TERKINI
WARGA
Webmail      INTEGRITI     
       
Tempahan Kenderaan   HRMIS  
       
Tempahan Bilik Mesyuarat   Kemudahan
Cuti
Gantian
 
PEMAJU
Lesen & Permit   PPT  
       
Garis Panduan   e-Pemaju  
       
Penguatkuasan   BLESS  
AWAM
DRN   SPP   PPR
         
PPT   Aduan   Muat Turun
         
UNDI   Maklumat Pemaju   Garis Panduan
         
image
F.A.Q
image
Contact
Us
image
Complaints and
Feedback
image
Sitemap

MAKLUMAT KORPORAT > PROFIL JABATAN > Perutusan Ketua Pengarah

MAKLUMAT KORPORAT > PROFIL JABATAN > Perutusan Ketua Pengarah

PERUTUSAN KETUA PENGARAH

 

 

 


 

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

 

Tahun 2013 adalah merupakan tahun yang sangat penting bagi Jabatan Perumahan Negara (JPN). Pada tahun ini, pelbagai inisiatif kerajaan bakal digerakkan oleh JPN bagi memenuhi aspirasi rakyat dalam menyediakan perumahan yang selesa, berkualiti dan mampu dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Tugas ini sememangnya bukanlah tugas yang mudah, namun saya yakin dengan komitmen yang ditunjukkan oleh teraju kepimpinan di peringkat Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta dilengkapi dengan usaha keras kakitangan di JPN pastinya hasrat bagi memenuhi aspirasi rakyat ini dapat dipenuhi dengan jayanya.

 

Pada tahun 2013, JPN akan memberikan fokus kepada projek-projek yang bakal memberi impak yang tinggi kepada kesejahteraan rakyat melalui pembinaan lebih banyak rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR), Program Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai, Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) serta akan terus berusaha melindungi hak para pembeli rumah melalui Akta serta perundangan sedia ada. Saya yakin, pencapaian JPN pada tahun 2013 akan lebih baik berbanding tahun 2012 sekiranya semua warga JPN memperkuatkan usaha serta keyakinan untuk terus menabur bakti bagi memenuhi aspirasi rakyat dalam memiliki rumah yang selesa, berkualiti dan mampu dimiliki.

 

Selain itu, JPN juga telah mengambil inisiatif dengan mengintegrasikan sistem BLESS dan IDAMAN II di dalam laman sesawang JPN bagi memudahkan urusan di kalangan pemaju perumahan. Saya berharap usaha yang dilaksanakan ini akan dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan JPN kepada pengguna dan seterusnya menjadikan JPN sebagai pusat rujukan utama bagi industri perumahan di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

 

 

 


Y.Bhg Datuk Mohamad Yusoff bin Ghazali 

Ketua Pengarah
Jabatan Perumahan Negara  

 
Dikemaskini pada 9 Sep 2014
 
Jumlah Capaian : 1010343
 

Kemaskini pada 2015-04-04 15:53:05 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 1044
       

Jumlah Pengunjung:
Hari IniHari Ini3178
Jumlah PelawatJumlah Pelawat11541533
                      
 
MSC     mygov      QR
 
Hakcipta Terpelihara 2012 © Jabatan Perumahan Negara
Jabatan Perumahan Negara, Aras 30-38, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel : 03-8000 8000 
Paparan terbaik Microsoft Internet Explorer Ver. 8.0, Mozilla Firefox Ver. 14.0 ke atas, Google Chrome Ver. 20.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 ke atas
 
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |Bantuan |
Soalan Lazim |   Penafian Peta Laman
 
     
Tarikh Kemaskini : 01-06-2020 Total count : 11541533