image

Portal Rasmi
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

image
Soalan Lazim
 
imageHubungi Kami
 
 
imageAduan &
Maklum Balas
imagePeta Laman
 

language

w3c

Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T

search

rss

MAKLUMAT KORPORAT > BAHAGIAN & UNIT > Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek PPR

MAKLUMAT KORPORAT > BAHAGIAN & UNIT > Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek PPR


Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek PPR

 


LATAR BELAKANG

Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu program Kerajaan Persekutuan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah yang pendapatan isi rumah sebanyak RM2500.00 ke bawah. Program PPR ini di laksanakan secara 2 kaedah iaitu PPR DiSewa (PPRS) dan PPR DiMiliki (PPRM).


 

 OBJEKTIF

  1. Merancang dan melaksana pembinaan projek-projek PPR di seluruh Negara.
     

  2. Menyerahkan Rumah-rumah PPR yang telah siap kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi urusan pengisian secara sewaan atau pun jualan.

FUNGSI

  1. Mengenalpasti senarai tapak cadangan projek baru
     
  2. Membuat laporan kesesuaian tapak berdasarkan kajian kemungkinan yang dijalankan.
     
  3. Memastikan tanah diserah milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).
     
  4. Memantau pelaksanaan projek-projek PPR yang dilaksanakan oleh Bahagian Pelaksanaan dan Penyelenggaraan Projek (PIMB).
     
  5. Menyelaras mesyuarat berkaitan isu dan masalah pelaksanaan projek PPR dengan kerjasama pihak PIMB serta mengemaskini maklumat status pelaksanaan berdasarkan laporan kemajuan projek yang dikemukakan oleh PIMB. 
     
  6. Menyediakan dan mengemaskini maklumat senarai projek PPR di seluruh Negara.
     
  7. Memantau pengisian PPR Disewa dan penjualan PPR Dimiliki yang telah siap dibina.
     
  8. Mengadakan mesyuarat secara berkala dengan Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memantau status pengisian dan penjualan PPR.
     
  9. Melaksanakan pemantauan secara berkala di tapak-tapak projek PPR.
     
  10. Menyelaras hasil kutipan penjualan PPR Dimiliki yang dimasukkan ke Tabung Amanah PPR Dimiliki.

CARA MEMOHON RUMAH PPR(S)

Pemohon-pemohon boleh mendapatkan borang permohonan  seperti berikut:

  1. KEDAH DARUL AMAN

  2. PULAU PINANG

  3. PERAK DARUL RIDZUAN

  4. SELANGOR DARUL EHSAN

  5. NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

  6. MELAKA

  7. JOHOR DARUL TAKZIM

  8. TERENGGANU DARUL IMAN

  9. KELANTAN DARUL NAIM

  10. PAHANG DARUL MAKMUR

  11. KUALA LUMPUR

  12. SABAH
  13. SARAWAK

  14. WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Cara-cara memohon, Syarat kelayakan dan Kaedah Pemilihan adalah mengikut negeri masing-masing.

 

STATISTIK YANG DIKELUARKAN OLEH BAHAGIAN

  1. Statistik pengisian PPR Disewa PPR 
     

  2. Statistik penjualan PPR Dimiliki
     

  3. Statistik Setinggan seluruh negara

 

AKTIVITI-AKTIVITI BAHAGIAN

  1. Penyerahan projek siap dengan CFO/CCC kepada PBN/ PBT.
  2. Lawatan tapak projek-projek PPR yang dalam pembinaan secara berkala.                         

ALAMAT UNTUK DIHUBUNGI

Pengarah
Bahagian Perancangan dan Pembangunan Projek PPR
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 35, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, MALAYSIA


Tel    : 603 - 8891 4355
Fax   : 603 - 8891 4226
E-mel:
ramlan@kpkt.gov.my           

 
Dikemaskini pada 14 Nov 2014
 
Jumlah Capaian : 1870202
 
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini   E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
 

Kemaskini pada 2015-04-04 15:52:45 daripada Administrator

  •  
  • Print a div
  • Email this page
  • 123960