Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
jata malaysia

Portal Rasmi
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

image

Soalan Lazim
 
hubungi kamiHubungi Kami
 
aduanAduan & Maklum Balas
peta lamanPeta Laman
 
w3cAlat Kebolehcapaian
 

Soalan Lazim Mengenai Penguatkuasaan

Soalan 1 : Adakah undang-undang membenarkan tindakan pemaju perumahan meminta wang pendahuluan walaupun surat Perjanjian Jual dan Beli (PJB) belum ditandatangani?

Pemaju-pemaju perumahan tidak dibenarkan mengutip apa-apa bayaran sebelum Perjanjian Jual Dan Beli ditandatangani. Larangan ini selaras dengan Peraturan 11(2), Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989. Bayaran-bayaran yang dibenarkan dikutip dari pembeli hanyalah sebagaimana ditetapkan di dalam kontrak jualan (Surat Perjanjian Jual dan Beli) dan Jadual Pembayaran Ansuran Jadual Ketiga - Dokumen Perjanjian Jual Dan Beli.

Soalan 2 : Apakah peraturan yang perlu dipatuhi apabila pemaju ingin menjualkan rumah kepada pembeli?

 i) Pemaju wajib mempunyai lesen pemajuan yang sah.

ii) Pemaju wajib mempunyai permit iklan dan jualan daripada Pengawal Perumahan.

Soalan 3 : Terdapat pemaju perumahan yang memberikan syarat kepada pembeli yang ingin menamatkan Perjanjian Jual dan Beli (PJB) serta ingin mendapatkan kembali wang pendahuluan (10%) mereka dengan mencari pembeli lain....

Pada dasarnya tindakan Pemaju Perumahan tersebut tidak bertentangan dengan akta/peraturan yang sedia ada. Hak-hak pemaju dan pembeli adalah tertakluk di bawah Undang-Undang Kontrak dan berhak menguatkuasakan apa-apa hak sebagaimana klausa-klausa yang termaktub di dalam PJB yang ditandatangani.

Soalan 4 : Apakah tindakan yang dikenakan terhadap pemaju perumahan yang tidak meneruskan projek perumahan? Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh pembeli?

Tindakan yang boleh diambil ke atas Pemaju Perumahan berkenaan ialah seperti berikut:
 

i) Memanggil pemaju hadir memberi penjelasan mengenai isu/permasalahan sebenar.

ii) Meminta Pemaju memaklumkan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasinya.

iii) Mendakwa Pemaju Perumahan jika di dapati telah melanggar mana-mana peruntukan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966.

iv) Pembeli-pembeli  boleh mengambil tindakan Mahkamah ke atas pemaju berkenaan berdasarkan terma-terma Perjanjian Jual dan Beli.

Soalan 5 : Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh pembeli jika pemaju enggan membayar kembali wang pendahuluan atau wang “booking” walaupun surat Perjanjian belum ditandatangani?

Pembeli bolehlah membuat aduan rasmi ke Kementerian supaya tindakan penguatkuasaan boleh dibuat selaras dengan Peraturan 11 (2) Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.

 

Soalan 6 : Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pembeli sekiranya pemaju tidak membayar tuntutan denda lewat penyerahan rumah (LAD) atau tidak membayar 100% sepertimana yang dituntut?

Sekiranya tuntutan tidak melebihi RM50,000,Pembeli boleh membuat tuntutan melalui Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR). Sekiranya tuntutan tersebut melebihi RM50,000, pembeli mempunyai pilihan untuk mendapat khidmat peguam dan membawa kes tersebut ke Mahkamah Sivil. 

Soalan 7 : Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pembeli terdapat pemaju yang di kesan menipu dengan mendakwa mahu menjalankan projek perumahan, kemudian meminta bayaran pendaftaran tetapi sebenarnya projek itu tidak ada.

Kes penipuan oleh pemaju seperti ini hendaklah dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan penguatkuasaan. 

Soalan 8 : Berapa lamakah tempoh jaminan kecacatan sesuatu bangunan? Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pembeli jika berlaku kerosakan pada rumah selepas tempoh liabiliti kecacatan tamat?

Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989, tempoh kecacatan dibawah Jadual G dan Jadual H adalah dua puluh empat (24) bulan kalendar selepas tarikh pembeli mengambil milikan kosong dan maklumat ini tercatat dalam Perjanjian Jual dan Beli yang telah ditandatangani oleh pembeli. Sekiranya kecacatan berlaku selepas tempoh liability kecacatan tamat, pembeli boleh memfailkan kes di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR).

Soalan 9 : Bilakah tarikh pembeli layak membuat tuntutan LAD, tarikh mendapat milikan kosong (VP) atau tarikh rumah sepatut siap?

Gantirugi jumlah tertentu (LAD) hendaklah dibayar oleh Penjual kepada pembeli sebaik sahaja pada tarikh Pembeli mengambil pemilikan kosong (VP) bangunan tersebut. Tuntutan LAD dikira bermula dari tarikh sepatutnya siap sehingga tarikh VP sebenar.

Soalan 10 : Apa tindakan seorang pembeli tunai apabila rumahnya dilelong oleh bank kerana pemaju tidak menebuskan gadaian?

Pembeli perlu merujuk kepada pihak bank pelelong terbabit dan memfailkan kes ini ke Makhamah Sivil untuk tindakan selanjutnya.

Soalan 11 : Bagaimanakah pembeli dapat menyemak status kes-kes yang dilaporkan kepada pihak JPN?

  1. Ingkar Award

    Semakan melalui Bahagian Penguatkuasaan (Cawangan Penguatkuasa).

  2. Kutipan deposit/wang tempahan tanpa menandatangani Perjanjian Jual beli

    Semakan melalui Bahagian Penguatkuasaan (Cawangan Pengurusan Aduan).

  3. Status terkini pemulihan projek terbengkalai

    Semakan melalui Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai.

  4. Status terkini projek perumahan swasta berlesen

    Semakan melalui Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta.

 



Kemaskini pada 2023-10-07 13:32:12 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page