|
PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) |
-
Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara/ Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa (PPRS) dan PPR Dimiliki (PPRM)
-
Pada asalnya program PPRM hanya dilaksanakan di negeri Pahang tetapi mulai Rancangan Malaysia ke-10, Program PPR Dimiliki telah diperluaskan di negeri Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada paras harga antara RM30,000.00 dan RM35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500.00 di Sabah dan Sarawak.
-
Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).
-
Ciri-ciri PPR
|
|
Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat di kawasan bandar-bandar besar |
|
|
landed properties di pesisir dan pinggir bandar |
|
|
Keluasan - Tidak kurang 700 kps |
|
|
Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air |
Pengenalan
Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
Pencapaian
Sehingga 31 Disember 2011 sebanyak 88 projek yang mengandungi 76,159 unit telahpun dilaksanakan di mana 64 projek yang mengandungi 62,716 unit telahpun siap dibina. Manakala 24 projek lagi yang mengandungi sebanyak 13,443 unit sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan.
Pengenalan
Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Buat masa ini program ini hanya dilaksanakan di negeri Pahang. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM30,000 dan RM35,000 seunit.
Pencapaian
Sehingga 31 Disember 2011 sebanyak 27 projek yang mengandungi 3,672 unit telahpun dilaksanakan di negeri Pahang. Sebanyak 22 projek telah disiapkan yang mengandungi 3,062 unit. Manakala baki sebanyak 5 projek yang mengandungi 610 unit rumah akan disiapkan dalam Rancangan Malaysia Ke 10.
Sebanyak 4 projek PPR Dimiliki di negeri-negeri lain akan dilaksanakan di Rancangan Malaysia ke 10 iaitu
-
Kelantan (PPR Gua Musang : 1000 unit),
-
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPR Kepong : 1600 unit dan PPR Sentul : 500 unit) dan di
-
Sabah (PPR Inanam, Kota Kinabalu : 1,200 unit)
Pengarah
Bahagian Perancangan dan Pembangunan Projek PPR
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 35, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
MALAYSIA
Tel : 603 - 8891 4356
Fax : 603 - 8891 4226
E-mel: wanhusin@kpkt.gov.my