image

Portal Rasmi
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

image
Soalan Lazim
 
imageHubungi Kami
 
 
imageAduan &
Maklum Balas
imagePeta Laman
 

language

w3c

Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T

search

rss

SOALAN LAZIM > Soalan Lazim JPN > Terbengkalai

SOALAN LAZIM > Soalan Lazim JPN > Terbengkalai

SOALAN LAZIM MENGENAI TERBENGKALAI
  1. Apakah terjadi kepada pembeli rumah apabila projek perumahan menjadi terbengkalai dan tidak diisytiharkan?
    1. Pembeli  rumah tidak berpeluang membuat permohonan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kali kedua bagi tujuan pembelian rumah lain.
       
    2. Pembeli rumah yang terdiri daripada golongan kakitangan Kerajaan tidak berpeluang memohon untuk membekukan pembayaran balik pinjaman serta faedah yang dikeluarkan bagi membolehkan mereka  memohon semula pinjaman untuk rumah lain selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 2005 berkuatkuasa 1 Januari 2006. 
       
    3. Pembeli rumah tidak berpeluang memohon untuk menstrukturkan semula pinjaman atau menangguhkan pembayaran balik pinjaman bank pembiaya yang memberikan end financing.
       
  2. Apakah kepentingan Surat Pengesahan Projek Terbengkalai?
    Surat Pengesahan Projek Terbengkalai yang dikeluarkan oleh Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai Jabatan Perumahan Negara boleh membantu pembeli rumah mendapatkan pertimbangan bagi
    1. Permohonan untuk mengurangkan kadar faedah dan penstrukturan semula bayaran pinjaman oleh pembiaya.
       
    2. Permohonan kali kedua pengeluaran KWSP bagi tujuan pembeli rumah lain.
       
    3. Permohonan kepada Bahagian Pinjaman Perumahan Kerajaan untuk pembatalan pinjaman atau penangguhan kadar faedah.
       
  3. Bagaimana untuk mendapatkan Surat Pengesahan Projek Terbengkalai?
    1. Pertama, semak terdahulu nama projek perumahan terbengkalai yang berkaitan melalui  laman web (hyperlink) sebelum membuat permohonan.
       
    2. Sekiranya  projek berkenaan tersenarai di bawah projek perumahan terbengkalai KPKT, permohonan boleh dilakukan secara:
      1. Emel kepada enforcement@kpkt.gov.my **
      2. Fax surat permohonan kepada 03-8891 4228 **
      3. Surat-menyurat kepada Bahagian Projek Perumahan Terbengkalai, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aras 33, Blok 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, PUTRAJAYA WILAYAH PERSEKUTUAN. **
        (**) Sila sertakan satu (1) salinan kad pengenalan pemohon dan satu (1) salinan Surat Perjanjian Jual Beli.
         
    3. Sekiranya projek berkenaan  tidak tersenarai di bawah projek perumahan terbengkalai KPKT maka semakan dengan  Bahagian Pemantauan Projek Swasta, JPN 
       
  4. Bagaimana untuk mengetahui status semasa pemulihan projek perumahan terbengkalai semasa?
    Pembeli boleh membuat semakan ke atas status semasa pemulihan projek melalui laman web ini (hyperlink status projek).
    Sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan perumahan terbengkalai  boleh dipanjangkan melalui:
    1. Sistem Aduan Bersepadu (hyperlink)
    2. Emel kepada enforcement@kpkt.gov.my
    3. Fax surat permohonan ke 03-8891 4228
    4. Surat  kepada: 
      Bahagian Projek Perumahan Terbengkalai, 
      Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 
      Aras 33, Blok 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100,
      PUTRAJAYA WILAYAH PERSEKUTUA
    5. Panggilan telefon kepada pegawai di talian 03-8891 4283/84/81/80
       
  5. Adakah Surat Perjanjian Jual Beli masih sahlaku walaupun projek telah terbengkalai dan apakah tindakan awal yang boleh diambil oleh pembeli projek terbengkalai terhadap pemaju berkenaan?

    Berdasarkan Akta Limitasi 1953, tempoh sahlaku  sebarang perjanjian jual beli adalah sehingga mencapai enam (6) tahun dari tarikh perjanjian tersebut ditandatangani.
     
    Pembeli disarankan membuat tuntutan ke ataspemaju projek perumahan terbengkalai secara surat berdaftar atau mengisi Borang Bukti Keberhutangan (Proof Of Debt) yang boleh diperolehi di Jabatan Insolvensi Malaysia.
     
    Langkah  ini perlu dilaksanakan sebelum tempoh luput sahlaku perjanjian jual dan beli tersebut .
 
Dikemaskini pada 6 Ogos 2013
 
Jumlah Capaian : 1010567
 

Kemaskini pada 2017-12-18 13:08:21 daripada Administrator

  •  
  • Print a div
  • Email this page
  • 4398