Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
14042858607_6c692229b6_k.jpg
bg-new3.png
TERKINI
WARGA
Webmail      INTEGRITI     
       
Tempahan Kenderaan   HRMIS  
       
Tempahan Bilik Mesyuarat      
PEMAJU
Lesen & Permit   PPT  
       
Garis Panduan   e-Pemaju  
       
Penguatkuasan   BLESS  
AWAM
DRN   SPP   PPR
         
PPT   Aduan   Muat Turun
         
UNDI   Maklumat Pemaju   Garis Panduan
         

MAKLUMAT KORPORAT > BAHAGIAN & UNIT > Bahagian Penguatkuasaan

MAKLUMAT KORPORAT > BAHAGIAN & UNIT > Bahagian Penguatkuasaan

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN
 
LATAR BELAKANG

Bahagian ini diwujudkan bagi memastikan pemaju perumahan mematuhi Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 [Akta 118] dan Peraturan-peraturan. Selain itu, ia juga memastikan kepentingan pembeli rumah terjamin melalui penguatkuasaan undang-undang dengan cekap dan berterusan.
 
FUNGSI

Menyediakan kertas siasatan bagi pengesyoran pendakwaan ke atas pemaju perumahan yang melakukan kesalahan di bawah Akta 118.
Menyelaraskan kajian perundangan berkaitan sektor perumahan bagi tujuan penambahbaikan Akta 118 dan Peraturan-peraturan. 
Menyiasat kes-kes pelanggaran Akta 118 dan Peraturan-peraturan.  
Tindakan mengkompaun pemaju-pemaju perumahan bagi kesalahan-kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Pengkompaunan Kesalahan) 2002. 
Semakan ke atas keratan iklan, akhbar, brosur dan papan iklan. 
Menyenaraihitam pemaju dan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) sekiranya terdapat kesalahan-kesalahan seperti berikut:
 
a) Pemajuan Perumahan Tanpa Lesen
b) Ingkar Award Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS)
c) Gagal membayar kompaun dalam tempoh yang ditetapkan
d) Terlibat dalam Projek Sakit
e) Terlibat dalam Projek Terbengkalai
 
Memberi nasihat kepada pembeli rumah. 
Menerima aduan daripada pembeli berkaitan dengan Akta 118 dan Peraturan-peraturannya kepada pembeli rumah. 
Menyiasat dan mendapatkan maklumbalas daripada pemaju mengenai aduan yang berkaitan dengan Akta 118 dan Peraturan-peraturannya. 
PIAGAM PELANGGAN

Menyediakan kertas siasatan  dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
Memproses rayuan kompaun dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan surat rayuan oleh pemaju. 
Memproses aduan perumahan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dalam Sistem Aduan Bersepadu (SAB). 
 
ALAMAT UNTUK DIHUBUNGI
Pengarah
Bahagian Penguatkuasaan

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 35, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, MALAYSIA

Tel    : 603 - 8891 4356 

Fax   : 603- 8891 4226
E-mel: mohamedali[at]kpkt[dot]gov[dot]my
 
 

Kemaskini pada 2018-06-07 11:38:04 daripada Administrator

  •  
  • Email this page
  • 13858
       

Jumlah Pengunjung:
Hari IniHari Ini211
Jumlah PelawatJumlah Pelawat10363936
                      
 
MSC     mygov      QR
 
Hakcipta Terpelihara 2012 © Jabatan Perumahan Negara
Jabatan Perumahan Negara, Aras 30-38, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. Tel : 03-8000 8000 
Paparan terbaik Microsoft Internet Explorer Ver. 8.0, Mozilla Firefox Ver. 14.0 ke atas, Google Chrome Ver. 20.0 ke atas dan resolusi 1024 x 768 ke atas
 
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan |Bantuan |
Soalan Lazim |   Penafian Peta Laman
 
     
Tarikh Kemaskini : 18-10-2018 Total count : 10363936