Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
jata malaysia

Portal Rasmi
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

image

Soalan Lazim
 
hubungi kamiHubungi Kami
 
aduanAduan & Maklum Balas
peta lamanPeta Laman
 
w3cAlat Kebolehcapaian
 

DRN

DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN)
 

Muat Turun Buku Dasar Perumahan Negara 

Muat Turun Ringkasan Eksekutif Dasar Perumahan Negara

 

MATLAMAT DRN

Memandu arah dan memacu sektor perumahan negara dengan menekankan perancangan, pembangunan dan pengurusan perumahan yang sistematik dan cekap bagi menjana habitat yang mampan,  berdaya huni, berkualiti dan inklusif yang mampu dimiliki oleh rakyat.

OBJEKTIF DRN

Objektif 1  :  Menyediakan rangka kerja pembangunan sektor perumahan bagi membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menyediakan perumahan berdasarkan permintaan dan keperluan oleh setiap lapisan masyarakat;
 

Objektif 2  :  Memperkukuhkan peranan sektor perumahan dalam pengurusan konurbasi bagi mempromosikan pertumbuhan ekonomi dan penyediaan habitat berdaya huni;


Objektif 3  :  Memastikan peruntukan sosial sektor perumahan dinikmati oleh isi rumah yang berkelayakan;


Objektif 4  :  Menggalakkan kepelbagaian akses isi rumah kepada perumahan menerusi pemilikan dan sewaan;
 

Objektif 5  :  Menekankan penyediaan dan penyelenggaraan perumahan berkualiti yang mampu dimiliki oleh rakyat.

FOKUS DAN STRATEGI DRN 2018 - 2025

FOKUS 1

MEMASTIKAN PERUMAHAN YANG BERKUALITI UNTUK SEMUA

Strategi 1.1 Membangunkan “Piawaian Perumahan Berkualiti” (PBB) untuk meningkatkan mutu keseluruhan perumahan di negara ini.

Strategi 1.2 Mewujudkan program pembangunan semula untuk memudahkan rejuvenasi bangunan dalam memenuhi “Piawaian Perumahan Berkualiti” (PPB)

Strategi 1.3 Menambah baik amalan penyelenggaraan bangunan untuk memastikan pematuhan kepada “Piawaian Perumahan Berkualiti” (PPB)

Strategi 1.4 Memperhalusi peranan kerajaan dan mewujudkan kerangka institusi yang sesuai dalam penyediaan dan penyelenggaraan perumahan berkualiti

Strategi 1.5 Menentukan keperluan dan kemahuan dalam meningkatkan penyediaan perumahan dan menetapkan sasaran program bantuan perumahan kerajaan                                              

 

FOKUS 2 

MENAMBAH BAIK AKSESIBILITI DAN TAHAP KEMAMPUAN MEMILIKI RUMAH

Strategi 2.1 Memanfaatkan sepenuhnya teknologi dan ekosistem sokongan untuk meningkatkan penawaran dan produktiviti perumahan

Strategi 2.2 Menentukan ukuran kemampuan perumahan mengikut kawasan untuk menambah baik rangka kerja pemantauan dan penilaian (P&P) Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan

 

FOKUS   3

MEMASTIKAN KEJIRANAN YANG BERKUALITI DAN KOHESIF

Strategi  3.1 Menyediakan dan mengekalkan kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti di kawasan kejiranan untuk menyokong kehidupan masyarakat

Strategi  3.2 Memperkasa peranan dan semangat masyarakat dalam mengukuhkan kualiti persekitaran kejiranan.

 

FOKUS   4

MENAMBAH BAIK KOORDINASI ANTARA PEMBANGUNAN PERUMAHAN DAN PENGANGKUTAN UNTUK KUALITI KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK

Strategi 4.1 Menyelaraskan proses perancangan perumahan dan sektor dalam rancangan wilayah, struktur, tempatan dan kawasan khas  untuk meningkatkan kejelasan dan konsistensi visi serta meningkatkan keberkesanan penyertaan masyarakat

Strategi 4.2 Memperkukuh keupayaan Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan dalam memantau dan mengintegrasikan perumahan dan pengangkutan di peringkat analisis, perancangan dan pelaksanaan

 

FOKUS   5

MEMPERKUKUH KEUPAYAAN INSTITUSI UNTUK MELAKSANAKAN DRN (2018-2025)

Strategi 5.1 Memperkemas data dan menangani jurang data untuk memajukan penyelidikan perumahan negara

Strategi 5.2 Membina kapasiti penyelidikan dalaman untuk membentuk, memantau dan menilai dasar perumahan dan pelan tindakan

Strategi 5.3 Meningkatkan sumber serta memperkukuh undang-undang dan kapasiti teknikal untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dan penguatkuasaan


 


 


 


 


 


 


 



Kemaskini pada 2023-11-16 09:47:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page