TERKINI
WARGA
Webmail      INTEGRITI     
       
Tempahan Kenderaan   HRMIS  
       
Tempahan Bilik Mesyuarat   Kemudahan
Cuti
Gantian
 
PEMAJU
Lesen & Permit   PPT  
       
Garis Panduan   e-Pemaju  
       
Penguatkuasan   BLESS  
AWAM
DRN   SPP   PPR
         
PPT   Aduan   Muat Turun
         
UNDI   Maklumat Pemaju   Garis Panduan
         
image
F.A.Q
image
Contact
Us
image
Complaints and
Feedback
image
Sitemap

PENGUMUMAN PUSPANITA : Permohonan Tabung Latihan PUSPANITA

PENGUMUMAN PUSPANITA : Permohonan Tabung Latihan PUSPANITA

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Tabung Latihan PUSPANITA (TLP) adalah untuk kegunaan ahli dan anak-anak ahli PUSPANITA. Tabung ini ditubuhkan adalah untuk memberi bantuan kewangan dalam sektor pendidikan kepada ahli dan anak-anak ahli PUSPANITA yang layak. Objektif Tabung Latihan PUSPANITA diwujudkan adalah seperti berikut:
(a) Tabung ditubuhkan untuk latihan dan kebajikan semua pelajar Malaysia tanpa mengira agama, kaum dan keturunan.
(b) Tujuan-tujuan Tabung adalah seperti berikut:
     (i) memberi maklumat berkenaan bidang-bidang kursus dan peluang-peluang pekerjaan kepada pelajar;
     (ii) memberi khidmat kaunseling kerjaya kepada pelajar;
     (iii) mengenal pasti institusi pendidikan yang bersedia memberi kursus;
     (iv) membantu menampung yuran untuk kursus-kursus tertentu;
     (v) memberi insentif kepada pelajar-pelajar cemerlang; dan
     (vi) membantu dan membiayai lain-lain perbelanjaan yang berkaitan seperti kos perjalanan, sewaan tempat tinggal dan sebagainya.

 

3. Untuk makluman YBhg. Datin/ Puan juga, TLP dibuka untuk permohonan bagi Bantuan Kewangan Pendaftaran dan Bantuan Insentif Pelajar Cemerlang. Bagi Bantuan Kewangan Pendaftaran, syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

(a) Permohonan adalah terbuka kepada ahli PUSPANITA yang telah menjadi ahli sekurang-kurangnya dua (2) tahun. Kemudahan ini turut dipanjangkan kepada anak-anak ahli;
(b) Keutamaan akan diberikan kepada ahli-ahli yang aktif didalam persatuan;
(c) Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Tabung Latihan PUSPANITA ;
(d) Jumlah pendapatan keluarga tidak melebihi RM7,000.00;
(e) Pengajian adalah diperingkat Sijil/ Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah di institusi-institusi terpilih seperti senarai di Jadual 1;
(f) Permohonan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada satu (1) bulan mulai tarikh pendaftaran di IPTA dan lain-lain institusi yang telah diluluskan oleh Tabung Latihan PUSPANITA;
(g) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Kecil Tabung Latihan.

 

4. Bagi Bantuan Insentif Pelajar Cemerlang pula, syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

(a) Permohonan adalah terbuka kepada semua ahli PUSPANITA yang telah menjadi ahli sekurang-kurangnya dua (2) tahun. Kemudahan ini turut dipanjangkan kepada anak-anak ahli;
(b) Keutamaan akan diberikan kepada ahli-ahli yang aktif di dalam persatuan;
(c) Bantuan Insentif ini diberikan hanya bagi pengajian peringkat Sijil/ Diploma/ Ijazah yang memperolehi CGPA 3.50 dan ke atas di institusi-institusi terpilih seperti senarai di Jadual 1;
(d) Tiada had pendapatan ibu bapa;
(e) Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Tabung Latihan PUSPANITA ;
(f) Permohonan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada satu (1) bulan mulai tarikh keputusan peperiksaan akhir dimaklumkan;
(g) Permohonan  hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Kecil Tabung Latihan.

 

5. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Datin/ Puan adalah dipohon bagi memanjangkan permohonan Tabung Latihan ini kepada ahli-ahli yang layak. Bersama-sama ini dikemukakan borang permohonan untuk tindakan YBhg. Datin/ puan jua.

 

Borang Permohonan

 

Sekian, terima kasih.

FAEZAH ABDUL WAHAB
SETIAUSAHA/JK TABUNG LATIHAN KPKT

 
Dikemaskini pada 28 Jun 2012
Jumlah Capaian : 159966

Kemaskini pada 2015-04-04 15:49:50 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 945
       

Jumlah Pengunjung:
Hari IniHari Ini2837
Jumlah PelawatJumlah Pelawat11541192
                      
 
MSC     mygov      QR
 
Hakcipta Terpelihara 2012 © Jabatan Perumahan Negara
Jabatan Perumahan Negara, Aras 30-38, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel : 03-8000 8000 
Paparan terbaik Microsoft Internet Explorer Ver. 8.0, Mozilla Firefox Ver. 14.0 ke atas, Google Chrome Ver. 20.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 ke atas
 
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |Bantuan |
Soalan Lazim |   Penafian Peta Laman
 
     
Tarikh Kemaskini : 01-06-2020 Total count : 11541192