Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
14042858607_6c692229b6_k.jpg
bg-new3.png
TERKINI
WARGA
Webmail      KESPEN     
       
Tempahan Kenderaan   INTEGRITI  
       
Tempahan Bilik Mesyuarat   HRMIS  
PEMAJU
Lesen & Permit   PPT  
       
Garis Panduan   e-Pemaju  
       
Penguatkuasan   BLESS  
AWAM
DRN   SPP   PPR
         
PPT   Aduan   Muat Turun
         
UNDI   Maklumat Pemaju   Garis Panduan
         

MAKLUMAT KORPORAT > BAHAGIAN & UNIT > Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai

MAKLUMAT KORPORAT > BAHAGIAN & UNIT > Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai

BAHAGIAN PEMULIHAN PROJEK TERBENGKALAI

OBJEKTIF
Merancang, menggubal dan melaksana dasar-dasar berkaitan projek perumahan terbengkalai sebagai asas-asas bagi memandu, mengurus dan menyelaraskan perancangan dan pembangunan industri perumahan yang mapan (established) dan mampan (sustainable)

 
FUNGSI
  1. Menjalankan kajian awalan bagi kebolehlaksanaan pemulihan projek perumahan terbengkalai;  
  2. Menjadi fasilitator/mediator dalam usaha-usaha memulih atau menyelesaikan masalah projek perumahan swasta terbengkalai;
  3. Mengenalpasti dan melantik pemaju-pemaju penyelamat bagi memulihkan projek perumahan swasta terbengkalai;
  4. Mengawal selia dan memantau proses pemulihan projek-projek perumahan swasta terbengkalai oleh pemaju asal atau penyelamat;
  5. Menguruskan perbelanjaan bagi pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai dengan menggunakan Dana Kerajaan;
  6. Menyediakan laporan bulanan dan tahunan mengenai pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai;  
  7. Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai; dan  
  8. Membantu para pembeli rumah dalam menyelesaikan masalah berkaitan projek perumahan swasta terbengkalai.  
PIAGAM PELANGGAN
  1. Menjalankan kajian kebolehlaksanaan pemulihan projek perumahan terbengkalai dalam tempoh enam (6) bulan selepas projek diisytiharkan terbengkalai.
     
  2. Menyediakan laporan teknikal bagi projek perumahan swasta yang diisytiharkan terbengkalai dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima maklumat asas yang lengkap daripada Bahagian Pemantauan Swasta JPN.
     
  3. Menetapkan mekanisme pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai atau kaedah penyelesaian melalui pemulangan wang deposit pembeli dalam tempoh enam (6) bulan. 
     
  4. Bagi projek kos rendah dan sederhana yang berdaya maju untuk dipulihkan serta mempunyai dana yang mencukupi, projek tersebut akan ditender dalam masa tiga (3) bulan untuk pemulihan oleh pemaju penyelamat.
     
  5. Menjalankan pemantauan fizikal dan pemantauan kewangan melalui Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) bagi projek yang dipulihkan sehingga projek disiapkan dengan Sijil Layak Menduduki (CFO).
     
  6. Mengeluarkan surat pengesahan projek perumahan terbengkalai kepada pembeli rumah pada hari yang sama bagi mereka yang datang ke pejabat atau dalam tempoh tiga (3) hari bekerja bagi permohonan yang diterima melalui surat /emel.
     
  7. Menjawab aduan dan pertanyaan mengenai status pemulihan projek  dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan.
AKTIVITI TAHUNAN
  1. Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai (2 kali setahun))
     
  2. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai (2 kali setahun
     
  3. Mesyuarat Kerjasama Pintar (Smart Partnership) dengan  Kerajaan Negeri (3 kali setahun)
     
  4. Mesyuarat dengan pemaju/ tuan tanah/ pembiaya kewangan/ jawatankuasa pembeli/SUK Negeri/ PBT/ Pelikuidasi dan pihak berkepentingan
     
  5. Majlis Penyerahan Kunci Projek Perumahan Terbengkalai yang telah disiapkan dengan Sijil Layak Menduduki (CFO)

 

BORANG / SURAT
  1. Borang Maklumat Pembeli Rumah Terbengkalai
     
  2. Surat Kebenaran Kepada JPN Menyemak Bagi Pinjaman Pembeli
ALAMAT UNTUK DIHUBUNGI
Pengarah
Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 33, No.51, Persiaran Perdana

Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, MALAYSIA

Tel   : 603 - 8891 4243 

Fax  : 603 - 8891 4228
Emel :
@kpkt.gov.my

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 

Kemaskini pada 2016-10-27 15:46:38 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 5801
       

Jumlah Pengunjung:
Hari Ini1486
Jumlah Pelawat8355942
                      
 
MSC     mygov      QR
 
Hakcipta Terpelihara 2012 © Jabatan Perumahan Negara
Jabatan Perumahan Negara, Aras 30-38, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel : 03-8000 8000 
Paparan terbaik Microsoft Internet Explorer Ver. 8.0, Mozilla Firefox Ver. 14.0 ke atas, Google Chrome Ver. 20.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 ke atas
 
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |Bantuan |
Soalan Lazim |   Penafian Peta Laman
 
     
Tarikh Kemaskini : 27-04-2017 Total count : 8355942