W3C  kembali ke asal  Tukar ke Latarbelakang 1  Tukar ke Latarbelakang 2  Tukar ke Latarbelakang 3  Tukar ke Latarbelakang 4  Tukar ke Latarbelakang 5  Tukar ke Latarbelakang 6  Tukar ke Latarbelakang 7  Tukar ke Latarbelakang 8   Tukar saiz teks kecil  Tukar saiz teks asal  Tukar saiz teks besar  Tukar teks asal  Tukar teks ke warna merah  Tukar teks ke warna biru  Tukar teks ke warna hijau  Tukar Kontras Cerah  Tukar Kontras Asal  Tukar Kontras Gelap  Tukar Saiz Portal Kecil Tukar Saiz Portal Asal  Tukar Saiz Portal Lebar 
1malaysia
  Selamat Datang Pelawat   [ Log In | Daftar | Lupa Kata Laluan ]

  Rabu, 22hb Mei 2013  

SOALAN LAZIM

 

 

Calendar

<<   Mei 2013   >>

Aha

Isn

Sel

Rab

Kha

Jum

Sab

 

 

 

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berita

Jika anda ingin menerima berita kami, sila masukkan e-mel anda di bawah.

Batal Langganan

SOALAN LAZIM > Penguatkuasaan

 

SOALAN LAZIM MENGENAI PENGUATKUASAAN


Soalan 1

Adakah undang-undang membenarkan tindakan pemaju perumahan meminta wang pendahuluan walaupun surat Perjanjian Jual dan Beli (PJB) belum ditandatangani? 

 

Jawapan

Pemaju-pemaju perumahan tidak dibenarkan mengutip apa-apa bayaran sebelum Perjanjian Jual Dan Beli ditandatangani. Larangan ini selaras dengan Peraturan 11(2), Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989. Bayaran-bayaran yang dibenarkan dikutip dari pembeli hanyalah sebagaimana ditetapkan di dalam kontrak jualan ( Surat Perjanjian Jual dan Beli) dan Jadual Pembayaran Ansuran Jadual Ketiga - Dokumen Perjanjian Jual Dan Beli.


Soalan 2

Apakah peraturan yang perlu dipatuhi apabila pemaju ingin menjualkan rumah kepada pembeli?

 

Jawapan

i) Pemaju wajib mempunyai lesen pemajuan yang sah,

ii) Pemaju wajib mempunyai permit iklan dan jualan daripada Pengawal Perumahan.



Soalan 3

 Terdapat pemaju perumahan yang memberikan syarat kepada pembeli yang ingin mendapatkan kembali wang pendahuluan mereka dengan mencari pembeli lain. Adakah tindakan ini selaras dengan undang-undang pemajuan perumahan?

 

Jawapan

Pada dasarnya tindakan Pemaju Perumahan tersebut tidak bertentangan dengan akta/peraturan yang sedia ada.

 

 

Soalan 4

Apakah tindakan yang dikenakan terhadap pemaju perumahan yang menghilangkan diri dan tidak meneruskan projek perumahan? Apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh pembeli?

 

Jawapan

Tindakan yang boleh diambil ke atas Pemaju Perumahan berkenaan ialah seperti berikut:

1. Memanggil pemaju hadir memberi penjelasan mengenai isu/permasalahan sebenar

 

2. Meminta Pemaju memaklumkan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasinya.

 

3. Mendakwa Pemaju Perumahan jika di dapati telah melanggar mana-mana peruntukan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966.

 

4. Pembeli-pembeli  boleh mengambil tindakan Mahkamah ke atas pemaju berkenaan berdasarkan terma-terma Perjanjian Jual dan Beli.



 

 

 

 

 

 

Soalan 5

Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh pembeli jika pemaju enggan membayar kembali wang pendahuluan atau wang “booking” walaupun surat Perjanjian belum ditandatangani?

 

Jawapan

Pembeli bolehlah membuat aduan rasmi ke Kementerian supaya tindakan penguatkuasaan boleh dibuat selaras dengan Fasal 11 (2) Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.



Soalan 6

Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pembeli sekiranya pemaju tidak membayar tuntutan denda lewat penyerahan rumah (LAD) atau tidak membayar 100% sepertimana yang dituntut?

 

Jawapan

Sekiranya tuntutan tidak melebihi RM50,000 ,Pembeli boleh membuat tuntutan melalui Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR). Sekiranya tuntutan tersebut melebihi RM50,000, pembeli mempunyai pilihan untuk mendapat khidmat peguam dan membawa kes tersebut ke Mahkamah Sivil.

Soalan 7

Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pembeli terdapat pemaju yang di kesan menipu dengan mendakwa mahu menjalankan projek perumahan, kemudian meminta bayaran pendaftaran tetapi sebenarnya projek itu tidak ada.

 

Jawapan

Kes penipuan oleh pemaju seperti ini hendaklah dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan penguatkuasaan. 

 

 

Soalan 8

Berapa lamakah tempoh jaminan kecacatan sesuatu bangunan? Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pembeli jika  berlaku kerosakan pada rumah selepas tempoh liabiliti kecacatan tamat?

Jawapan

Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989, tempoh kecacatan dibawah Jadual G dan Jadual H adalah dua puluh empat (24) bulan kalendar selepas tarikh pembeli mengambil milikan kosong dan maklumat ini tercatat dalam Perjanjian Jual dan Beli yang telah ditandatangani oleh pembeli. Sekiranya kecacatan berlaku selepas tempoh liability kecacatan tamat, pembeli boleh memfailkan kes di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR).

 

 

 

 

Soalan 9

Bilakah tarikh pembeli layak membuat tuntutan LAD, tarikh mendapat milikan kosong (VP) atau tarikh rumah sepatut siap?

Jawapan

 

Gantirugi jumlah tertentu (LAD) hendaklah dibayar oleh Penjual kepada pembeli sebaik sahaja pada tarikh Pembeli mengambil pemilikan kosong (VP) bangunan tersebut. Tuntutan LAD dikira bermula dari tarikh sepatutnya siap sehingga tarikh VP sebenar.



Soalan 10

Apa tindakan seorang pembeli tunai apabila rumahnya dilelong oleh bank kerana pemaju tidak menebuskan gadaian?
Jawapan

Pembeli perlu merujuk kepada pihak bank pelelong terbabit dan memfailkan kes ini ke Makhamah Sivil untuk tindakan selanjutnya.

Soalan 11

Bagaimanakah pembeli dapat menyemak status kes-kes yang dilaporkan kepada pihak JPN seperti di bawah:


Jawapan
i.  Ingkar Award.

Semakan melalui Bahagian Penguatkuasaan (Cawangan Penguatkuasa).


ii. Kutipan deposit tanpa menandatangani Perjanjian Jual beli.

-Semakan melalui Bahagian Penguatkuasaan (Cawangan Pengurusan Aduan)

iv. Status terkini pemulihan projek terbengkalai.

-Semakan melalui Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai.

 

 
Dikemaskini pada 9 Feb 2012
 
Jumlah Capaian : 739377
 
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini   E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini
 
portal myGov
multimedia super corridor (MSC)
kpkt logo  ePerolehan
 bsc 
peps 
 hba rehda 
pemudah 

myID 

 biro pengaduan awam (BPA) kettha IGEM2011

 

Pemandu  bless eKL  bahagian pengurusan hartanah (BPH) JPM
myIDEAS ssm hrmis  
    

 

 

 

facebook     Berita Terkini     e-mobile 

 

Undian

 

Adakah anda suka kepada reka bentuk baru portal ehome?

Ya

Tidak

 
Lihat Bancian Lepas

Pelawat

  0000259078 
'.Hari ini.' Hari Ini 605
'.Semalam.' Semalam 1717
'.Minggu ini.' Minggu Ini 4841
'.Minggu Lepas.' Minggu Lepas 9163
'.Bulan ini.' Bulan Ini 26444
'.Bulan Lepas.' Bulan Lepas 44132
'.Semua.' Keseluruhan 259078

 

 

 

Dikemaskini pada

Rabu, 22 Mei 2013

Hakcipta Terpelihara 2011 © Jabatan Perumahan Negara
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Soalan Lazim| Bantuan  |  Peta Laman
Jabatan Perumahan Negara, Aras 30-38, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel : 03-88915000

PENAFIAN : Jabatan Perumahan Negara tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman ini.
Paparan terbaik Microsoft Internet Explorer Ver. 8.0, Netscape Ver. 5.0, Mozilla Firefox Ver. 1.5 ke atas dan resolusi 1024 x 768 atau 800 x 600 piksel minimum.