Latar Belakang
Program Perumahan Rakyat
Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.
- Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS3:2005).
Syarat-syarat Permohonan
Warganegara Malaysia.
Berumur 18 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan.
Belum memiliki rumah.
Kaedah Permohonan
Secara atas talian di pautan sprn.kpkt.gov.my
Melalui Kerajaan Negeri.
Hubungi Kami
Pengarah / Ketua Unit :
Pengarah
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 33, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, MALAYSIA
Tel : 03-88914411
Fax: 03-88914024
Email : jpn@kpkt.gov.my
Kemaskini pada 2026-01-29 16:36:56 daripada Administrator









