Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
14042858607_6c692229b6_k.jpg
bg-new3.png
TERKINI
WARGA
Webmail      INTEGRITI     
       
Tempahan Kenderaan   HRMIS  
       
Tempahan Bilik Mesyuarat      
PEMAJU
Lesen & Permit   PPT  
       
Garis Panduan   e-Pemaju  
       
Penguatkuasan   BLESS  
AWAM
DRN   SPP   PPR
         
PPT   Aduan   Muat Turun
         
UNDI   Maklumat Pemaju   Garis Panduan
         

SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK SWASTA (MyHome) 1

INFORMASI > Maklumat Am JPN > Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)

 

SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK SWASTA (MyHome)

LATAR BELAKANG
Skim MyHome ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013.Skim ini  merupakan salah satu langkah kerajaan untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik. Skim MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumahan pemaju-pemaju swasta. Pada tahun 2015, kerajaan telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM300 juta bagi pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.
 
 
 
SYARAT DAN KELAYAKAN PEMAJU SKIM MYHOME
  • Syarikat yang sah ditubuhkan dan diperbadankan di bawah Undang-Undang Malaysia
  • Projek perumahan berlesen yang telah diluluskan Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan & Jualan (APDL)
  • Projek dilaksanakan di atas tanah milik pihak swasta
  • Harga Pasaran/Jualan rumah di bawah Skim MyHome adalah tidak melebihi RM300,000.00
  • Projek perumahan swasta yang tidak mendapat sebarang insentif daripada Kerajaan.  Projek Perumahan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan/Negeri seperti PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri dan sebagainya adalah tidak layak.
    
     
 SYARAT DAN KELAYAKAN PEMOHON SKIM MYHOME
  Syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPKT bagi kriteria pemilihan pembeli :
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
  • Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah
Permohonan pembeli yang telah disemak akan dibawa kepada Jawatankuasa Pemilihan Pembeli Skim MyHome yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JPN, KPKT dan dianggotai oleh Wakil Kementerian Kewangan, Wakil Kerajaan Negeri/ Lembaga Perumahan Berkaitan/ Wakil Bahagian Dasar KPKT dan Wakil Pemaju Perumahan berkaitan.
     
MORATORIUM
 
    Tempoh moratorium dikenakan selama 10 tahun. Syarat moratorium dimasukkan ke dalam surat tawaran kepada pembeli, Surat Perjanjian Jual Beli dan dokumen hakmilik tanah (di bawah sekatan           kepentingan).

    Tempoh moratorium dikira bermula selepas Surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani.
     
 BORANG PERMOHONAN SKIM MYHOME
      Borang Permohonan Pemaju/Projek Skim MyHome.

    Permohonan Pembelian Kediaman Skim MyHome hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (https://sprn.kpkt.gov.my).
     
 
 
MAKLUMAT LANJUT
Klik di sini untuk Status Kelulusan Projek Skim MyHome
 

Unit MyHome
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana

Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
MALAYSIA

Tel    : 603 - 8891 4027/4020/4054/4316


Kemaskini pada 2018-05-21 15:19:05 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 4226
       

Jumlah Pengunjung:
Hari IniHari Ini200
Jumlah PelawatJumlah Pelawat10080273
                      
 
MSC     mygov      QR
 
Hakcipta Terpelihara 2012 © Jabatan Perumahan Negara
Jabatan Perumahan Negara, Aras 30-38, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel : 03-8000 8000 
Paparan terbaik Microsoft Internet Explorer Ver. 8.0, Mozilla Firefox Ver. 14.0 ke atas, Google Chrome Ver. 20.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 ke atas
 
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |Bantuan |
Soalan Lazim |   Penafian Peta Laman
 
     
Tarikh Kemaskini : 19-06-2018 Total count : 10080273