MAKLUMAT KORPORAT > BAHAGIAN & UNIT > Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai
|
BAHAGIAN PEMULIHAN PROJEK TERBENGKALAI
OBJEKTIF |
Merancang, menggubal dan melaksana dasar-dasar berkaitan projek perumahan terbengkalai sebagai asas-asas bagi memandu, mengurus dan menyelaraskan perancangan dan pembangunan industri perumahan yang mapan (established) dan mampan (sustainable)
|
FUNGSI |
- Menjalankan kajian awalan bagi kebolehlaksanaan pemulihan projek perumahan terbengkalai;
- Menjadi fasilitator/mediator dalam usaha-usaha memulih atau menyelesaikan masalah projek perumahan swasta terbengkalai;
- Mengenalpasti dan melantik pemaju-pemaju penyelamat bagi memulihkan projek perumahan swasta terbengkalai;
- Mengawal selia dan memantau proses pemulihan projek-projek perumahan swasta terbengkalai oleh pemaju asal atau penyelamat;
- Menguruskan perbelanjaan bagi pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai dengan menggunakan Dana Kerajaan;
- Menyediakan laporan bulanan dan tahunan mengenai pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai;
- Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai; dan
- Membantu para pembeli rumah dalam menyelesaikan masalah berkaitan projek perumahan swasta terbengkalai.
|
PIAGAM PELANGGAN |
- Menjalankan kajian kebolehlaksanaan pemulihan projek perumahan terbengkalai dalam tempoh enam (6) bulan selepas projek diisytiharkan terbengkalai.
- Menyediakan laporan teknikal bagi projek perumahan swasta yang diisytiharkan terbengkalai dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima maklumat asas yang lengkap daripada Bahagian Pemantauan Swasta JPN.
- Menetapkan mekanisme pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai atau kaedah penyelesaian melalui pemulangan wang deposit pembeli dalam tempoh enam (6) bulan.
- Bagi projek kos rendah dan sederhana yang berdaya maju untuk dipulihkan serta mempunyai dana yang mencukupi, projek tersebut akan ditender dalam masa tiga (3) bulan untuk pemulihan oleh pemaju penyelamat.
- Menjalankan pemantauan fizikal dan pemantauan kewangan melalui Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) bagi projek yang dipulihkan sehingga projek disiapkan dengan Sijil Layak Menduduki (CFO).
- Mengeluarkan surat pengesahan projek perumahan terbengkalai kepada pembeli rumah pada hari yang sama bagi mereka yang datang ke pejabat atau dalam tempoh tiga (3) hari bekerja bagi permohonan yang diterima melalui surat /emel.
- Menjawab aduan dan pertanyaan mengenai status pemulihan projek dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan.
|
AKTIVITI TAHUNAN |
- Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai (2 kali setahun))
- Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai (2 kali setahun
- Mesyuarat Kerjasama Pintar (Smart Partnership) dengan Kerajaan Negeri (3 kali setahun)
- Mesyuarat dengan pemaju/ tuan tanah/ pembiaya kewangan/ jawatankuasa pembeli/SUK Negeri/ PBT/ Pelikuidasi dan pihak berkepentingan
- Majlis Penyerahan Kunci Projek Perumahan Terbengkalai yang telah disiapkan dengan Sijil Layak Menduduki (CFO)
|
ALAMAT UNTUK DIHUBUNGI |
Pengarah
Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 33, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, MALAYSIA
Tel : 603 - 8891 4243
Fax : 603 - 8891 4228
Emel : razana[at]kpkt[dot]gov[dot]my
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kemaskini pada 2022-07-08 11:40:56 daripada Administrator