INFORMASI > Maklumat Am JPN > Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)
SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK SWASTA (MyHome)
LATAR BELAKANG |
Skim MyHome ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013.Skim ini merupakan salah satu langkah kerajaan untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik. Skim MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumahan pemaju-pemaju swasta. Pada tahun 2015, kerajaan telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM300 juta bagi pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.
SYARAT DAN KELAYAKAN PEMAJU SKIM MYHOME |
- Syarikat yang sah ditubuhkan dan diperbadankan di bawah Undang-Undang Malaysia
- Projek perumahan berlesen yang telah diluluskan Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan & Jualan (APDL)
- Projek dilaksanakan di atas tanah milik pihak swasta
- Harga Pasaran/Jualan rumah di bawah Skim MyHome adalah tidak melebihi RM300,000.00
- Projek perumahan swasta yang tidak mendapat sebarang insentif daripada Kerajaan. Projek Perumahan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan/Negeri seperti PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri dan sebagainya adalah tidak layak.
|
MAKLUMAT LANJUT |
Klik di sini untuk Status Kelulusan Projek Skim MyHome
Unit MyHome
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
MALAYSIA
Tel : 603 - 8891 4055/ 03-8891 4020/ 03-8891 4010/ 03-8891 4027/ 03-8891 4054
|
|
|
Kemaskini pada 2020-10-30 22:46:33 daripada Vox Administrator