INFORMASI > Maklumat Am JPN > Program Rumah Transit
|
-
Program Rumah Transit (RT) bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan kepada pasangan muda yang berkahwin dan berumur 30 tahun dan ke bawah. Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.
Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan selama tiga (3) tahun. Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.
|
Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia;
|
|
Pemohon berumur 18 hingga 30 tahun; |
|
Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah yang dipohon; |
|
Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit yang dipohon; |
|
Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; dan |
|
Tiada rekod jenayah. |
CIRI-CIRI RUMAH RUMAH TRANSIT |
|
Keluasan unit adalah di antara 700 hingga 850 kaki persegi;
|
|
2 atau 3 bilik tidur; |
|
2 bilik air; |
|
Ruang tamu; dan; |
|
Ruang dapur. |
|
Dilengkapi dengan kipas dan lampu |
KEMUDAHAN DI RUMAH TRANSIT |
a) Dewan serbaguna;
b) Ruang taska;
c) Kedai / gerai;
d) Pejabat pengurusan;
e) Tempat letak kereta;
f) Tempat letak motosikal;
g) Pagar kawasan
h) Kawalan keselamatan;
i) Surau;
j) Lif ; dan
k) Landksap;
Buat masa ini, sebanyak 2 blok (Blok L dan M) di PPR Pinggiran Bukit Jalil yang mengandungi sebanyak 632 unit rumah dijadikan projek perintis bagi program ini. Program ini akan diperluas ke bandar-bandar besar seluruh Malaysia.
Permohonan Program Rumah Transit boleh dipohon melalui laman sesawang www. sprn.kpkt.gov.my"
|
|
|
|
|
|
Kemaskini pada 2020-10-30 23:07:28 daripada Vox Administrator