|
|
|
INFORMASI > Jabatan Berkaitan Perumahan > Kerajaan Tempatan
|
| |
|
|
|
|
| |
|
Maklumat berkaitan perumahan dari sudut kerajaan tempatan. |
| |
|
 |
CCC - Bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dalam sektor perumahan , kerajaan telah menguatkuasakan kaedah pengeluaran sijil fitness bangunan oleh para profesional iaitu sistem CCC. Melalui sistem ini pihak profesional , kontraktor dan kontaktor tred yang berkaitan dengan sesuatu projek perumahan adalah bertanggungjawab memastikan setiap komponen pembinaan disiapkan mematuhi spesifikasi dan peruntukan perundangan dengan mengesahkan borang-borang G yang berkaitan . Sistem ini juga menetapkan bagi perumahan, Pemilikan Kosong (VP) yang dikeluarkan pemaju kepada pembeli hendaklah dikeluarkan bersekali dengan perakuan CCC. Buat masa ini sistem CCC berjalan serentak dengan sistem CFO. |
|
| |
| |
| |
| |
|
|
 |
CFO – CFO adalah satu perakuan yang menyatakan bahawa sesuatu bangunan itu telah siap dan layak diduduki. Apabila sesebuah pemajuan atau sesuatu bangunan telah disiapkan , para profesional akan membuat permohonan agar CFO dikeluarkan dengan mengemukakan Borang E kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Setelah melakukan pemeriksaan tapak dan berpuashati segalanya telah mematuhi spesifikasi dan peruntukan perundangan , PBT akan mengeluarkan CFO. Undang-undang juga menetapkan sekiranya PBT tidak keluarkan CFO dalam tempoh 14 hari dari tarikh terimasah Borang E, CFO adalah dianggap telah dikeluarkan. |
|
| |
| |
| |
|
Untuk maklumat lanjut sila layari http://jkt.kpkt.gov.my/
|
| Alamat |
| |
|
 |
Jabatan Kerajaan Tempatan Aras 25-29, No 51,
Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Tel : 03-88915000
:03-88913090
jkt@kpkt.gov.my
|
|
|
| |
| Dikemaskini pada 18 Mei 2012 |
| |
| Jumlah Capaian : 744908 |
| |
| |
Cetak halaman ini
E-mel halaman Ini
|
| |
|
|
|