Bahasa Malaysia      English
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T

TERKINI
WARGA
Webmail      INTEGRITI     
       
Tempahan Kenderaan   HRMIS  
       
Tempahan Bilik Mesyuarat   Kemudahan
Cuti
Gantian
 
PEMAJU
Lesen & Permit   PPT  
       
Garis Panduan   e-Pemaju  
       
Penguatkuasan   BLESS  
AWAM
DRN   SPP   PPR
         
PPT   Aduan   Muat Turun
         
UNDI   Maklumat Pemaju   Garis Panduan
         
image
F.A.Q
image
Contact
Us
image
Complaints and
Feedback
image
Sitemap

SOALAN LAZIM > Soalan Lazim JPN > Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta

SOALAN LAZIM MENGENAI LAPORAN 7F & PROJEK SAKIT

 

Soalan 1

Sekiranya pemaju tidak membina keseluruhan pemajuan yang dilesenkan, bagaimananakah pemaju ingin memohon Pecahan Komponen bagi pemajuan yang tidak dibina?

 

Jawapan
Sekiranya pemajuan tidak dibina keseluruhan mengikut pemajuan yang dilesenkan, pemaju perlu mengemukakan surat permohonan pecah komponen ke BPPS dan surat tersebut mengandungi:

 

i)Kelulusan pecah komponen/unit dari PBT
ii)Pelan Pindaan Pecahan komponen/unit
iii)Laporan Kemajuan Projek
iv)Surat pengesahan daripada peguam dan surat aku sumpah siapkan komponen yang dipecahkan
v)S&P pertama bagi unit yang dipecahkan

Setelah surat sokongan diperolehi, permohonan pindaan perlu dibuat di dalam BLESS dan disertakan surat sokongan tersebut.

 

Soalan 2

Bagaimanakah Pemaju Penyelamat ingin mengambil alih projek / memulihkan projek yang sedang mengalami kelewatan ataupun di dalam kategori SAKIT?  

 

Jawapan
Pemaju penyelamat perlu membuat satu perjanjian dengan pemaju asal dan membuat perbincangan dengan pembeli bagi mendapatkan persetujuan pembeli untuk meneruskan/menyiapkan projek tersebut.  


 

Soalan 3

Kenapa pemaju disenaraihitam ? 

 

Jawapan
Pemaju disenaraihitam kerana terlibat dengan perkara-perkara berikut: 
i)Sakit :  

  • Projek yang mengalami kelewatan melebihi 30% daripada Jadual; dan 
  • Projek yang melangkaui Tarikh Serahan Milikan Kosong. 
ii)Gagal Membayar Kompaun
iii)Ingkar Award
iv)Projek Terbengkalai
v)Projek Tanpa Lesen


 

Soalan 4

Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pihak pemaju jika terlibat dengan projek SAKIT?  

 

Jawapan
Pihak Pemaju perlu mengemukakan @ memaklumkan status terkini projek kepada BPPS, JPN. Jika projek tersebut didapati mengalami kelewatan yang serius, pihak pemaju akan dipanggil untuk siasatan lanjut berkenaan projek tersebut. Tindakan SEGERA bagi menyiapkan projek perlulah dibuat. 



Soalan 5

Apakah kesan-kesan sekiranya Pemaju disenaraihitamkan disebabkan Projek SAKIT?

 

Jawapan
i)Permohonan lesen & permit baru disekat
ii)Pembaharuan lesen & permit disekat
iii)Permohonan Pelbagai Pindaan disekat
iv)Nama Pemaju dipaparkan di Laman Web KPKT
v)Pihak Bank menyekat pinjaman / penjualan unit baru

 

Soalan 6

Sekiranya Pemaju / Pengarah disenaraihitam, bagaimana cara bagi pihak pemaju meneruskan permohonan di dalam sistem BLESS?  

 

Jawapan
Pemaju perlu mengemukakan Permohonan bagi Pelepasan Sementara Sistem BLESS ke Jawatankuasa Senarai Hitam JPN. Permohonan dibuat melalui surat ataupun email. Permohonan akan diproses dan pemaju akan dimaklumkan samada pelepasan dibenarkan atau tidak. 

 

Soalan 7

Bilakah Pemaju perlu mula menghantar laporan 7F setelah lesen diluluskan?  

 

Jawapan
Laporan 7(f) wajib dikemukakan sebaik sahaja lesen diluluskan. 


 

Soalan 8

Perlukah Penghantaran Laporan 7(f) dibuat setelah projek memperolehi CCC/CFO sepenuhnya? 

 

Jawapan
Perlu. Penghantaran terakhir perlu di buat di mana tarikh CCC/CFO dikemukakan di dalam laporan. 


 

Soalan 9

Apakah Kod Pemaju bagi sesuatu lesen perumahan?  

 

Jawapan
Sila rujuk 4 nombor @ 5 nombor di hadapan no. lesen atau permit. Contoh: 10555-1. 


 

Soalan 10

Bagaimana hendak mengemaskini Ahli Lembaga Pengarah baru , Nama / Alamat Syarikat?  

 

Jawapan
Sila kemaskini borang SSM (Borang 49) di dalam sistem BLESS 


 

Soalan 11

Pemaju terlupa kata laluan bagi sistem e-Pemaju?  

 

Jawapan
Klik pada Lupa Kata Laluan > Kod Pengesahan (masukkan no. IC Pengarah tersebut). 


 

Soalan 12

Bilakah penghantaran hardcopy laporan 7F perlu dibuat?  

 

Jawapan
Setelah pihak Pemaju siap mengemaskini laporan 7F di dalam sistem e-Pemaju, pihak Pemaju hendaklah memastikan pada rekod transaksi berstatus HANTAR. Laporan 7F tersebut akan diproses dalam tempoh masa 3 hari bekerja dan setelah diproses pihak Pemaju hendaklah menyemak semula rekod transaksi berstatus CETAK. Seterusnya Pemaju mencetak keluar laporan tersebut untuk disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan dikemukakan laporan hardcopy tersebut kepada BPPS, JPN selewat-lewatnya seminggu daripada tarikh diproses. 


 

Soalan 13

Bilakah Pemaju perlu mendaftarkan nama Pembeli di dalam sistem e-Pemaju? 

 

Jawapan
Pihak Pemaju perlu memastikan bahawa Pembeli tersebut telah menandatangani PJB dan perjanjian tersebut telahpun disahkan. Setelah itu pihak Pemaju boleh mendaftarkan nama Pembeli di dalam sistem. Modul Pendaftaran Maklumat Pembeli Perumahan ini dibuka sepanjang masa. 


 

Soalan 14

Bilakah sesi wajib penghantaran laporan 7F? 

 

Jawapan
4 sesi wajib 





Soalan 15

Apakah hukuman jika pihak pemaju gagal membuat penghantaran laporan 7F?  

 

Jawapan
(Seksyen 7A(10) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1966( Akta 118) & Peraturan-Peraturan: “ Mana-mana pemaju perumahan yang melanggar atau gagal mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”  


 

Soalan 16

Sekiranya terdapat kesalahan di dalam pengisian maklumat laporan 7F, bagaimanakah pindaan boleh dibuat? 

 

Jawapan
Jika laporan 7F tersebut telah dihantar dan diproses, pihak pemaju perlu memaklumkan di dalam surat iringan dan menghubungi pegawai JPN bagi membuat pindaan. 


 

 

 
 
 

Kemaskini pada 2020-09-07 10:26:16 daripada Administrator

  •  
  • Print a div
  • Email this page
  • 44235