TERKINI
WARGA
Webmail      INTEGRITI     
       
Tempahan Kenderaan   HRMIS  
       
Tempahan Bilik Mesyuarat   Kemudahan
Cuti
Gantian
 
PEMAJU
Lesen & Permit   PPT  
       
Garis Panduan   e-Pemaju  
       
Penguatkuasan   BLESS  
AWAM
DRN   SPP   PPR
         
PPT   Aduan   Muat Turun
         
UNDI   Maklumat Pemaju   Garis Panduan
         
image
F.A.Q
image
Contact
Us
image
Complaints and
Feedback
image
Sitemap

INFORMASI > Maklumat Am JPN > Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

INFORMASI > Maklumat Am JPN > Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

TRIBUNAL TUNTUTAN PEMBELI RUMAH
 
| Objektif | Bidang Kuasa | Prosedur Penfailan | Prosedur Pendengaran |Award| Penyelesaian Tuntutan |Senarai Borang
 
  Objektif  
 
Bagi mendengar dan mengadili tuntutan pembeli rumah dengan cara mudah, murah dan cepat.

| ke atas |
 
 
 
  Bidang Kuasa  
 
Bidang kuasa TTPR terhad kepada tuntutan berdasarkan kausa tindakan yang berbangkit daripada perjanjian jual beli yang dibuat antara pembeli rumah dan pemaju perumahan berlesen yang difailkan oleh pembeli rumah tidak lewat 12 bulan dari-
  • tarikh pengeluaran perakuan siap dan pematuhan (CCC);
  • tarikh tamat tempoh liabiliti kecacatan seperti yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli; atau
  • tarikh penamatan perjanjian jual beli oleh mana-mana pihak sebelum tarikh pengeluaran CCC, yang mana terkemudian.
 
 
 
Had tuntutan yang difailkan di TTPR hendaklah tidak melebihi RM50,000 melainkan pihak-  pihak telah bersetuju secara bertulis bahawa TTPR mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan tersebut.
 
 
 
 
     

 

 
 
 
  Prosedur Penfailan  
 
Pembeli rumah hendaklah memfailkan 4 salinan Pernyataan Tuntutan (Borang 1) di Pejabat Pendaftaran TTPR bersama dengan fi yang ditetapkan sebanyak RM10.
 
 
Pembeli rumah hendaklah menyatakan butir-butir tuntutan dan amaun dalam Borang 1 yang  ditandatangani atau dicap ibu jari oleh pembeli rumah.
 
 
Dokumen-dokumen berikut hendaklah disertakan dengan Borang 1:
  • satu salinan perjanjian jual beli-Tuntutan Teknikal/ Bukan Teknikal
  • satu salinan surat penyerahan milikan kosong-Tuntutan Teknikal/ Bukan Teknikal
  • satu salinan perakuan siap dan pematuhan (CCC)-Tuntutan Teknikal/ Bukan Teknikal
  • sebut harga pembaikan oleh kontraktor-Tuntutan Teknikal
  • gambar kerosakan atau kecacatan-Tuntutan Teknikal
 
 
Satu salinan Borang 1 hendaklah diserahkan kepada pemaju dan hendaklah mendapatkan akuan penerimaan daripada pemaju sebagai bukti penyerahan.
Pemaju hendaklah memfailkan pembelaan dalam 4 salinan Borang 2,  berserta fi yang ditetapkan sebanyak RM10 dalam tempoh 14 hari selepas Borang 1 diserahkan kepadanya dan 1 salinan hendaklah diserahkan kepada pembeli rumah.
 

Pemaju hendaklah memfailkan pembelaan dalam 4 salinan Borang 2,  berserta fi yang ditetapkan sebanyak RM10 dalam tempoh 14 hari selepas Borang 1 diserahkan kepadanya dan 1 salinan hendaklah diserahkan kepada pembeli rumah.

| ke atas |

 

 

 
 
  Prosedur Pendengaran  
 
TTPR akan memaklumkan kepada pihak-pihak, masa, tarikh dan tempat pendengaran melalui notis dalam Borang 4. Borang 4 akan diserahkan tidak kurang dari 14 hari sebelum tarikh pendengaran melalui pos berdaftar.
 
 
 
Pihak-pihak tidak boleh diwakili oleh peguam semasa pendengaran melainkan  TTPR berpendapat perkara yang dipersoalkan melibatkan isu undang-undang yang kompleks dan satu pihak akan menanggung kesulitan kewangan yang teruk jika dia tidak diwakili oleh seorang peguam.
 
 
 
Kedua-dua pihak berkenaan berhak mengemukakan keterangan dan memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa jua dokumen atau rekod bagi menyokong tuntutan masing-masing semasa pendengaran.
 
 
 
TTPR hendaklah membantu pihak-pihak untuk berunding bagi mencapai suatu persetujuan penyelesaian tuntutan tersebut.
 
 
 
 

| ke atas |
 
 

 Award

TTPR akan mengeluarkan award tanpa kelewatan dan jika bersesuaian dalam tempoh 60 hari dari pendengaran pertama.
Award tersebut adalah muktamad dan mengikat kesemua pihak dalam prosiding itu.
Kegagalan mematuhi award yang dikeluarkan oleh TTPR adalah menjadi suatu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM5000 tetapi tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam kes kesalahan berterusan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1000 bagi setiap hari atau sebahagian dari satu hari jika kesalahan itu berterusan  selepas sabitan.

| ke atas |

 

 

Penyelesaian Tuntutan

Jika pembeli rumah dan pemaju telah mencapai penyelesaian selepas memfailkan tuntutan, pembeli rumah dinasihatkan untuk memaklumkan TTPR di alamat yang berikut:

 
 

Setiausaha

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,

Aras 3,

No.51,Presint 4,

Persiaran Perdana,

62100 , Putrajaya.

Tel No. : 03-8891 4758 / 4746 / 4774 (Hotline)

Fax No : 03-8891 4755

Emel : tribunal@kpkt.gov.my


Sila hantarkan SMS untuk sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan TTPR ke 36828
 
 
Senarai Borang Permohonan:

Borang 1 - Pernyataan Tuntutan

Borang 2 - Pernyataan Pembelaan Dan Tuntutan Balas

Borang 3 - Pembelaan Kepada Tuntutan Balas


| ke atas |
 


 

 
Dikemaskini pada 27 Mei 2013
 
Jumlah Capaian : 1870146
 
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini   E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
 

Kemaskini pada 2015-04-04 15:53:21 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 1824
       

Jumlah Pengunjung:
Hari IniHari Ini2837
Jumlah PelawatJumlah Pelawat11541192
                      
 
MSC     mygov      QR
 
Hakcipta Terpelihara 2012 © Jabatan Perumahan Negara
Jabatan Perumahan Negara, Aras 30-38, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel : 03-8000 8000 
Paparan terbaik Microsoft Internet Explorer Ver. 8.0, Mozilla Firefox Ver. 14.0 ke atas, Google Chrome Ver. 20.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 ke atas
 
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |Bantuan |
Soalan Lazim |   Penafian Peta Laman
 
     
Tarikh Kemaskini : 01-06-2020 Total count : 11541192