan simpanan parit utama/aliran sungai.
3.3 Kelulusan Pelan Bangunan
Semua pelan bangunan rumah kos rendah yang dikemukakan untuk kelulusan akan disemak berdasarkan piawaian-piawaian minimum yang ditetapkan dan garis panduan ini membolehkan mana-mana pelan bangunan yang menepati piawaian-piawaian tersebut di beri kelulusan secara automatik. Ini akan dapat mempercepatkan proses kelulusan pelan bangunan.
 
4. PENUTUP
Garis panduan ini merupakan antara usaha-usaha Jabatan Perumahan Negara untuk mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat berpendapatan rendah di negara ini. Usaha ini perlu mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan program perumahan kos rendah. Adalah diharapkan dengan adanya kerjasama yang padu dalam penggunaan garis panduan ini, kualiti pembangunan rumah kos rendah akan dapat dipertingkatkan.

 
Dikemaskini pada 28 Dis 2012
Jumlah Capaian : 211978
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini

Kemaskini pada 2015-04-04 15:57:19 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 2408
       

Jumlah Pengunjung:
Hari IniHari Ini2497
Jumlah PelawatJumlah Pelawat11540852
                      
 
MSC     mygov      QR
 
Hakcipta Terpelihara 2012 © Jabatan Perumahan Negara
Jabatan Perumahan Negara, Aras 30-38, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel : 03-8000 8000 
Paparan terbaik Microsoft Internet Explorer Ver. 8.0, Mozilla Firefox Ver. 14.0 ke atas, Google Chrome Ver. 20.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 ke atas
 
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |Bantuan |
Soalan Lazim |   Penafian Peta Laman
 
     
Tarikh Kemaskini : 01-06-2020 Total count : 11540852