TERKINI
WARGA
Webmail      KESPEN     
       
Tempahan Kenderaan   INTEGRITI  
       
Tempahan Bilik Mesyuarat   HRMIS  
PEMAJU
Lesen & Permit   PPT  
       
Garis Panduan   e-Pemaju  
       
Penguatkuasan   BLESS  
AWAM
DRN   SPP   PPR
         
PPT   Aduan   Muat Turun
         
UNDI   Maklumat Pemaju   Garis Panduan
         

SOALAN LAZIM > Soalan Lazim JPN > Bahagian Pemantuan Perumahan Swasta

   SOALAN LAZIM > Soalan Lazim JPN > Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta



   SOALAN LAZIM MENGENAI  HDA DAN LAPORAN 7e



   Soalan 1
   
Maklumat HDA dalam sistem ePemaju adalah salah.

   Jawapan
   
Pemaju hendaklah memaklumkan Bahagian Pelesenan untuk pindaan maklumat dalam sistem.

   Soalan 2
   
Baki HDA tidak sama dalam 7f / jumlah pengeluaran tidak sama?

   Jawapan
   
Pemaju hendaklah menghubungi Cawangan Kewangan BPPS atau email bagi mengemaskini jumlah pengeluaran dan baki HDA. Pemaju perlu mengemukakan salinan penyata bank bagi bulan tersebut      beserta format seperti berikut:
   
 

Bulan

Baki B/B

Deposit

Pengeluaran

Baki H/B

April

xxx,xxx.xx

xxx,xxx.xx

xxx,xxx.xx

xxx,xxx.xx

Mei

xxx,xxx.xx

xxx,xxx.xx

xxx,xxx.xx

xxx,xxx.xx

Jun

xxx,xxx.xx

xxx,xxx.xx

xxx,xxx.xx

xxx,xxx.xx



   Soalan 3
   
Projek sudah mendapat Sijil Kelayakan Menduduki Penuh “CFO / CCC”, bolehkah tutup akaun HDA dan mengeluarkan kesemua wang tersebut?

   Jawapan
  •  Peraturan 9 HDA berkenaan pengeluaran wang lebihan & Peraturan 11 HDA berkenaan Pengeluaran Kesemua Wang. 
  • (Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pelesenan. Sila rujuk Bahagian Pelesenan di talian 03-88914100/ 4101/ 4119).

   Soalan 4
   
Bila perlu kemukakan Laporan Kewangan Beraudit?

   Jawapan
  • Berdasarkan Seksyen 9, Akta 118 pemaju perlu hantar laporan kewangan beraudit yang lengkap dalam tempoh 6 bulan selepas berakhir tempoh kewangan syarikat.
  • Penghantaran hendaklah secara atas talian Sistem e-Pemaju http://idaman2.kpkt.gov.my:8888/idamanOnline/login.cfm

   Soalan 5
   
Pemaju baru mendapat lesen dan akaun HDA belum dibuka, perlu atau tidak untuk buat penghantaran Laporan Tahunan Kewangan Berakhir?

   Jawapan
   
Berdasarkan Seksyen 7 Akta 118, pemaju perlu memenuhi kewajipan iaitu pemaju perlu menghantar laporan kewangan beraudit sehingga lesen perumahan tamat. Penghantaran Laporan Kewangan              Beraudit bergantung pada tarikh mula lesen dan tahun kewangan berakhir.

   Soalan 6
   
Apa dokumen yang perlu di muat naik? 

   Jawapan
   
Dokumen yang perlu dimuat naik ialah:
  • Dokumen Penyata Kewangan (Balance Sheet, Income Statement, Statement Of  Changes In Equity & Cash Flow Statement),
  • Laporan Seksyen 9(3) berdasarkan Akta 118,
  • Laporan Peraturan 12A berdasarkan Peraturan - Peraturan Pemajuan Perumahan (Akaun Pemajuan Perumahan) 1991, Akta 118,
  • Surat Warta
   Soalan 7
   
Apa itu Laporan Juruaudit selaras dengan Seksyen 9(3) dan Peraturan 12A?

   Jawapan
  •  Laporan Juruaudit selaras dengan Seksyen 9(3), Akta 118
adalah pendapat Juruaudit kepada Pengawal Perumahan mengenai kedudukan kewangan syarikat secara keseluruhan, perakaunan dan rekod-rekod yang diperiksa oleh Juruaudit disimpan dengan sepatutnya dan Juruaudit juga perlu menyatakan dengan jelas dengan samada maklumat dan penerangan yang diperoleh itu memuaskan atau sebaliknya.
  • Laporan Juruaudit selaras dengan Peraturan 12A, Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Akaun Pemajuan Perumahan) 1991,Akta 118 
adalah pendapat Juruaudit kepada Pengawal Perumahan mengenai transaksi kewangan (tiap-tiap deposit dan pengeluaran) Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) bagi setiap projek, perakaunan dan rekod-rekod yang diperiksa oleh Juruaudit disimpan dengan sepatutnya dan Juruaudit juga perlu menyatakan dengan jelas dengan samada maklumat dan penerangan yang diperoleh itu memuaskan atau sebaliknya.


   Soalan 8
   
Tahun Kewangan Berakhir yang tertera di dalam sistem e-Pemaju adalah salah?

   Jawapan
   
Pemaju hendaklah menghubungi Cawangan Kewangan BPPS atau email bagi mengemaskini tahun kewangan tersebut.

   Soalan 9
   
Apa status penghantaran laporan 7e?

   Jawapan
   
Pemaju boleh menyemak status penghantaran Laporan 7e melalui Sistem e-Pemaju selepas tempoh 3 hari bekerja.

   Soalan 10
   
Tidak dapat muat naik dokumen walaupun sudah cuba banyak kali, bolehkah pemaju menghantar laporan 7e secara manual sahaja?

   Jawapan
   
Bermula pada tahun 2013, penghantaran Laporan Kewangan Beraudit hendaklah dibuat secara atas talian Sistem e-Pemaju.Sebarang penghantaran laporan kewangan beraudit secara manual / “hard
   copy”  tidak akan diterima.

   Soalan 11
   
Tidak dapat buat penghantaran kerana sistem menunjukkan “tempoh penghantaran bagi tahun 20xx telah tamat”?

   Jawapan
   
Pemaju hendaklah menghubungi Cawangan Kewangan BPPS atau email bagi mengemakini tempoh tahun kewangan tersebut.

   Soalan 12
   
Bagaimana cara untuk mendapatkan Surat Warta dan berapa caj yang dikenakan?

   Jawapan
  •  Pemaju perlu mengemukakan satu salinan lengkap Laporan Kewangan Beraudit Tahunan dan membayar sejumlah amaun kepada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) mengikut    helaian Laporan Kewangan Beraudit Tahunan.
  • Sebarang maklumat lanjut pemaju boleh menghubungi Unit Warta PNMB di talian 03-92366907/08/09/10 atau layari http://www.printnasional.com.my/pnmb/

   Soalan 13
   
Berapa lama tempoh pelanjutan penghantaran laporan kewangan beraudit yang boleh dimohon / Ingin tempoh pelanjutan lebih kerana juruaudit belum menyiapkan laporan.

   Jawapan
  Sekiranya pemaju tidak dapat kemuka laporan kewangan beraudit dalam tempoh yang ditetapkan, pemaju perlu memohon pelanjutan tempoh penghantaran laporan kewangan beraudit untuk   
  pertimbangan Pengarah BPPS, secara bertulis / email. Sila nyatakan:
 
i)    Kod Pemaju
ii)    Tahun kewangan
iii)    Tempoh lanjutan
iv)    Alasan permohonan lanjutan
v)    Email & No Telefon wakil pemaju yang boleh dihubungi   

 
   Soalan 14
   
Perlu atau tidak mengemukakan “hard copy” bersama Surat Akuan Bersumpah?

   Jawapan
   
Pemaju tidak perlu mengemukakan "hard copy" laporan 7e sebaliknya hanya perlu menghantar Surat Akaun Bersumpah di bawah penghantaran Laporan Seksyen 7(e).

   Soalan 15
   
Bila projek sudah memperoleh Sijil Kelayakan Menduduki Penuh “CFO / CCC” perlu buat penghantaran laporan kewangan beraudit atau tidak?

   Jawapan
  •  Pemaju perlu mengemaskini maklumat Sijil Kelayakan Menduduki Penuh “CFO / CCC” dalam maklumat Kemajuan Projek 7f.
  •  Berdasarkan Seksyen 7 Akta 118, pemaju perlu memenuhi kewajipan sehingga lesen perumahan tamat.

Kemaskini pada 2015-06-29 10:14:40 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 12658
       

Jumlah Pengunjung:
Hari Ini1804
Jumlah Pelawat8570671
                      
 
MSC     mygov      QR
 
Hakcipta Terpelihara 2012 © Jabatan Perumahan Negara
Jabatan Perumahan Negara, Aras 30-38, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel : 03-8000 8000 
Paparan terbaik Microsoft Internet Explorer Ver. 8.0, Mozilla Firefox Ver. 14.0 ke atas, Google Chrome Ver. 20.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 ke atas
 
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |Bantuan |
Soalan Lazim |   Penafian Peta Laman
 
     
Tarikh Kemaskini : 18-08-2017 Total count : 8570671