Portal Rasmi
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Soalan Lazim
 
Hubungi Kami
 
Aduan &
Maklum Balas
Peta Laman
 

Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T

Anda di sini : Laman Utama > DRN

DRN

 
 

DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN)
 

 

Muat Turun Buku Dasar Perumahan Negara 

Muat Turun Ringkasan Eksekutif Dasar Perumahan Negara

 

MATLAMAT DRN

Memandu arah dan memacu sektor perumahan negara dengan menekankan perancangan, pembangunan dan pengurusan perumahan yang sistematik dan cekap bagi menjana habitat yang mampan,  berdaya huni, berkualiti dan inklusif yang mampu dimiliki oleh rakyat.

OBJEKTIF DRN

Objektif 1  :  Menyediakan rangka kerja pembangunan sektor perumahan bagi membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menyediakan perumahan berdasarkan permintaan dan keperluan oleh setiap
                      lapisan masyarakat;

 

Objektif 2  :  Memperkukuhkan peranan sektor perumahan dalam pengurusan konurbasi bagi mempromosikan pertumbuhan ekonomi dan penyediaan habitat berdaya huni;


Objektif 3  :  Memastikan peruntukan sosial sektor perumahan dinikmati oleh isi rumah yang berkelayakan;


Objektif 4  :  Menggalakkan kepelbagaian akses isi rumah kepada perumahan menerusi pemilikan dan sewaan;
 

Objektif 5  :  Menekankan penyediaan dan penyelenggaraan perumahan berkualiti yang mampu dimiliki oleh rakyat.

 

FOKUS DAN STRATEGI DRN 2018 - 2025
  

FOKUS  1

MEMASTIKAN PERUMAHAN YANG BERKUALITI UNTUK SEMUA

 

Strategi 1.1​   Membangunkan “Piawaian Perumahan Berkualiti” (PPB) untuk meningkatkan mutu keseluruhan perumahan di negara ini

 

Strategi 1.2​   Mewujudkan program pembangunan semula untuk memudahkan rejuvenasi bangunan dalam memenuhi “Piawaian Perumahan Berkualiti” (PPB)

 

Strategi 1.3​   Menambah baik amalan penyelenggaraan bangunan untuk memastikan pematuhan kepada “Piawaian Perumahan Berkualiti” (PPB)

 

Strategi 1.4​   Memperhalusi peranan kerajaan dan mewujudkan kerangka institusi yang sesuai dalam penyediaan dan penyelenggaraan perumahan berkualiti

 

Strategi 1.5​   Menentukan keperluan dan kemahuan dalam meningkatkan penyediaan perumahan dan menetapkan sasaran program bantuan perumahan kerajaan

FOKUS  2

MENAMBAH BAIK AKSESIBILITI DAN TAHAP KEMAMPUAN MEMILIKI RUMAH

 

Strategi  2.1​   Memanfaatkan sepenuhnya teknologi dan ekosistem sokongan untuk meningkatkan penawaran dan produktiviti perumahan

 

Strategi  2.2​   Menentukan ukuran kemampuan perumahan mengikut kawasan untuk menambah baik rangka kerja pemantauan dan penilaian (P&P) Negeri dan Pihak
                      Berkuasa Tempatan

 

Strategi  2.3​   Menentukan ukuran kemampuan perumahan mengikut kawasan untuk menambah baik rangka kerja pemantauan dan penilaian (P&P) Negeri dan Pihak
                       Berkuasa Tempatan 

 

Strategi  2.4​   Menambah baik skim pembiayaan perumahan sedia ada untuk menyediakan penyelesaian inklusif dan mampan bagi kumpulan berpendapatan rendah
                       dan sederhana dalam mengakses rumah mampu huni

 

FOKUS   3

MEMASTIKAN KEJIRANAN YANG BERKUALITI DAN KOHESIF

 

Strategi  3.1​   Menyediakan dan mengekalkan kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti di kawasan kejiranan untuk menyokong kehidupan masyarakat

 

Strategi  3.2​   Memperkasa peranan dan semangat masyarakat dalam mengukuhkan kualiti persekitaran kejiranan

FOKUS   4

MENAMBAH BAIK KOORDINASI ANTARA PEMBANGUNAN PERUMAHAN DAN PENGANGKUTAN UNTUK KUALITI KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK

 

Strategi  4.1​   Menyelaraskan proses perancangan perumahan dan sektor dalam rancangan wilayah, struktur, tempatan dan kawasan khas untuk meningkatkan
                       kejelasan dan konsistensi visi serta meningkatkan keberkesanan penyertaan masyarakat 

 

Strategi  4.2​   Memperkukuh keupayaan Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan dalam memantau dan mengintegrasikan perumahan dan pengangkutan di peringkat
                      analisis, perancangan dan pelaksanaan

FOKUS   5

MEMPERKUKUH KEUPAYAAN INSTITUSI UNTUK MELAKSANAKAN DRN (2018-2025)

 

Strategi  5.1​   Memperkemas data dan menangani jurang data untuk memajukan penyelidikan perumahan negara

 

Strategi  5.2​   Membina kapasiti penyelidikan dalaman untuk membentuk, memantau dan menilai dasar perumahan dan pelan tindakan

 

Strategi  5.3​   Meningkatkan sumber serta memperkukuh undang-undang dan kapasiti teknikal untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dan penguatkuasaan

   

 

 
 
 

  •  
  • Email this page
  • 76199