SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK SWASTA (MyHome)
LATAR BELAKANG |
Skim MyHome ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada
25 Oktober 2013.Skim ini merupakan salah satu langkah kerajaan untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik. Skim MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000
seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta. Pada tahun 2015, kerajaan telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM300 juta bagi pembinaan 10,000 unit rumah
mampu milik di seluruh negara.
|
|
|
|
Ciri-ciri rumah mampu milik di bawah Skim MyHome adalah seperti berikut :- |
|
a. MyHome 1
|
Harga Pasaran/
Jualan
(RM) |
Harga Sebenar Pembeli
(RM) |
Keluasan Minimum
(kps) |
Pendapatan Bulanan Isi Rumah
(RM) |
MyHome1 |
80,000-120,000 |
50,000-90,000 |
800 |
3,000- 4,000 |
MyHome1
Kuala Lumpur |
80,000-150,000 |
50,000-120,000 |
800 |
3,000- 4,000 |
MyHome1
Sabah&Sarawak |
90,000-120,000 |
60,000-90,000 |
800 |
3,000- 4,000 |
|
|
|
b. MyHome 2
|
Harga Pasaran/
Jualan
(RM) |
Harga Sebenar Pembeli
(RM) |
Keluasan Minimum
(kps) |
Pendapatan Bulanan Isi Rumah
(RM) |
MyHome2 |
120,001-200,000 |
90,001-170,000 |
850 |
4,001- 6,000 |
MyHome2
Kuala Lumpur |
150,001-300,000 |
120,001-270,000 |
850 |
4,001- 6,000 |
MyHome2
Sabah&Sarawak |
120,001-200,000 |
90,001-220,000 |
850 |
4,001- 6,000 |
|
|
|
|
Rumah-rumah yang dibina di bawah Skim MyHome dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. |
|
SYARAT DAN KELAYAKAN PEMAJU SKIM MYHOME |
- Syarikat yang sah ditubuhkan dan diperbadankan di bawah Undang-Undang Malaysia
- Projek perumahan berlesen yang telah diluluskan Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan & Jualan (APDL)
- Projek dilaksanakan di atas tanah milik pihak swasta
- Harga Pasaran/Jualan rumah di bawah Skim MyHome adalah tidak melebihi RM300,000.00
- Projek perumahan swasta yang tidak mendapat sebarang insentif daripada Kerajaan. Projek Perumahan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan/Negeri seperti PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri dan sebagainya adalah tidak layak.
|
Kriteria pemilihan asas projek adalah seperti berikut:
- Pemilihan lokasi projek yang strategik.
- Projek berdaya maju dan kebolehlaksanaan (feasibility).
- Menepati permintaan dan keperluan rumah di lokasi yang dipohon.
- Mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh.
|
SYARAT DAN KELAYAKAN PEMOHON SKIM MYHOME |
Syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPKT bagi kriteria pemilihan pembeli :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 tahun ke atas.
- Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
- Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah
Permohonan pembeli yang telah disemak akan dibawa kepada Jawatankuasa Pemilihan Pembeli Skim MyHome yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JPN, KPKT dan dianggotai oleh Wakil Kementerian Kewangan, Wakil Kerajaan Negeri/ Lembaga Perumahan Berkaitan/ Wakil Bahagian Dasar KPKT dan Wakil Pemaju Perumahan berkaitan.
|
Tempoh moratorium dikenakan selama 10 tahun. Syarat moratorium dimasukkan ke dalam surat tawaran kepada pembeli, Surat Perjanjian Jual Beli dan dokumen hakmilik tanah (di bawah sekatan kepentingan).
Tempoh moratorium dikira bermula selepas Surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani. |
BORANG PERMOHONAN SKIM MYHOME |
Borang Permohonan Pemaju/Projek Skim MyHome.
Permohonan Pembelian Kediaman Skim MyHome hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (https://sprn.kpkt.gov.my).
|
MAKLUMAT LANJUT |
Klik di sini untuk Status Kelulusan Projek Skim MyHome
|
Unit MyHome
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
MALAYSIA
Tel : 603 - 8891 4027/4020/4054/4316
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kemaskini pada 2021-07-26 14:32:11 daripada Administrator