Bahasa Malaysia      English
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

TERKINI
WARGA
Webmail      INTEGRITI     
       
Tempahan Kenderaan   HRMIS  
       
Tempahan Bilik Mesyuarat   Kemudahan
Cuti
Gantian
 
PEMAJU
Lesen & Permit   PPT  
       
Garis Panduan   e-Pemaju  
       
Penguatkuasan   BLESS  
AWAM
DRN   SPP   PPR
         
PPT   Aduan   Muat Turun
         
UNDI   Maklumat Pemaju   Garis Panduan
         
image
F.A.Q
image
Contact
Us
image
Complaints and
Feedback
image
Sitemap

INFORMASI > Maklumat Am JPN > Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)

SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK SWASTA (MyHome)
LATAR BELAKANG
Skim MyHome ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada
25 Oktober 2013.Skim ini merupakan salah satu langkah kerajaan untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik. Skim MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000
seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta. Pada tahun 2015, kerajaan telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM300 juta bagi pembinaan 10,000 unit rumah
mampu milik di seluruh negara.
 
 
KRITERIA ASAS
image   Ciri-ciri rumah mampu milik di bawah Skim MyHome adalah seperti berikut :-  
a. MyHome 1

 
  Harga Pasaran/
Jualan
(RM)
Harga Sebenar Pembeli
(RM)

Keluasan Minimum
 
(kps)
Pendapatan Bulanan Isi Rumah
(RM)
MyHome1 80,000-120,000 50,000-90,000 800 3,000- 4,000
MyHome1
Kuala Lumpur
80,000-150,000 50,000-120,000 800 3,000- 4,000
MyHome1
Sabah&Sarawak
90,000-120,000 60,000-90,000 800 3,000- 4,000
 
   
b. MyHome 2
 
  Harga Pasaran/
Jualan
(RM)
Harga Sebenar Pembeli
(RM)
Keluasan Minimum
 
(kps)
Pendapatan Bulanan Isi Rumah
(RM)
MyHome2 120,001-200,000 90,001-170,000 850 4,001- 6,000
MyHome2
Kuala Lumpur
150,001-300,000 120,001-270,000 850 4,001- 6,000
MyHome2
Sabah&Sarawak
120,001-200,000 90,001-220,000 850 4,001- 6,000
   
image Rumah-rumah yang dibina di bawah Skim MyHome dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.  
 
 
 SYARAT DAN KELAYAKAN PEMAJU SKIM MYHOME
  • Syarikat yang sah ditubuhkan dan diperbadankan di bawah Undang-Undang Malaysia
  • Projek perumahan berlesen yang telah diluluskan Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan & Jualan (APDL)
  • Projek dilaksanakan di atas tanah milik pihak swasta
  • Harga Pasaran/Jualan rumah di bawah Skim MyHome adalah tidak melebihi RM300,000.00
  • Projek perumahan swasta yang tidak mendapat sebarang insentif daripada Kerajaan.  Projek Perumahan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan/Negeri seperti PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri dan sebagainya adalah tidak layak.
KRITERIA PROJEK

   image Kriteria pemilihan asas projek adalah seperti berikut:
  • Pemilihan lokasi projek yang strategik.
  • Projek berdaya maju dan kebolehlaksanaan (feasibility).
  • Menepati permintaan dan keperluan rumah di lokasi yang dipohon.
  • Mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh.
 SYARAT DAN KELAYAKAN PEMOHON SKIM MYHOME

   image Syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPKT bagi kriteria pemilihan pembeli :
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
  • Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah
Permohonan pembeli yang telah disemak akan dibawa kepada Jawatankuasa Pemilihan Pembeli Skim MyHome yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JPN, KPKT dan dianggotai oleh Wakil Kementerian Kewangan, Wakil Kerajaan Negeri/ Lembaga Perumahan Berkaitan/ Wakil Bahagian Dasar KPKT dan Wakil Pemaju Perumahan berkaitan.
MORATORIUM

   image Tempoh moratorium dikenakan selama 10 tahun. Syarat moratorium dimasukkan ke dalam surat tawaran kepada pembeli, Surat Perjanjian Jual Beli dan dokumen hakmilik tanah (di bawah sekatan kepentingan).

   image Tempoh moratorium dikira bermula selepas Surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani.
 BORANG PERMOHONAN SKIM MYHOME

   image Borang Permohonan Pemaju/Projek Skim MyHome.

   image Permohonan Pembelian Kediaman Skim MyHome hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (https://sprn.kpkt.gov.my).
 
MAKLUMAT LANJUT
   image Klik di sini untuk Status Kelulusan Projek Skim MyHome
 

Unit MyHome
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana

Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
MALAYSIA

Tel    : 603 - 8891 4027/4020/4054/4316

   
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 

Kemaskini pada 2021-07-26 14:32:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page