INFORMASI > Maklumat Am JPN > Aduan Perumahan
|
ADUAN PERUMAHAN
|
MAKLUMAT AM |
|
|
Jabatan Perumahan Negara (JPN) bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] dan Peraturan-Peraturan berkaitan bagi memastikan pemajuan perumahan dilaksanakan seperti yang dirancang dan menepati tempoh yang ditetapkan. Aduan perumahan merupakan aduan yang berkaitan dengan salah laku pemaju serta ketidakpatuhan terhadap Akta serta Peraturan-peraturan tersebut. Setiap pembeli rumah boleh membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan, JPN melalui portal e-Home (Perkhidmatan - Aduan & Pertanyaan), kaunter aduan (Tel: 03-8891 4410), (Faks: 03-8891 4045), surat ataupun e-mail (enforcement@kpkt.gov.my).
|
|
|
|
|
|
JENIS - JENIS ADUAN |
|
|
Jenis-jenis aduan yang boleh dikemukakan kepada JPN adalah seperti berikut :
-
Aduan berkaitan lesen dan permit iklan dan jualan
-
Aduan melibatkan agensi lain
-
Hakmilik (individu/strata) dan beban tanah
-
Infrastruktur (air/elektrik dan jalan masuk)
-
Ingkar Award
-
Kecacatan mutu kerja
-
Lain-lain Aduan
-
Pelbagai aduan berkaitan perjanjian jual dan beli
-
Penyenggaraan / pengurusan bangunan dan harta bersama
-
Projek bermasalah (sakit/lewat)
-
Projek terbengkalai
-
Sijil Layak Menduduki (CFO) / perakuan siap / pemantauan CCC.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kemaskini pada 2020-10-30 23:09:12 daripada Vox Administrator