image

Portal Rasmi
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan

image
Soalan Lazim
 
imageHubungi Kami
 
 
imageAduan &
Maklum Balas
imagePeta Laman
 

language

w3c

Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T

search

rss

Bahagian Penguatkuasaan

Latar Belakang

Bahagian ini diwujudkan bagi memastikan pemaju perumahan mematuhi Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 [Akta 118] dan Peraturan-peraturan. Selain itu, ia juga memastikan kepentingan pembeli rumah terjamin melalui penguatkuasaan undang-undang dengan cekap dan berterusan.

Fungsi/Peranan

  • Menyediakan kertas siasatan bagi pengesyoran pendakwaan ke atas pemaju perumahan yang melakukan kesalahan di bawah Akta 118.
  • Menyiasat kes-kes pelanggaran Akta 118 dan Peraturan-peraturan.
  • Tindakan mengkompaun pemaju-pemaju perumahan bagi kesalahan-kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Pengkompaunan Kesalahan) 2002
  • Semakan ke atas keratan iklan, akhbar, brosur dan papan iklan.
  • Menyenaraihitam pemaju dan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) sekiranya terdapat kesalahan-kesalahan seperti berikut:
 
a) Pemajuan Perumahan Tanpa Lesen
b) Ingkar Award Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS)
c) Gagal membayar kompaun dalam tempoh yang ditetapkan
d) Terlibat dalam Projek Sakit
e) Terlibat dalam Projek Terbengkalai
 
  • Memberi nasihat kepada pembeli rumah.
  • Menerima aduan daripada pembeli berkaitan dengan Akta 118 dan Peraturan-peraturannya kepada pembeli rumah.
  • Menyiasat dan mendapatkan maklumbalas daripada pemaju mengenai aduan yang berkaitan dengan Akta 118 dan Peraturan-peraturannya.

Hubungi Kami

Pengarah / Ketua Unit : 
Jeya Seelan a/l Subramaniam
Pengarah

Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan dan Pengurusan Strata
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 34 & 35, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya.


Tel : 03 - 8891 4356
Fax: 03- 8891 4226
Email :bpst@kpkt.gov.my 


Kemaskini pada 2023-03-21 09:40:08 daripada Administrator

  •  
  • Print a div
  • Email this page
  • 4413