MAKLUMAT KORPORAT > BAHAGIAN & UNIT > Bhg. Dasar & Perancangan Strategik
|
BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK
OBJEKTIF |
Merancang, menggubal dan melaksana dasar-dasar berkaitan perumahan sebagai asas-asas bagi menyelaraskan perancangan dan pembangunan industri perumahan yang mampan (sustainable)
|
FUNGSI |
-
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar berkaitan perumahan;
-
Memastikan Pelan Tindakan Dasar Perumahan Negara (DRN) dilaksanakan seperti yang dirancang;
-
Memberikan khidmat nasihat dan maklumbalas mengenai isu-isu berkaitan perumahan;
-
Menjalankan kajian, kajian outcome dan penyelidikan meliputi aspek perumahan berkaitan sosio ekonomi, kewangan dan persekitaran; dan
-
Mengumpulkan perangkaan berkaitan program perumahan Negara
|
DASAR-DASAR YANG DIBANGUNKAN |
DRN diwujudkan untuk dijadikan hala tuju dan asas dalam perancangan dan pembangunan sektor perumahan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan. Matlamat DRN adalah untuk menyediakan rumah yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu dimiliki bagi meningkatkan kemampanan hidup rakyat.
|
|
AKTIVITI TAHUNAN |
- Pemantauan Pelan Tindakan Dasar Perumahan Negara;
- Urusetia Mesyuarat mengenai isu perumahan bersama YAB Perdana Menteri/ YAB Timbalan Perdana Menteri dan Pengurusan Tertinggi KPKT;
- Laporan Tahunan Perangkaan JPN;
- Membuat Kajian Outcome Perumahan Negara;
- Pembangunan Sistem Bank Data Perumahan Negara (TEDUH);
- Kajian/laporan mengenai perumahan Negara.
|
BUKU-BUKU YANG DITERBITKAN |
- Buku Dasar Perumahan Negara (DRN)
- Laporan Perangkaan Suku Tahunan
- Laporan Perangkaan Tahunan
|
ALAMAT UNTUK DIHUBUNGI |
Pengarah
Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 34, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, MALAYSIA
Tel : 603 - 8891 4301
Fax : 603 - 8891 4227
E-mel: azizanza[at]kpkt[dot]gov[dot]my
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kemaskini pada 2018-06-07 11:49:29 daripada Administrator