TERKINI
WARGA
Webmail      INTEGRITI     
       
Tempahan Kenderaan   HRMIS  
       
Tempahan Bilik Mesyuarat   Kemudahan
Cuti
Gantian
 
PEMAJU
Lesen & Permit   PPT  
       
Garis Panduan   e-Pemaju  
       
Penguatkuasan   BLESS  
AWAM
DRN   SPP   PPR
         
PPT   Aduan   Muat Turun
         
UNDI   Maklumat Pemaju   Garis Panduan
         
image
F.A.Q
image
Contact
Us
image
Complaints and
Feedback
image
Sitemap

MAKLUMAT KORPORAT > BAHAGIAN & UNIT > Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai

MAKLUMAT KORPORAT > BAHAGIAN & UNIT > Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai

Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai

OBJEKTIF
Memantau semua projek perumahan swasta yang terbengkalai sehingga dipulihkan, disiapkan dan diserahkan kepada pembeli.
 
FUNGSI
  • Menyelaras  penyelesaian pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai di Semenanjung Malaysia.
     
  • Menjalankan kajian awalan bagi kebolehlaksanaan pemulihan projek terbengkalai.
     
  • Mengenalpasti dan melantik pemaju penyelamat bagi memulihkan projek perumahan terbengkalai.
     
  • Mengawalselia dan memantau proses pemulihan projek terbengkalai sehingga projek siap dengan Sijil Layak Menduduki (CFO).
     
  • Menyediakan Surat Pengesahan Projek Terbengkalai kepada pembeli bagi tujuan permohonan pertimbangan daripada pihak berkenaan bagi meringankan beban kewangan.
PIAGAM PELANGGAN
  1. Menjalankan kajian kebolehlaksanaan pemulihan projek perumahan terbengkalai dalam tempoh tiga (3) bulan selepas projek diisytiharkan terbengkalai.
     
  2. Menyediakan laporan teknikal bagi projek perumahan swasta yang diisytiharkan terbengkalai dalam tempoh tujuh (7) hari selepas menerima maklumat asas yang lengkap daripada Bahagian Pemantauan Swasta JPN.
     
  3. Menetapkan mekanisme pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai atau kaedah penyelesaian melalui pemulangan wang deposit pembeli dalam tempoh enam (6) bulan. 
     
  4. Bagi projek kos rendah dan sederhana yang berdaya maju untuk dipulihkan serta mempunyai dana yang mencukupi, projek tersebut akan ditender dalam masa tiga (3) bulan untuk pemulihan oleh pemaju penyelamat.
     
  5. Menjalankan pemantauan fizikal dan pemantauan kewangan melalui Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) bagi projek yang dipulihkan sehingga projek disiapkan dengan Sijil Layak Menduduki (CFO).
     
  6. Mengeluarkan surat pengesahan projek perumahan terbengkalai kepada pembeli rumah pada hari yang sama bagi mereka yang datang ke pejabat atau dalam tempoh tiga (3) hari bekerja bagi permohonan yang diterima melalui surat /emel.
     
  7. Menjawab aduan dan pertanyaan mengenai status pemulihan projek  dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh penerimaan.
AKTIVITI TAHUNAN
  1. Mesyuarat Kumpulan Kerja Pemantapan Pemulihan dan Pemantauan Projek Perumahan terbengkalai II (6 kali setahun)
     
  2. Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai (4 kali setahun)
     
  3. Mesyuarat Kerjasama Pintar (Smart Partnership) dengan  Kerajaan Negeri (6 kali setahun)
     
  4. Mesyuarat dengan pemaju dan pihak berkepentingan
     
  5. Majlis Pelancaran pemulihan Projek terbengkalai 
     
  6. Majlis Penyerahan kunci

BORANG / SURAT
  1. Borang Maklumat Pembeli Rumah Terbengkalai
     
  2. Surat Kebenaran Kepada JPN Menyemak Bagi Pinjaman Pembeli
ALAMAT UNTUK DIHUBUNGI
Pengarah
Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 32&33, No.51, Persiaran Perdana

Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 Putrajaya, MALAYSIA
Tel   : 603 - 8891 4283 / 4295

Fax  : 603 - 8891 4228
Emel :
muhammadin@kpkt.gov.my

 

 
Dikemaskini pada 30 Sep 2014
 
Jumlah Capaian : 1870197
 
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini   E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
 

Kemaskini pada 2015-04-04 15:55:14 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 1091
       

Jumlah Pengunjung:
Hari IniHari Ini2837
Jumlah PelawatJumlah Pelawat11541192
                      
 
MSC     mygov      QR
 
Hakcipta Terpelihara 2012 © Jabatan Perumahan Negara
Jabatan Perumahan Negara, Aras 30-38, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel : 03-8000 8000 
Paparan terbaik Microsoft Internet Explorer Ver. 8.0, Mozilla Firefox Ver. 14.0 ke atas, Google Chrome Ver. 20.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 ke atas
 
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |Bantuan |
Soalan Lazim |   Penafian Peta Laman
 
     
Tarikh Kemaskini : 01-06-2020 Total count : 11541192