TERKINI
WARGA
Webmail      INTEGRITI     
       
Tempahan Kenderaan   HRMIS  
       
Tempahan Bilik Mesyuarat   Kemudahan
Cuti
Gantian
 
PEMAJU
Lesen & Permit   PPT  
       
Garis Panduan   e-Pemaju  
       
Penguatkuasan   BLESS  
AWAM
DRN   SPP   PPR
         
PPT   Aduan   Muat Turun
         
UNDI   Maklumat Pemaju   Garis Panduan
         
image
F.A.Q
image
Contact
Us
image
Complaints and
Feedback
image
Sitemap

SOALAN LAZIM > Soalan Lazim JPN > Tribunal Tuntutan Pembelian Rumah

SOALAN LAZIM > Soalan Lazim JPN > Tribunal Tuntutan Pembelian Rumah


| Soalan 1 | Soalan 2 | Soalan 3 | Soalan 4 | Soalan 5 | Soalan 6 | Soalan 7 | Soalan 8 |
 
Soalan 1
APAKAH BIDANG KUASA TTPR?
 
Jawapan
Bidang kuasa TTPR dihadkan kepada suatu tuntutan yang berdasarkan kausa tindakan yang berbangkit daripada perjanjian jual beli yang dibuat antara pembeli rumah dan pemaju perumahan berlesen. TTPR hanya mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes-kes di Semenanjung Malaysia.

| ke atas |
 
Soalan 2
BOLEHKAH PEMBELI RUMAH MEMFAILKAN TUNTUTAN DI TTPR JIKA PROJEK PERUMAHAN ITU TERBENGKALAI?

 

Jawapan

Tidak. Tuntutan hanya boleh difailkan setelah rumah atau apartmen berkenaan disiapkan atau perjanjian jual beli telah ditamatkan.

| ke atas |

Soalan 3
APAKAH JENIS TUNTUTAN YANG BOLEH DIFAILKAN?
 
Jawapan
Terdapat dua bentuk tuntutan yang boleh difailkan di Tribunal iaitu ;
 
   i. Tuntutan Teknikal
Tuntutan yang disebabkan oleh kecacatan mutu kerja atau bahan-bahan dan jika rumah atau apartmen tidak dibina mengikut pelan dan butiran seperti yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli.
   ii. Tuntutan BukanTeknikal
Tuntutan bagi kelewatan penyerahan milikan kosong

| ke atas |
 
Soalan 4
BERAPAKAH  JUMLAH MAKSIMUM YANG BOLEH DITUNTUT?
 
Jawapan
Jumlah maksimum yang boleh dituntut  ialah RM50,000 melainkan pihak-pihak telah  bersetuju secara bertulis bahawa TTPR mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan tersebut.

| ke atas |
 
Soalan 5
APAKAH TEMPOH MASA UNTUK PEMFAILAN TUNTUTAN?
 
Jawapan
Semua tuntutan hendaklah difailkan tidak lewat 12 bulan dari -
  • tarikh pengeluaran perakuan siap dan pematuhan (CCC);
  • tarikh tamat tempoh liabiliti kecacatan seperti yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli; atau
  • tarikh penamatan perjanjian jual beli oleh mana-mana pihak sebelum tarikh pengeluaran  CCC, yang mana terkemudian.

| ke atas |
 
Soalan 6
APAKAH PROSEDUR UNTUK MEMFAILKAN TUNTUTAN?
 
Jawapan
Pembeli rumah hendaklah memfailkan 4 salinan Pernyataan Tuntutan (Borang 1) di  Pejabat Pendaftaran TTPR bersama dengan fi yang ditetapkan sebanyak RM10.
  •  Butir-butir tuntutan dan amaun hendaklah dinyatakan dalam Borang 1 dan hendaklah ditandatangani atau dicap ibu jari oleh pembeli rumah.
  • Dokumen-dokumen berikut hendaklah disertakan dengan Borang 1:
    • satu salinan perjanjian jual beli  -  Tuntutan Bukan Teknikal/ Tuntutan Teknikal  
    • satu salinan surat penyerahan milikan kosong - Tuntutan Bukan Teknikal/ Tuntutan Teknikal 
    • satu salinan perakuan siap dan pematuhan (CCC)  - Tuntutan Bukan Teknikal/ Tuntutan Teknikal   
    • sebut harga pembaikan oleh kontraktor - Tuntutan Teknikal
    • gambar kerosakan atau kecacatan - Tuntutan Teknikal
  • Satu salinan Borang 1 hendaklah diserahkan kepada pemaju dan hendaklah mendapatkan akuan penerimaan daripada pemaju sebagai bukti penyerahan.
  • Pemaju hendaklah memfailkan pembelaan dalam 4 salinan Borang 2, berserta bayaran fi yang ditetapkan sebanyak RM10 dalam tempoh 14 hari selepas Borang 1 diserahkan kepadanya dan 1 salinan hendaklah diserahkan kepada pembeli rumah.

| ke atas |
 
Soalan 7
ADAKAH PEMBELI RUMAH PERLU MENDAPATKAN KEBENARAN DARIPADA PEMBIAYA SEBELUM MEMFAILKAN  TUNTUTAN DI TTPR?
 
Jawapan
Tidak. Pembeli rumah perlu memaklumkan pembiaya melalui notis secara bertulis sebelum atau dalam masa 14 hari selepas tuntutan difailkan di TTPR.

| ke atas |
 
Soalan 8

APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN JIKA PEMAJU GAGAL UNTUK MEMATUHI  AWARD?

 

Jawapan

Pembeli rumah boleh mengambil tindakan yang berikut:

a) Tindakan Sivil

Pembeli boleh memaklumkan kepada TTPR dan TTPR akan mendaftarkan Award berkenaan di Mahkamah Majistret  atau Mahkamah Sesyen.


TTPR akan menghantar satu salinan Award yang telah direkodkan kepada pembeli rumah. Award yang direkodkan hendaklah dianggap sebagai perintah mahkamah dan pembeli rumah boleh melaksanakannya melalui tindakan sivil.

   

b) Tindakan Jenayah

Pembeli rumah boleh membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan di alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana

Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 Putrajaya, MALAYSIA
No. Telefon    : 603 - 8891 4410

Emel : enforcement@kpkt.gov.my

Pemaju boleh didakwa di mahkamah kerana gagal mematuhi Award.
 

| ke atas |
 
  
 

 


 
Dikemaskini pada 6 Ogos 2013
 
Jumlah Capaian : 1010682
 

Kemaskini pada 2015-04-04 15:52:57 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 2434
       

Jumlah Pengunjung:
Hari IniHari Ini441
Jumlah PelawatJumlah Pelawat12113769
                      
 
MSC     mygov      QR
 
Hakcipta Terpelihara 2012 © Jabatan Perumahan Negara
Jabatan Perumahan Negara, Aras 30-38, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel : 03-8000 8000 
Paparan terbaik Microsoft Internet Explorer Ver. 8.0, Mozilla Firefox Ver. 14.0 ke atas, Google Chrome Ver. 20.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 ke atas
 
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |Bantuan |
Soalan Lazim |   Penafian Peta Laman
 
     
Tarikh Kemaskini : 08-08-2020 Total count : 12113769