W3C  kembali ke asal  Tukar ke Latarbelakang 1  Tukar ke Latarbelakang 2  Tukar ke Latarbelakang 3  Tukar ke Latarbelakang 4  Tukar ke Latarbelakang 5  Tukar ke Latarbelakang 6  Tukar ke Latarbelakang 7  Tukar ke Latarbelakang 8   Tukar saiz teks kecil  Tukar saiz teks asal  Tukar saiz teks besar  Tukar teks asal  Tukar teks ke warna merah  Tukar teks ke warna biru  Tukar teks ke warna hijau  Tukar Kontras Cerah  Tukar Kontras Asal  Tukar Kontras Gelap  Tukar Saiz Portal Kecil Tukar Saiz Portal Asal  Tukar Saiz Portal Lebar 
1malaysia
  Selamat Datang Pelawat   [ Log In | Daftar | Lupa Kata Laluan ]

  Jumaat, 24hb Mei 2013  

SOALAN LAZIM

 

 

Calendar

<<   Mei 2013   >>

Aha

Isn

Sel

Rab

Kha

Jum

Sab

 

 

 

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berita

Jika anda ingin menerima berita kami, sila masukkan e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

SOALAN LAZIM > Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah


| Soalan 1 | Soalan 2 | Soalan 3 | Soalan 4 | Soalan 5 | Soalan 6 | Soalan 7 | Soalan 8 |
 
Soalan 1
APAKAH BIDANG KUASA TTPR?
 
Jawapan
Bidang kuasa TTPR dihadkan kepada suatu tuntutan yang berdasarkan kausa tindakan yang berbangkit daripada perjanjian jual beli yang dibuat antara pembeli rumah dan pemaju perumahan berlesen. TTPR hanya mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes-kes di Semenanjung Malaysia.
 
Soalan 2
BOLEHKAH PEMBELI RUMAH MEMFAILKAN TUNTUTAN DI TTPR JIKA PROJEK PERUMAHAN ITU TERBENGKALAI?

 

Jawapan

Tidak. Tuntutan hanya boleh difailkan setelah rumah atau apartmen berkenaan disiapkan atau perjanjian jual beli telah ditamatkan.

| ke atas |

Soalan 3
APAKAH JENIS TUNTUTAN YANG BOLEH DIFAILKAN?
 
Jawapan
Terdapat dua bentuk tuntutan yang boleh difailkan di Tribunal iaitu ;
 
   i. Tuntutan Teknikal
Tuntutan yang disebabkan oleh kecacatan mutu kerja atau bahan-bahan dan jika rumah atau apartmen tidak dibina mengikut pelan dan butiran seperti yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli.
   ii. Tuntutan BukanTeknikal
Tuntutan bagi kelewatan penyerahan milikan kosong

| ke atas |
 
Soalan 4
BERAPAKAH  JUMLAH MAKSIMUM YANG BOLEH DITUNTUT?
 
Jawapan
Jumlah maksimum yang boleh dituntut  ialah RM50,000 melainkan pihak-pihak telah  bersetuju secara bertulis bahawa TTPR mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan tersebut.

| ke atas |
 
Soalan 5
APAKAH TEMPOH MASA UNTUK PEMFAILAN TUNTUTAN?
 
Jawapan
Semua tuntutan hendaklah difailkan tidak lewat 12 bulan dari -
  • tarikh pengeluaran perakuan siap dan pematuhan (CCC);
  • tarikh tamat tempoh liabiliti kecacatan seperti yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli; atau
  • tarikh penamatan perjanjian jual beli oleh mana-mana pihak sebelum tarikh pengeluaran  CCC, yang mana terkemudian.

| ke atas |
 
Soalan 6
APAKAH PROSEDUR UNTUK MEMFAILKAN TUNTUTAN?
 
Jawapan
Pembeli rumah hendaklah memfailkan 4 salinan Pernyataan Tuntutan (Borang 1) di  Pejabat Pendaftaran TTPR bersama dengan fi yang ditetapkan sebanyak RM10.
  •  Butir-butir tuntutan dan amaun hendaklah dinyatakan dalam Borang 1 dan hendaklah ditandatangani atau dicap ibu jari oleh pembeli rumah.
  • Dokumen-dokumen berikut hendaklah disertakan dengan Borang 1:
    • satu salinan perjanjian jual beli  -  Tuntutan Bukan Teknikal/ Tuntutan Teknikal  
    • satu salinan surat penyerahan milikan kosong - Tuntutan Bukan Teknikal/ Tuntutan Teknikal 
    • satu salinan perakuan siap dan pematuhan (CCC)  - Tuntutan Bukan Teknikal/ Tuntutan Teknikal   
    • sebut harga pembaikan oleh kontraktor - Tuntutan Teknikal
    • gambar kerosakan atau kecacatan - Tuntutan Teknikal
  • Satu salinan Borang 1 hendaklah diserahkan kepada pemaju dan hendaklah mendapatkan akuan penerimaan daripada pemaju sebagai bukti penyerahan.
  • Pemaju hendaklah memfailkan pembelaan dalam 4 salinan Borang 2, berserta bayaran fi yang ditetapkan sebanyak RM10 dalam tempoh 14 hari selepas Borang 1 diserahkan kepadanya dan 1 salinan hendaklah diserahkan kepada pembeli rumah.

| ke atas |
 
Soalan 7
ADAKAH PEMBELI RUMAH PERLU MENDAPATKAN KEBENARAN DARIPADA PEMBIAYA SEBELUM MEMFAILKAN  TUNTUTAN DI TTPR?
 
Jawapan
Tidak. Pembeli rumah perlu memaklumkan pembiaya melalui notis secara bertulis sebelum atau dalam masa 14 hari selepas tuntutan difailkan di TTPR.

| ke atas |
 
Soalan 8

APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN JIKA PEMAJU GAGAL UNTUK MEMATUHI  AWARD?

 

Jawapan

Pembeli rumah boleh mengambil tindakan yang berikut:

a) Tindakan Sivil

Pembeli boleh memaklumkan kepada TTPR dan TTPR akan mendaftarkan Award berkenaan di Mahkamah Majistret  atau Mahkamah Sesyen.


TTPR akan menghantar satu salinan Award yang telah direkodkan kepada pembeli rumah. Award yang direkodkan hendaklah dianggap sebagai perintah mahkamah dan pembeli rumah boleh melaksanakannya melalui tindakan sivil.

   

b) Tindakan Jenayah

Pembeli rumah boleh membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan di alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana

Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 Putrajaya, MALAYSIA
No. Telefon    : 603 - 8891 4410

Emel : enforcement@kpkt.gov.my

Pemaju boleh didakwa di mahkamah kerana gagal mematuhi Award.
 

| ke atas |
 
  
 

 


 
Dikemaskini pada 21 Mei 2012
 
Jumlah Capaian : 744087
 
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini   E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
 
portal myGov
multimedia super corridor (MSC)
kpkt logo  ePerolehan
 bsc 
peps 
 hba rehda 
pemudah 

myID 

 biro pengaduan awam (BPA) kettha IGEM2011

 

Pemandu  bless eKL  bahagian pengurusan hartanah (BPH) JPM
myIDEAS ssm hrmis  
    

 

 

 

facebook     Berita Terkini     e-mobile 

 

Undian

 

Adakah anda suka kepada reka bentuk baru portal ehome?

Ya

Tidak

 
Lihat Bancian Lepas

Pelawat

  0000260930 
'.Hari ini.' Hari Ini 57
'.Semalam.' Semalam 1059
'.Minggu ini.' Minggu Ini 6693
'.Minggu Lepas.' Minggu Lepas 9163
'.Bulan ini.' Bulan Ini 28296
'.Bulan Lepas.' Bulan Lepas 44132
'.Semua.' Keseluruhan 260930

 

 

 

Dikemaskini pada

Jumaat, 24 Mei 2013

Hakcipta Terpelihara 2011 © Jabatan Perumahan Negara
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Soalan Lazim| Bantuan  |  Peta Laman
Jabatan Perumahan Negara, Aras 30-38, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel : 03-88915000

PENAFIAN : Jabatan Perumahan Negara tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman ini.
Paparan terbaik Microsoft Internet Explorer Ver. 8.0, Netscape Ver. 5.0, Mozilla Firefox Ver. 1.5 ke atas dan resolusi 1024 x 768 atau 800 x 600 piksel minimum.