|
|
|
MAKLUMAT KORPORAT > Bahagian & Unit di JPN > Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta
|
Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta
|
OBJEKTIF |
|
Memantau semua projek perumahan swasta yang berlesen sehingga disiapkan dan diserahkan kepada pembeli dalam tempoh perjanjanjian yang ditetapkan
|
FUNGSI |
-
Mengawal dan memantau semua projek perumahan yang dilesenkan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Akta 118) 1966 dan Peraturan - Peraturan
-
Menyelaras dan menyemak Laporan Audit, Penyata Kewangan Tahunan Syarikat dan Akaun Pemaju Perumahan 'Housing Development Account' (HDA) bagi syarikat pemaju.
-
Kaedah - kaedah perlaksanaan adalah seperti berikut :-
-
Menyelaras dan memantau semua laporan daripada pemaju di bawah seksyen 7, Akta 118.
-
Mengenalpasti kategori projek perumahan (lancar, sakit dan lewat) dan seterusnya memantau kemajuan projek sebenar dari masa ke semasa yang melibatkan lawatan tapak secara berkala dan sistematik.
-
Mengenalpasti masalah berkaitan kelewatan projek dan mencari penyelesaian bersama pemaju dan pihak terlibat seperti Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Utiliti, Bank Pembiaya dan Persatuan Pembeli dari masa ke semasa.
-
Memberi perakuan ke atas permohonan / pembaharuan permit iklan dan jualan bagi semua projek perumahan
-
Memantau dan menyelaras pelaksanaan projek perumahan secara konsep Bina Kemudian Jual (BKJ).
-
Pemantauan ke atas pemaju terhadap pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) setiap projek perumahan yang selesai dibina dan diserah milik kosong kepada pembeli.
-
Memberi perakuan ke atas permohonan pengeluaran wang daripada HDA yang telah dibekukan.
|
PRODUK / PROGRAM |
-
Statistik Projek Lewat dan Sakit (dikemaskini setiap suku tahun)
-
Surat Pengesahan Projek Bermasalah Rayuan kepada pihak bank supaya menstruktur semula pinjaman perumahan pembeli dan ianya tertakluk juga kepada budi bicara dan polisi pihak bank terbabit.
-
Roadshow 7(f) diadakan setiap tahun di seluruh Semenanjung Malaysia. Memberi kesedaran kepada pemaju perumahan yang berlesen tentang kewajipan dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi berdasarkan Akta 118.
|
ALAMAT UNTUK DIHUBUNGI |
|
Alamat untuk dihubungi: Pengarah Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta Jabatan Perumahan Negara Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aras 32, No.51, Persiaran Perdana,62100 Putrajaya, MALAYSIA Tel : 603 - 8891 4168 Fax : 603 - 8891 4215 E-mel: jpn@kpkt.gov.my |
|
| | ALA |
| |
| Dikemaskini pada 22 Mei 2013 |
| |
| Jumlah Capaian : 741910 |
| |
| |
Cetak halaman ini
E-mel halaman Ini
|
| |
|
|
|