Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
jata malaysia

Portal Rasmi
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

image

Soalan Lazim
 
hubungi kamiHubungi Kami
 
aduanAduan & Maklum Balas
peta lamanPeta Laman
 
w3cAlat Kebolehcapaian
 

Soalan Lazim Mengenai Perumahan Terbengkalai

Soalan 1 : Apakah terjadi kepada pembeli rumah apabila projek perumahan menjadi terbengkalai dan tidak diisytiharkan?

  1. Pembeli rumah tidak berpeluang membuat permohonan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kali kedua bagi tujuan pembelian rumah lain.

  2. Pembeli rumah yang terdiri daripada golongan kakitangan Kerajaan tidak berpeluang memohon untuk membekukan pembayaran balik pinjaman serta faedah yang dikeluarkan bagi membolehkan mereka memohon semula pinjaman untuk rumah lain selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 2005 berkuatkuasa 1 Januari 2006.

  3. Pembeli rumah tidak berpeluang memohon untuk menstrukturkan semula pinjaman atau menangguhkan pembayaran balik pinjaman bank pembiaya yang memberikan end financing.

Soalan 2 : Apakah kepentingan Surat Pengesahan Projek Terbengkalai?

Surat Pengesahan Projek Terbengkalai yang dikeluarkan oleh Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai Jabatan Perumahan Negara boleh membantu pembeli rumah mendapatkan pertimbangan bagi :
 

  1. Permohonan untuk mengurangkan kadar faedah dan penstrukturan semula bayaran pinjaman oleh pembiaya.

  2. Permohonan kali kedua pengeluaran KWSP bagi tujuan pembeli rumah lain.

  3. Berurusan dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk tujuan berikut :

    1. Membatalkan pinjaman dan diberi peluang untuk memohon pinjaman baru (pinjaman penuh seperti pinjaman pada kali pertama); atau

    2. Menangguhkan kenaan faedah pinjaman (4%) sepanjang tempoh projek dipulihkan atau selama 5 tahun (mana-mana yang terdahulu). Peminjam perlu mengemukakan permohonan secara bertulis kepada LPPSA bagi tujuan tersebut.

Soalan 3 : Bagaimana untuk mendapatkan Surat Pengesahan Projek Terbengkalai?

  1. Semak terdahulu nama projek perumahan terbengkalai yang berkaitan melalui laman web https://ehome.kpkt.gov.my/ sebelum membuat permohonan.

  2. Sekiranya projek berkenaan tersenarai di bawah projek perumahan terbengkalai KPKT, permohonan boleh dilakukan secara:

    1. Emel kepada pa_ppt@kpkt.gov.my**

    2. Fax surat permohonan kepada 03-8891 4228 **

    3. Surat-menyurat kepada Bahagian Projek Perumahan Terbengkalai, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aras 33, Blok 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, PUTRAJAYA WILAYAH PERSEKUTUAN. **

      (**) Sila sertakan satu (1) salinan kad pengenalan pemohon dan satu (1) salinan Surat Perjanjian Jual Beli.

    4. Sekiranya projek berkenaan tidak tersenarai di bawah projek perumahan terbengkalai KPKT maka semakan dengan Bahagian Pemantauan Projek Swasta, JPN

Soalan 4 : Bagaimana untuk mengetahui status semasa pemulihan projek perumahan terbengkalai semasa?

Pembeli boleh membuat semakan ke atas status semasa pemulihan projek melalui laman web ini (hyperlink status projek). Sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan perumahan terbengkalai boleh dipanjangkan melalui:

   i)  Sistem Aduan Bersepadu
 ii)  Emel kepada pa_ppt@kpkt.gov.my
iii)  Fax surat permohonan ke 03-8891 4228
iv)  Surat kepada:
       Bahagian Projek Perumahan Terbengkalai,
       Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
       Aras 33, Blok 51, Persiaran Perdana
       Presint 4, 62100,
       WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
v)  Panggilan telefon kepada pegawai di talian 03-8891 4243

Soalan 5 : Adakah Surat Perjanjian Jual Beli masih sahlaku walaupun projek telah terbengkalai dan apakah tindakan awal yang boleh diambil oleh pembeli projek terbengkalai terhadap pemaju berkenaan?

  1. Berdasarkan Akta Limitasi 1953, tempoh sahlaku sebarang perjanjian jual beli adalah sehingga mencapai enam (6) tahun dari tarikh perjanjian tersebut ditandatangani.

  2. Pembeli disarankan membuat tuntutan ke ataspemaju projek perumahan terbengkalai secara surat berdaftar atau mengisi Borang Bukti Keberhutangan (Proof Of Debt) yang boleh diperolehi di Jabatan Insolvensi Malaysia.

  3. Langkah ini perlu dilaksanakan sebelum tempoh luput sahlaku perjanjian jual dan beli tersebut.


 



Kemaskini pada 2023-10-10 04:24:30 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page