|
|
|
INFORMASI > Notis > Surat Pengesahan TTPR
|
Surat Pengesahan Projek Perumahan Terbengkalai:
|
TUJUAN
Jabatan Perumahan Negara (JPN) mengeluarkan surat pengesahan projek perumahan terbengkalai kepada pembeli-pembeli rumah projek perumahan terbengkalai dengan tujuan membantu pihak pembeli rumah mengurangkan bebanan kewangan seperti berikut:
| I. |
Pertimbangan daripada pihak institusi pembiayaan bagi sebarang permohonan pengurangan kadar faedah dan penstrukturan semula pinjaman perumahan;
|
II.
|
Pertimbangan daripada pihak KWSP bagi permohonan pengeluaran kali kedua; dan
|
III.
|
Pertimbangan kepada pembeli yang membuat pinjaman perumahan kerajaan sama ada: |
|
a. Membatalkan pinjaman dan diberi peluang untuk memohon pinjaman baru (pinjaman penuh seperti pinjaman pada kali pertama); atau
b. Menangguhkan kenaan faedah pinjaman (4%) sepanjang tempoh projek dipulihkan atau selama 5 tahun (mana-mana yang terdahulu) |
|
SYARAT PERMOHONAN SURAT PENGESAHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Jabatan Perumahan Negara (JPN) mengeluarkan surat pengesahan projek perumahan terbengkalai kepada pembeli-pembeli rumah projek perumahan terbengkalai dengan tujuan membantu pihak pembeli rumah mengurangkan bebanan kewangan seperti berikut:
 |
Surat pengesahan projek perumahan terbengkalai hanya dikeluarkan bagi projek-projek perumahan yang telah diisytiharkan terbengkalai sahaja seperti pada Senarai Projek Terbengkalai yang dipaparkan di Portal eHome di ruangan Pengumuman.
|
|
Pembeli yang terlibat boleh menghubungi Bahagian ini dan kemukakan perkara berikut:
|
| I. |
Nama dan alamat lengkap institusi pembiayaan (contoh: bank, KWSP, Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia, TNB, Etiqa Insurance Berhad dan sebagainya);
|
II.
III.
|
Salinan Perjanjian Jual Beli (S&P); dan
Salinan Kad Pengenalan pembeli.
|
 |
Sekiranya pembeli kehilangan Perjanjian Jual Beli (S&P), pembeli terlibat boleh mengambil tindakan seperti berikut:
√ Mendapatkan sesalinan S&P daripada pihak Institusi Pembiayaan; atau
√ Mendapatkan sesalinan S&P daripada pihak peguam S&P; atau
√ Mendapatkan sesalinan S&P daripada pihak pemaju; atau
√ Membuat surat akuan sumpah bahawa pihak pembeli telah kehilangan S&P tersebut
| |
|
Bagi urusan di atas, pembeli boleh menghubungi Bahagian ini menerusi alamat seperti di bawah:
|
| |
Pengarah Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai
Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aras 32&33, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, MALAYSIA No. Telefon : 603 - 8891 4283 / 4295
No. Faksimile: 603 - 8891 4228 Emel : jana@kpkt.gov.my
|
|
| |
| Dikemaskini pada 9 Mar 2012 |
| |
| Jumlah Capaian : 733132 |
| |
|
|
|