Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
jata malaysia

Portal Rasmi
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

image

Soalan Lazim
 
hubungi kamiHubungi Kami
 
aduanAduan & Maklum Balas
peta lamanPeta Laman
 
w3cAlat Kebolehcapaian
 

Soalan Lazim Mengenai Laporan 7F dan Projek Sakit

Soalan 1 : Sekiranya pemaju tidak membina keseluruhan pemajuan yang dilesenkan, bagaimananakah pemaju ingin memohon Pecahan Komponen bagi pemajuan yang tidak dibina?

Sekiranya pemajuan tidak dibina keseluruhan mengikut pemajuan yang dilesenkan, pemaju perlu mengemukakan surat permohonan pecah komponen ke BPPS dan surat tersebut mengandungi:
 

  i)  Kelulusan pecah komponen/unit dari PBT
 ii)  Pelan Pindaan Pecahan komponen/unit
iii)  Laporan Kemajuan Projek
iv)  Surat pengesahan daripada peguam dan surat aku sumpah siapkan komponen yang dipecahkan
 v)  S&P pertama bagi unit yang dipecahkan

Setelah surat sokongan diperolehi, permohonan pindaan perlu dibuat di dalam BLESS dan disertakan surat sokongan tersebut.

Soalan 2 : Bagaimanakah Pemaju Penyelamat ingin mengambil alih projek / memulihkan projek yang sedang mengalami kelewatan ataupun di dalam kategori SAKIT?

Pemaju penyelamat perlu membuat satu perjanjian dengan pemaju asal dan membuat perbincangan dengan pembeli bagi mendapatkan persetujuan pembeli untuk meneruskan/menyiapkan projek tersebut.  

Soalan 3 : Kenapa pemaju disenarai hitam ?

Pemaju disenarai hitam kerana terlibat dengan perkara-perkara berikut: 


 i) Sakit :  

  • Projek yang mengalami kelewatan melebihi 30% daripada Jadual; dan 

  • Projek yang melangkaui Tarikh Serahan Milikan Kosong. 

 ii) Gagal Membayar Kompaun
iii) Ingkar Award
iv) Projek Terbengkalai
 v) Projek Tanpa Lesen

Soalan 4 : Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pihak pemaju jika terlibat dengan projek SAKIT?

Pihak Pemaju perlu mengemukakan @ memaklumkan status terkini projek kepada BPPS, JPN. Jika projek tersebut didapati mengalami kelewatan yang serius, pihak pemaju akan dipanggil untuk siasatan lanjut berkenaan projek tersebut. Tindakan SEGERA bagi menyiapkan projek perlulah dibuat. 

Soalan 5 : Apakah kesan-kesan sekiranya Pemaju disenaraihitamkan disebabkan Projek SAKIT?

 i)  Permohonan lesen & permit baru disekat
 ii)  Pembaharuan lesen & permit disekat
iii)  Permohonan Pelbagai Pindaan disekat
iv)  Nama Pemaju dipaparkan di Laman Web KPKT
 v)  Pihak Bank menyekat pinjaman / penjualan unit baru

Soalan 6 : Sekiranya Pemaju / Pengarah disenarai hitam, bagaimana cara bagi pihak pemaju meneruskan permohonan di dalam sistem HIMS?

Pemaju perlu mengemukakan Permohonan bagi Pelepasan Sementara Sistem HIMS ke Jawatankuasa Senarai Hitam JPN. Permohonan dibuat melalui surat ataupun emel. Permohonan akan diproses dan pemaju akan dimaklumkan samada pelepasan dibenarkan atau tidak. 

Soalan 7 : Bilakah Pemaju perlu mula menghantar laporan 7F setelah lesen diluluskan?

Laporan 7(f) wajib dikemukakan sebaik sahaja lesen diluluskan. 

Soalan 8 : Perlukah Penghantaran Laporan 7(f) dibuat setelah projek memperolehi CCC/CFO sepenuhnya?

Perlu. Penghantaran terakhir perlu di buat di mana tarikh CCC/CFO dikemukakan di dalam laporan. 
 

Soalan 9 : Apakah Kod Pemaju bagi sesuatu lesen perumahan?

Sila rujuk 4 nombor @ 5 nombor di hadapan no. lesen atau permit. Contoh: 10555-1. 

Soalan 10 : Bagaimana hendak mengemaskini Ahli Lembaga Pengarah baru , Nama / Alamat Syarikat?

Sila kemaskini borang SSM (Borang 49) di dalam sistem HIMS.

Soalan 11 : Pemaju terlupa kata laluan bagi sistem HIMS?

Klik pada Lupa Kata Laluan > Kod Pengesahan (masukkan no. IC Pengarah tersebut). 

Soalan 12 : Bilakah penghantaran hardcopy laporan 7F perlu dibuat?

Setelah pihak Pemaju siap mengemaskini laporan 7F di dalam sistem HIMS, pihak Pemaju hendaklah memastikan pada rekod transaksi berstatus HANTAR. Laporan 7F tersebut akan diproses dalam tempoh masa 3 hari bekerja dan setelah diproses pihak Pemaju hendaklah menyemak semula rekod transaksi berstatus CETAK. Seterusnya Pemaju mencetak keluar laporan tersebut untuk disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan dikemukakan laporan hardcopy tersebut kepada BPPS, JPN selewat-lewatnya seminggu daripada tarikh diproses. 

Soalan 13 : Bilakah Pemaju perlu mendaftarkan nama Pembeli di dalam sistem HIMS?

Pihak Pemaju perlu memastikan bahawa Pembeli tersebut telah menandatangani PJB dan perjanjian tersebut telahpun disahkan. Setelah itu pihak Pemaju boleh mendaftarkan nama Pembeli di dalam sistem. Modul Pendaftaran Maklumat Pembeli Perumahan ini dibuka sepanjang masa. 

Soalan 14 : Bilakah sesi wajib penghantaran laporan 7F?

4 sesi wajib 

image

Soalan 15 : Apakah hukuman jika pihak pemaju gagal membuat penghantaran laporan 7F?

(Seksyen 7A(10) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) 1966( Akta 118) & Peraturan-Peraturan: “ Mana-mana pemaju perumahan yang melanggar atau gagal mematuhi seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”  
 

Soalan 16 : Sekiranya terdapat kesalahan di dalam pengisian maklumat laporan 7F, bagaimanakah pindaan boleh dibuat?

Jika laporan 7F tersebut telah dihantar dan diproses, pihak pemaju perlu memaklumkan di dalam surat iringan dan menghubungi pegawai JPN bagi membuat pindaan. 


 



Kemaskini pada 2023-10-07 14:30:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page