Fungsi/Peranan
- Mengawal dan memantau semua projek perumahan yang dilesenkan di bawah Akta Pemajuan Perumahan.
- Menyelaras dan menyemak ke atas Laporan Audit, Penyata Kewangan Tahunan Syarikat dan Akuan Pemaju Perumahan (HDA) bagi pemaju mulai dari lesen pemajuan dikeluarkan ke atas sesuatu projek perumahan sehingga semua obligasi pihak pemaju selesai mengikut kehendak Akta Pemajuan Perumahan.
- Menyelaras dan memantau semua laporan daripada pemaju di bawah seksyen 7.
- Mengenalpasti kategori projek perumahan (lancar,sakit, dan lewat) dan seterusnya memantau kemajuan projek sebenar dari masa ke semasa yang melibatkan lawatan tapak secara berkala dan sistematik.
- Mengenalpasti masalah berkaitan kelewatan projek dan mencari penyelesaian bersama pemaju dan pihak terlibat seperti Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Utiliti, Bank Pembiaya dan Persatuan Pembeli dari masa ke semasa.
- Memberi perakuan ke atas permohonan/pembaharuan permit iklan dan jualan bagi semua projek perumahan swasta.
- Memantau dan menyelaras pelaksanaan projek perumahan secara konsep Bina Kemudian Jual.
- Pemantauan ke atas pemaju terhadap pengeluaran Certificate of Completion and Compliance (CCC) dan seterusnya hakmilik strata/individu bagi setiap projek perumahan yang selesai dibina dan mendokumentasikan maklumat-maklumat projek terbengkalai
- Memberi perakuan ke atas permohonan pengeluaran wang daripada Akaun Pemajuan Perumahan bagi semua pemaju perumahan.
- Mengesyorkan projek untuk dikategorikan sebagai projek terbengkalai.
- Siasatan dan penyelarasan bagi permohonan lanjutan pemilikan kosong.
- Pemantauan kemajuan projek MyHome (projek inisiatif Kerajaan Persekutuan) di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
- Semakan aduan pembeli ke atas projek dalam pembinaan.
Hubungi Kami
Pengarah
Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 32, No.51, Persiaran Perdana,62100 Putrajaya, MALAYSIA
Tel : 603 - 8891 4200
Fax : 603 - 8891 4215
Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 32, No.51, Persiaran Perdana,62100 Putrajaya, MALAYSIA
Tel : 603 - 8891 4200
Fax : 603 - 8891 4215
Kemaskini pada 2021-03-23 09:59:13 daripada Administrator
10366