TERKINI
WARGA
Webmail      INTEGRITI     
       
Tempahan Kenderaan   HRMIS  
       
Tempahan Bilik Mesyuarat   Kemudahan
Cuti
Gantian
 
PEMAJU
Lesen & Permit   PPT  
       
Garis Panduan   e-Pemaju  
       
Penguatkuasan   BLESS  
AWAM
DRN   SPP   PPR
         
PPT   Aduan   Muat Turun
         
UNDI   Maklumat Pemaju   Garis Panduan
         
image
F.A.Q
image
Contact
Us
image
Complaints and
Feedback
image
Sitemap

SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK SWASTA

SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK SWASTA

 

SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK SWASTA (MyHome)

     

 

** Muat Turun Makanisme Pelaksanaan MyHome**

LATAR BELAKANG

   1

Skim MyHome ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia,  Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ketika membentangkan Rang Undang-undang Pembekalan 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013.

  2

Skim ini merupakan salah satu langkah Kerajaan untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik. 

  3

Skim MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta.

 4  Pada tahun 2014, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM300 juta bagi pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.
 
SYARAT KELAYAKAN PEMBELI RUMAH SKIM MyHome
  • Warganegara Malaysia 
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
  • Pembelian rumah pertama
  • Memenuhi syarat-syarat kelayakan pendapatan bulanan isi rumah seperti berikut :
 

 Harga Pasaran/Jualan

(RM)

 Harga Sebenar Pembeli

(RM)

Keluasan Minimum 

(kps)

Pendapatan Bulanan Isi Rumah

(RM) 

 MyHome1

80,000-120,000

50,000-90,000

800

3,000-4,000

 MyHome1 Sabah&Sarawak

90,000-120,000

60,000-90,000

800

3,000-4,000

 MyHome2

120,001-200,000

90,001-170,000

850

4,001-6,000

 MyHome2 Sabah&Sarawak

 120,001-250,000

90,001-220,000 

 850

4,001-6,000 

JENIS RUMAH
               
PANDUAN KEPADA PEMBELI SKIM MyHome
   1

Permohonan Skim MyHome boleh dibuat melalui cara berikut :

  •      Permohonan secara atas talian di laman web Jabatan Perumahan Negara (JPN), http://ehome.kpkt.gov.my atau di laman web KPKT (http://www.kpkt.gov.my/)
  •     Muat turun borang menerusi laman web Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), http://ehome.kpkt.gov.my 
  •    Borang-borang permohonan juga boleh didapati di Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri.
  2

Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama salinan dokumen ke JPN seperti di alamat berikut :                        

 Ketua Pengarah

Jabatan Perumahan Negara (Unit MyHome)

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Aras 34, No.51, Persiaran Perdana

Presint 4, 62100 Putrajaya

Tel: 03- 8000 8000           Faks: 03-8891 4227

3

 

 Dokumen yang wajib dihantar bersama dengan borang permohonan pembeli adalah :

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Suami/Isteri Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan/ MyKid/Sijil Kelahiran Anak-anak Tanggungan
  • Salinan Slip Gaji/Surat Pengesahan Pendapatan (suami/isteri)
  • Salinan kad OKU (sekiranya berkenaan)
PANDUAN KEPADA PEMAJU PROJEK SKIM MyHome
   1

Mengisi borang permohonan yang disediakan. Borang permohonan boleh didapati di :  

  •    laman web Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), http://ehome.kpkt.gov.my
  2

Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama salinan dokumen ke JPN seperti di alamat berikut :                       

  Ketua Pengarah

Jabatan Perumahan Negara (Unit MyHome)

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Aras 34, No.51, Persiaran Perdana

Presint 4, 62100 Putrajaya

Tel: 03- 8000 8000           Faks: 03-8891 4227

3

 

 Dokumen yang wajib dihantar bersama dengan borang permohonan adalah :

  • Borang Permohonan
  • Salinan maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mengandungi maklumat dan data berkaitan syarikat (Borang9, Borang24, Borang 49)
  • Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)
  • Laporan Kewangan Tahunan Beraudit Terkini

* 3 salinan setiap dokumen

     
 
Dikemaskini pada 23 Apr 2014
Jumlah Capaian : 109079

Kemaskini pada 2015-04-04 15:56:11 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 62287
       

Jumlah Pengunjung:
Hari IniHari Ini441
Jumlah PelawatJumlah Pelawat12113769
                      
 
MSC     mygov      QR
 
Hakcipta Terpelihara 2012 © Jabatan Perumahan Negara
Jabatan Perumahan Negara, Aras 30-38, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel : 03-8000 8000 
Paparan terbaik Microsoft Internet Explorer Ver. 8.0, Mozilla Firefox Ver. 14.0 ke atas, Google Chrome Ver. 20.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 ke atas
 
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |Bantuan |
Soalan Lazim |   Penafian Peta Laman
 
     
Tarikh Kemaskini : 08-08-2020 Total count : 12113769